Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 29 Mei 2018

Contoh Pengacara Kejohanan Balapan dan Padang SMKKJ 2018


MA : KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMKKJ KALI KE-18 2018
TEMPAT : PADANG SMK KAMPONG JAWA, KLANG
TARIKH : 8 APRIL 2018

1. PERSEDIAAN
7.30 a.m - Semua peserta perbarisan dan persembahan diminta bersedia di padang.

2. KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
7.45 a.m – Tetamu kehormat tiba…

“Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pn Anita Md Idris, Yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa.
(kompang dipalu)

“Hadirin hadirat dipersilakan berdiri”
(tunggu VIP duduk)

“Hadirin hadirat dipersilakan mengambil tempat”

3. UCAPAN ALU-ALUAN JURUACARA
Yang Berbahagia Puan Anita Binti Md Idris, Yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa,
Yang Berusaha, Tn Hji Mohamad Kamaluddin Bin Taib, Pengetua SMK Kampong Jawa,
Dif-dif Kehormat, Ahli-ahli jawatankuasa PIBG,
Barisan Pentadbir, guru-guru, para ibubapa yang dihormati,
Serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

             ASSALAMUALAIKUM WBT,
            SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN, SALAM 1 MALAYSIA
            Hadirin dan hadirat sekalian..
            Selamat dating saya ucapkan ke acara KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMKKJ KALI KE – 20.
            Mewakili seluruh warga sekolah mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada Puan Anita                     
            Binti Md Idris kerana telah sudi melapangkan masa untuk memeriahkan lagi KEJOHANAN                                                         
            BALAPAN DAN PADANG pada tahun ini.

4. PERBARISAN DAN LINTAS HORMAT
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Sebagai pembukaan tirai kejohanan, marilah sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat oleh pasukan badan-badan beruniform dan rumah-rumah sukan.
Majlis menjemput dengan segala hormatnya Yang Berbahagia Puan Anita Binti Md Idris dengan diiringi Tn Haji Mohammad Kamludin Bin Taib untuk tampil ke hadapan, menyaksikan perbarisan serta menerima tabik hormat. Dengan segala hormatnya

VIP dah ready berdiri di podium
*** MUSIC ON

__________________________ start jalan

              Hadirin dan hadirat sekalian… pasukan yang pertama adalah pasukan
1. ___________________________
Diketuai oeh _________________________
Pembawa bendera ialah ________________________
Motto pasukan ialah ________________________________

** selepas setiap pasukan masuk baris, ketua pasukan akan beri arahan senang diri **

(rujuk lampiran unit seterusnya)

Pasukan seterusnya adalah perbarisan dari pasukan rumah-rumah sukan yang dimulakan dengan

1. Pasukan rumah ____________________________
- Rumah ___________________ diketuai oleh _____________________
- Ketua perbarisan ialah _______________________________________
- Pembawa bendera __________________________________________
- Pembawa papan tanda ialah __________________________________
- Motto pasukan _____________________________________________
- Maskot
        
              2.
              3.
              4.
              5.

               (rumah akhir dan lintas depan VIP, jemput VIP duduk)

              Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Puan Anita bin Md Idris di atas kesudian  
              menerima tabik hormat sebentar tadi (VIP duduk)

              **tunggu rumah terakhir masuk……. MUSIC OFF


              ** standby lagu NEGARAKU
              ** standby pembaca doa
Hadirin dan hadirat yang saya hormati,
Begitulah tadi berakhirnya perbarisan lintas hormat oleh pasukan badan-badan beruniform dan rumah-rumah sukan.

5. NYANYIAN LAGU NEGARAKU
Majlis akan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku
Dengan ini dipersilakan Ketua Kontigen AIMAN FIKHRY BIN RAZALI untuk mengetuai perbarisan

* ( Aiman ) keluar ke tengah….
          = KONTIGEN, KONTIGEN SEDIA

Hadirin dan hadirat dipersilakan untuk berdiri tegak dan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.

*** ON LAGU NEGARAKU………….nyanyi habis
Hadirin dan hadirat dipersilakan duduk.

6. BACAAN DOA
Seterusnya, majlis menjemput Ustaz Mohd Rashid Bin Mohd Salleh untuk mengetuai bacaan doa.

Dengan segala hormatnya di jemput..
        *(F) - arahan “UP”
                - pemegang bendera alih bendera ke kiri & angkat tangan kanan sahaja
                -semua angkat tangan
    
*ustaz Rashid = baca doa..habis
                      
                       *(F) –arahan “UP”
                               - semua turun tangan
                               - pemegang bendera alih bendera ke kanan

                 Aamiin ya Rabbak alamiin (tunggu arahan up) (tunggu pasukan lain kalih tangan)

         Terima Kasih diucapkan kepada ustaz Mohd Rashid bin Mohd Salleh diatas bacaan doa sebentar tadi. Semoga kejohanan balapan dan padang kali ke- 20 ini akan berjalan lancar dari awal hingga ke akhirnya dan diberkati ALLAH SWT, Inshaa ALLAH

*** standby muzik irinigan ikrar
    
7. BACAAN IKRAR
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Ketua Kejohanan, saudara Matheishvar a/l Karuppiah, dari tingkatan 4 Cekal, untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan.

*** MUSIC ON
        Matheishvar dan pembawa bendera berlari-lari anak kehadapan, bentuk separut bulatan, tunggu semua ready…

*** MUSIC OFF
       Matheishvar “UP”

- Semua bendera turun
- Semua PESERTA RUMAH SUKAN SAHAJA angkat tangan kanan
                                  *baca ikrar, habis
                                  * Matheishvar – “UP”
-     Semua bendera dinaikan dan tangan turun

*** MUSIC ON
                    -  Matheishvar dan pembawa bendera masuk baris

                     *** MUSIC OFF

                     *(kontigen senang diri dulu)
Terima Kasih diucapkan kepada Ketua Kejohanan iaitu saudara Matheishvar a/l Karuppiah kerana telah mengetuai bacaan ikrar sebentar tadi.

                      * Matheishvar arah KONTIGEN, SENANG DIRI

Untuk makluman hadirin dan hadirat…….
                      (rujuk biodata Matheishvar,baca pencapaian)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada saudara Matheishvar a/l Karuppiah di atas kejayaan beliau mengharumkan nama sekolah.

8. UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA
 Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Kini, marilah sama-sama kita mendengar ucapan alu-aluan yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Tn Haji Mohammad Kamaluddin Bin Taib, Pengetua SMK KG Jawa. Dengan segala hormat dipersilakan.
     
              -Pengetua Berucap

*** STANDBY
- GUNTING DAN BELON
- PASUKAN KAWAD BENDERA
- CENDERAHATI
- PERSEMBAHAN

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohammad Kamaluddin Bin Taib diatas ucapan beliau sebentar tadi.

9. UCAPAN PERASMIAN VIP
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kini tibalah kita ke acara kemuncak pada pagi ini. Tanpa membuang masa saya mempersilakan dengan segala hormatnya Yang Berbahagia Puan Anita Binti Md Idris untuk menyampaikan ucapa seterusnya merasmikan KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK KAMPONG JAWA kali ke-20. Dengan segala hormatnya dipersilakan

- VIP berucap
- VIP rasmi

*** GIMIK PERASMIAN

Demikian tadi berakhirnya upacara perasmian KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK kg Jawa kali ke 20. Terima Kasih diucapkan kepada Puan Anita Binti Md Idris.
Sebagai tanda penghargaan majlis mempersilakan Tuan Haji Mohammad Kamaluddin Bin Taib, Pengetua SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan sedikit CENDERAHATI kepada Puan Anita Binti Md Idris.
     Terima Kasih sekali lagi diucapkan kepada Puan Anita Binti Md Idris dan Tuan Haji Mohammad Kamaluddin Bin Taib.
                  
- VIP dan pengetua duduk


10. PERARAKAN MASUK BENDERA KEJOHANAN
Hadirin dan hadirat sekalian, marilah sama-sama kita saksikan pula perarakan masuk bendera kejohanan yang akan dibawa oleh wakil-wakil dari setiap badan beruniform SMK Kampong Jawa. Pasukan ini dipimpin oleh Nor Haikal Naimi Bin Razi dari pasukan Kadet Pertahanan Awam.
Dipersilakan…..

- Haikal – “ KONTIGEN, KONTIGEN SEDIA”
                         HORMAT KE HADAPAN, HORMAT
                         Semua ketua tabik
                         Semua bendera sendeng

*** MUSIC ON
- Pasukan bendera berjalan masuk
- KETUA BENDERA ( Haikal ) araha UP
- Bendera kejohanan disendengkan
- Berjalan depan VIP
- Pasang bendera

- Selepas bendera dikibarkan

- Haikal – arahan UP

- Tangan turun , semua bendera naik

- Pasukan bendera keluar masa sendiri


*MUSIC OFF
* SENANG DIRI

Dengan berakhirnya perarakan masuk bendera kejohanan ini, menandakan bermulalah KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG kali ke 20 SMK KAMPONG Jawa. Semoga semangat SATU MALAYSIA dan semangat kesukanan yang tinggi akan sentiasa bersemadi dalam hati dan sanubari setiap atlit khususnya dan warga SMK KG Jawa dengan amannya.


11. PASUKAN UNIT BERUNIFORM & RUMAH SUKAN KELUAR BARIS
Hadirin dan hadira sekalian,
Pasukan badan-badan beruniform dan pasukan rumah-rumah sukan akan keluar baris.
                   
- F –“ KONTIGEN, KONTIGEN AKAN BERJALAN
KELUAR……DARI TENGAH CEPAT JALAN.

***Muzik On
Semua pasukan keluar baris bermula pasukan paling kiri dan paling Kanan
*** Ketua kontigen dan ketua kejohanan keluar paling akhir


Terima Kasih diucapkan kepada AIMAN FIKHRY BIN RAZALI dari pasukan kadet BOMBA, selaku ketua kontigen bagi pebarisan badan-badan beruniform dan rumah-rumah sukan dan saudara Matheishvar a/l Karuppiah selaku ketua KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK KG Jawa kali ke 20 ini.

                      ** tunggu padang kosong

12. PERSEMBAHAN
Hadirin dan hadirat sekalian, untuk memeriahkan lagi kejohanan kita pada kali ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan seni tari Kumpulan Kg Star

*** muzik on………..persembahan……..muzik off

Demikian tadi berakhirnya persembahan seni tari yang begitu menarik dari KG STAR. Terima Kasih diucapkan kapada semua tenaga pengajar dan murid yang telah menjayakan persembahan ini.
*Hadirin hadirat sekalian.
Terdapat beberapa acara yang telah dijalanan sebelum kejohanan ini dan bagi menyampaikn pingat kepada para pemenang, dipersilakan TN Haji Mohammad Kamaluddin Bin Taib untuk mengiringi Puan Anita Binti Md Idris bagi menyampaikan pingat kepada pemenang.

Bagi acara_____________________
Tempat ketiga dimenangi oleh ____________ dari rumah ___________________

Naib Johan ____________________________ dari rumah ___________________

Johan dimenangi oleh : ________________________________ dari rumah.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohammad Kamaluddin Bin Taib.

13. JAMUAN
Seterusnya majlis menjemput Tuan Haji Mohammad Kamaluddin Bin Taib untuk mengiringi Puan Anita Binti Md Idris serta para jemputan untuk menikmati sedikit jamuan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

14. KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG BERMULA
Hadirin hadirat sekalian,
ACARA SUKAN AKAN BERMULA SEBENTAR LAGI. SEMUA ATLIT DIMINTA MELAPOR DIRI DI KHEMAH PENYELIA PESERTA DAN PARA PETUAS BERSEDIA DI TEMPAT MASING-MASING.

Selamat bertanding, selamat bertugas dan selmat maju jaya!
MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA!

· BACA NAMA-NAMA PESERTA UNTUK ACARA PERTAMA

ACARA BERMULA

MAJIS PENYAMPAIAN HADIAH (rujuk lampiran)


15. UPACARA MENURUNKAN BENDERA KEJOHANAN
Sebagai acara terakhir, dijemput Ketua Pasukan Bendera, Lans Koperal Nor Haikal Naimi Bin Razi , dari pasukan Kadet Pertahanan Awam untuk mengetuai acara menurunkan bendera kejohanan
- Turunkan, lipat dan serah kpd pengetua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!