Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 29 September 2019

Kuih Lopes Sedap

Resepi kuih lopes traditional yg sedap dan mudah!
zaman dulu takda santan yang di masak ketika proses menanak pulut utk kuih lopes. Resepi yang mak dan tok saya buat, saya ikut 100%. Sangat sedap dimakan. Lemaknya kuih kerana digaul dengan kelapa. Sederhana Manis dengan gula melaka serta berbau harum aromanya dengan daun pandan dan daun pisang. . Kalau di beli rasa tak sesedap kita buat sendiri...

KUIH LOPES PULUT TRADITIONAL
Resepi & Photo: Khadijah Abdrahman

Bahan-Bahan:

4 Pot Beras Pulut (Pot sukat Nasi Periok Rice Cooker)
5 Pot Jus Daun Pandan (dari 6 Helai Daun Pandan yang bersaiz lebar)
1 Sudu Makan Kapur Sireh
1/2 Sudu Teh Garam Halus
Beberapa Titis Pewarna Hijau Epal
Kelapa Untuk Di Gaul Dengan Kuih Yang Dicampur Dengan Sedikit Garam
Daun Pisang Secukupnya
Tali Untuk Mengikat Pulut

Cara Masak:

1. Daun pisang di layur diatas api, lap dan ketepikan.
2. Cuci bersih pulut, tos dan ketepikan.
3. Daun pandan diblend dan jadikan jus daun pandan. Tapiskan.
4. Sedikan periok. Masukkn jus daun pandan, kapur sireh dan garam. Masak sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih masukkn pulut. Kacau rata jangan tinggalkan proses ini. Nanti pulut hangus. Kacau dan masak sehingga air pandan kering spt memasak nasi. Matikan api dapor. Sejukkn.
6. Sementara menunggu pulut sejuk. Sediakn periok kukus dgn api yg perlahan.
7. Bentangkan daun pisang dan sapu sedikit minyak masak keatas daun pisang. Proses ini supaya pulut tidak melekat pada daun pisang dan senang diikat.
8. Sendukkn pulut dan letakkn diatas daun pisang yg trbentang. Golekkn pulut sambil kemaskan dihujung kiri dan kanan ketika membalut pulut.
9. Ikat dengan tali rafia kiri dan kanan sambil kemaskn ia. Bila siap di balut, gunting bahagian hujung kiri dan kanan. Balut pulut sehingga habis.
10. Kukus pulut selama 40min dan sejukkn trlebih dahulu sebelum di makan.
11. Sementara menunggu pulut sejuk. Boleh sediakan benang untuk memotong kuih. Proses ini agar kuih lopes cantik dan tidak melekat apabila dipotong.
12. Bila pulut telah betul-betul sejuk baru dibuka balutan pulut lopes tersebut dengan memotong dengan benang.
13. Gaul dengan kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam. Makan dengan air gula melaka...

Cara Masak Air Gula Melaka:

1 Ketul Besar Gula Melaka (diketuk trlebih dahulu)
1 Pot Gula Merah Lembut
2 Pot Air Untuk Memasak Gula Melaka
1 Helai Daun Pandan (disimpulkan)

Masak bahan sambil di kacau kerap kerana air gula cepat meruap di atas dapor dengan api yang perlahan. Renehkan dan Masak sehingga pekat dan brtali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!