Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 29 Mei 2018

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS DAERAH KLANG 2018


  MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS DAERAH KLANG 2018




OLEH:
NORZITA MOHAMED
EN ZAWAL
DRAF TEKS PENGACARA MAJLIS
SMK KAMPONG JAWA


Tentatif 1 -Pengumuman

SEBELUM MULA MAJLIS
Assalamualaikum  salam sejahtera  dan salam satu Malaysia,Sidang hadirin sekalian sebentar lagi majlis akan bermula ,sementara menunggu ketibaan tetamu kehormat serta rombongan terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak agar majlis nanti akan dapat dilangsungkan dengan sempurna.

Pertama
Majlis memohon kerjasama sidang hadirin untuk mematikan telefon bimbit masing-masing atau menukarkannya kepada mode senyap ,jadi,sila pastikan sekarang telefon bimbit  berada dalam mode yang telah dinyatakan tadi.

Kedua
Sebaik sahaja diumumkan perarakan masuk graduan dan tetamu kehormat ke dalam dewan,para hadirin mohon untuk berdiri sebagai tanda hormat sehinggalah mereka sampai ke tempat duduk masing-masing.Sebaik sahaja VVIP tiba ke tempat duduk,lagu Negaraku akan terus dimainkan.

Ketiga

Elakkan daripada meninggalkan majlis.Minimakan urusan keluar masuk dewan semasa acara berlangsung.

Diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan semoga majlis ini nanti dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih atas keprihatinan sidang hadirin sekalian.




Tentatif 2
Pengumuman Ketibaan Perasmi

Mengumumkan ketibaan yang berbahagia  Puan Hajah Basiah Bt Hj Masjudi ,Ketua Wanita UMNO Bahagian Kapar serta tetamu kehormat yang lain ke dewan.

Hadirin dipersilakan berdiri.
Tentatif 3
Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor

Nyanyian lagu Negaraku/lagu Negeri Selangor.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan para hadirin dipersilakan mengambil tempat masing -masing.


(VVIP duduk dan terima buku program dan teks ucapan)
.
Tentatif 4

Sidang Hadirin sekalian,

Pantun pemanis pembuka bicara
Nampak santun penuh berisi
Selamat datang pembuka acara
Kepada hadirin yang amat di kasihi.

Jajaran mengkudu di selang bidara
Di celah angsana meredup di hutan
Awal bismillah pembuka bicara
Majlis gemilang kita raikan


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
MAJLIS DENGAN PENUH RASA HORMAT DAN BANGGANYA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG SERTA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN:

Yang Berbahagia  Puan Hajah Basiah Bt Hj Masjudi ,Ketua Wanita UMNO Bahagian Kapar
Yang Berusaha
____________________________________________________________

Yang Berusaha
____________________________________________________________

Yang Berusaha
___________________________________________________________

Yang Berusaha

____________________________________________________________

6. YANG DIHORMATI BARISAN PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH KLANG
7. para tetamu jemputan,guru-guru ,  para peserta merentas desa  yang dikasihi sekalian dan hadirin dan hadirat sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu  pihak  majlis ,merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran Yang Berbahagia    Puan Hajah Basiah Bt Hj Masjudi ,Ketua Wanita UMNO Bahagian Kapar                                                                                                                       
kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan majlis yang bersejarah ini.  Terima kasih kami ucapkan.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi diatas limpah kurnia dan izinNya dapat kita berhimpun di tengahari  ini untuk bersama-sama menyerikan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS DAERAH KLANG 2018
Untuk kesekian kalinya ,Pejabat Pendidikan Daerah Klang melalui Panitia Pendidikan Khas  menganjurkan kejohanan merentas desa peringkat Daerah Klang .Ia merupakan salah satu daripada acara yang melibatkan sebahagian besar penglibatan murid berkeperluan khas.Acara ini memberikan peluang kepada murid untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti sukan sejak dibangku sekolah lagi.Peserta yang terlibat di dalam acara ini secara tidak langsung dapat mempamerkan saya ketahanan fizikal dan mental mengikut tahap kemampuan masing-masing.
Tentatif 5
Hadirin yang dihormati sekalian

Lebah bersarang di rumpun buluh
Jatuh tertimpa si pohon nipah
Tangan menyusun jemari sepuluh
Majlis berlangsung penuh barakah
Bagi memberkati majlis pada tengahari ini, dengan segala hormatnya, dipersilakan  Tuan Haji Zairi bin Saikhani  untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
(Bacaan doa bermula)
Amin,Amin Ya Rabbal AlaminMajlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Zairi bin Saikhani di atas bacaan doa itu,tadi.


Tentatif 6 (Ucapan Pengerusi Pengelola)

Anak muda mengalun qasidah
Tiada kekok tampil ke depan
Pembuka kata berlalu sudah
Mari kita mendengar ucapan


Hadirin yang dihormati sekalian,Majlis pada hari ini di teruskan dengan segala sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Abdul Manaf Bin Haji Ali ,guru besar SK Meru selaku pengerusi bersama jawatankuasa pengelola Kejohanan Merentas desa Pendidikan Khas Daerah Klang 2018 ,untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih ,kepada Yang berusaha  Tuan Haji Mohd Abdul Manaf Bin Haji Ali ,guru besar SK Meru ,di atas ucapan sebentar tadi.

Tentatif 7-Ucapan Perasmi

Indah sungguh apa yang dialami
Jagalah ia agar kekal lama
Dengarkan semua ucapan perasmi
Untuk difikirkan bersama-sama

Hadirin yang dihormati sekalian,seterusnya dengan penuh takzim yang mempersilakan  Berbahagia Puan Hajah Basiah Bt Hj Masjudi ,Ketua Wanita UMNO Bahagian Kapar,untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Penutupan Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Daerah Klang 2018.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada   Berbahagia Puan Hajah Basiah Bt Hj Masjudi ,Ketua Wanita UMNO Bahagian Kapar,atas ucapan sebentar tadi.
TENTATIF 8 -Penyampaian Hadiah
Indah ukiran  cincin suasa
Hati  melihat  menjadi  tenang ,
Sebelum tamat temasya merentas desa,
Hadiah disampaikan kepada pemenang.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Tanpa melengahkan masa ,majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha ______________________________________________________________untuk mempersilakan  yang Berbahagia Puan Hajah Basiah Bt Hj Masjudi ,Ketua Wanita UMNO Bahagian Kapar,naik ke pentas bagi penyampaian hadiah kepada para pemenang kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Daerah Klang 2018.
Dimulai dengan Penyampaian Hadiah Kategori Murid Lelaki Sekolah Rendah Terbuka
 Dimulai dengan tempat ke _____________________________

Penyampaian Hadiah Kategori Murid Perempuan Sekolah Rendah Terbuka
Penyampaian Hadiah Kategori Murid Lelaki Sekolah Menengah Terbuka
Penyampaian Hadiah Kategori Murid Perempuan  Sekolah Menengah Terbuka


Majlis mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang. Kepada yang
kurang berjaya, cuba lagi pada tahun hadapan.







Tentatif 9- Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi & Sekolah Pengelola
Sebagai tanda penghargaan , majlis dengan segala hormatnya , mempersilakan YANG BERUSAHA TUAN HAJI MOHD ABDUL MANAF BIN HAJI ALI, guru besar SK Meru  untuk menyampaikan cenderamata kepada YANG BERBAHAGIA PUAN HAJJAH BASIAH BT HAJI MASJUDI,KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN KAPAR. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada YANG BERBAHAGIA
Puan Hajah Basiah Bt Hj Masjudi ,Ketua Wanita UMNO Bahagian Kapar              atas kesudian menyempurnakan  majlis  pada hari ini.

Penutup
Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi,maka selesai sudah majlis pada hari ini. Sekali lagi majlis Majlis merakamkan ribuan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran  YANG BERBAHAGIA Puan Hajah Basiah Bt Hj Masjudi ,Ketua Wanita UMNO Bahagian Kapar    serta    ,tuan- tuan dan puan- puan  yang dihormati sekalian.  
Bersyukur kehadrat Ilahi  ,maka selesailah sudah majlis kita pada hari ini
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua sekolah  yang telah menyertai Kejohanan Merentas Desa pada kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Adat bertanding, ada kalah dan ada menang. Adat menguruskan acara, ada kelemahan dan ada kesilapan. Apa yang penting, semangat kesukanan dapat terus kita pupuk demi melahirkan generasi yang lebih berdisiplin dan berdaya saing dalam segenap aspek.

Berakhir sudah kejohanan merentas desa,
SK Meru melambai ceria,
Sukan membentuk semangat waja,
Murid sihat, sekolah sejahtera

Besi tembaga biar di tanah
Emas suasa di bawa pergi
Berakhir kata di hujung noktah
Di lain ketika bersua kembali
Terima kasih ,assalamualaikum dan selamat petang.Sehingga kita berjumpa lagi di majlis yang sama pada tahun hadapan. 




 Seterusnya majlis mempersilakan sekali lagi YANG BERUSAHA TUAN HAJI MOHD ABDUL MANAF BIN HAJI ALI, guru besar SK Meru menjemput dan mengiringiYANG BERBAHAGIA Puan Hajah Basiah Bt Hj Masjudi ,Ketua Wanita UMNO Bahagian Kapa ke bilik jamuan makan tengah hari. Semua tetamu jemputan juga dipersilakan bergerak ke bilik-bilik jamuan yang telah disediakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!