Resepi Begedil Ayam Sedap Sangat!
- 1 kg kentang.
- 3 tangkai daun sup diracik halus.
- 1 sdb lada sulah (lada putih) ditumbuk halus.
- 2 sdb bawang goreng (boleh tambah ikut suka).
- dada ayam, banyak ikut selera.
- garam secukup rasa.
* telur secukupnya.
* minyak untuk menggoreng
Cara Memasak Begedil Ayam
1. Kupas kentang, potong dan goreng hingga empuk.
2. Kemudian tumbuk kentang selagi panas. Sebab kalau tumbuk bila sejuk kentang akan jadi keras dan susah ditumbuk.
3. Goreng dada ayam, ditumbuk kasar dan disiat-siat.
4. Gaulkan semua bahan kecuali yang bertanda *
5. Tambah perasa ikut selera sndri.
6. Mula bentuk begedil sesuai selera suka. Biasanya berbentuk bulat datar
7. Akhir sekali, celupkn begedil yang sudah dibentuk ke dalam telur yang sudah dipukul dan dibubuh sedikit garam.
8. Goreng dalam minyak yang panas dan penuh.
Tips :
Jangan sesekali gunakan ayam kisar yang mentah kerana begedil boleh jadi hancur semasa digoreng sebab basah atau lembik dan juga ayam kisar yang mentah tidak sempat masak sempurna sebab begedil digoreng cuma sekejap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!