Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 24 September 2019

Resepi Apam Nasi

Resepi Apam Nasi

2 cawan nasi
1 cawan tepung beras cap teratai
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
10 gram yis saf
2  cawan air
Pewarna pilihan pink atau hijau

Cara penyediaan

1.Blender halus nasi dan air.Masukkan dalam besen besar

2.Campurkan gula,yis dan
Campur tepung gandum dan tepung beras.kacau sebati dan perap 1 jam sahaja dalam bekas bertutup

3.Selepas perap kacau dahulu buang gelembung udara dalam adunan

4.Asingkan adunan sedikit untuk warna pink
Warnakan ikut pilihan
JJ warnakan pink.

5.Masukkan adunan pink tadi dalam piping beg untuk decorasi atas apam

6.Acuan sapu minyak sedikit dan tuang adunan putih  hampir2 penuh...
Kukus 15- 25 minit api sederhana atau sampai masak.

7.Sejukkan apam diatas redai.. Bokeh hidang dgn kelapa parut putih....

Kerepek Gunting Bersira

"KEREPEK GUNTING BERSIRA

Bahan2

1/2 kilo tepung gandum
1/2 cawan marjerin pelangi
Air secukupnya

Caranya

Satukan tepung dan marjerin. Gaul rata hingga berderai.
Masukkan air sikit-sikit hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.
Bulat-bulatkan. Jadikan doh yang lebih kecil.
Peram 10-15 minit dalam bekas bertutup..
Taburkan sedikit tepung dalam talam.
Ambil satu doh dan gelek hingga nipis kemudian gunting.
Guna mesin mee lebih mudah.
Gelek nipis dan potong guna gunting.
Panaskan minyak..goreng hingga garing.
Toskan dan biarkan sejuk.

Bahan sira

7-8 tangkai cili kering*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1 senduk minyak masak*
(Kisar semua bahan yang bertanda*)
6 sudu besar gula
1 sudu besar sos cili
Sedikit garam dan bahan perasa

Caranya
Masukkan bahan kisar dalam kuali.
Guna api perlahan..kacau2 2-3 minit.
Masukkan sos cili, gula, garam dan bahan perasa.
Bila sambal dah berbuih2 pekat..masukkan kerepek gunting.
Gaul rata. Tutup api.
Biarkan sejuk bolehlah simpan dalam bekas kedap udara..

Kek Pandan Gula Melaka

KEK PANDAN GULA MELAKA

Bahan A
170g mentega
150g gula castor
3 biji telur B

Bahan B
250g tepung naik
1/2 sk garam
= ayak

Bahan C
1 cawan santan kotak + 1 sb cuka + 2 sb pandan emulco = kacau biarkan 10 minit
* tambah pewarna hijau 1/2 sk kalau nak terang lagi warna kek tu nanti
.
Cara penyediaan :

Bahan A
mentega + gula = pukul kembang + telur  = pukul sebati

Bahan B + Bahan C (secara selang seli B , C , B )
Dalam bahan A

Loyang 7
Bakar 160c
bakar 40-50 minit
*ikut iven masing- masing
.
.

Swiss Meringue Buttercream

4 biji telur putih
1 cawan gula caster
300 gram mentega
esen vanilla

Cara  :
telur putih + gula = panaskan secara double boil sehingga gula larut
Masuk dalam bowl  putar kembang dan biarkan sejuk
+ mentega + vanilla = putar kembang

.
Karamel Gula Melaka

Bahan bahan:
50 gm gula Melaka
1 sk pandan emulco
1 sudu besar gula castor
1/2 cawan air
*1 sk tepung jagung

Cara
Masak semua bahan kecuali *
Dah sebati semua + bahan * untuk pekatkan sos dah sejuk baru deco atas kek

Motivasi Diri

" Kalau rezeki dari Allah terlambat, maka beristighfarlah kepada Allah dan mohonlah semoga Allah melapangkan rezeki-Nya bagi kamu. Kunci syurga adalah sabar. Kunci kemuliaan adalah rendah hati. Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa." - Saiyidina Ali كرم الله وجهه -

Resepi Roti Taiwanese

Meroti itu satu terapi..
🍞🍞🥖🥖

Resepi Roti Taiwanese

Tepung high protein 200gm
Tepung gandum 50gm
Gula 37gm
Yeast 5gm
Butter 30gm
Whipped cream 40gm campur air ais 110gm
Kuning telur 1
Garam 4gm
Bread improver 1 gm
15gm susu tepung
Campur semua dlm mixer adun hingga elastik n bentukkan..rest selama 1 1/2 jam..milk wash tabur bijan
Bakar dlm suhu 170 selama 20min atau hingga brown
*Milk wash tu sapu atau spray dgn susu segar ke atas roti sebelum di bakar..

#enazamriskitchen

Tepung high protein 200gm
Tepung gandum 50gm
Gula 37gm
Yeast 5gm
Butter 30gm
Whipped cream 40gm campur air ais 110gm
Kuning telur 1
Garam 4gm
Bread improver 1 gm
15gm susu tepung
Campur semua dlm mixer adun hingga elastik n bentukkan..rest selama 1 1/2 jam..milk wash tabur bijan
Bakar dlm suhu 170 selama 20min atau hingga brown
*Milk wash tu sapu atau spray dgn susu segar ke atas roti sebelum di bakar..

Contoh Pantun Nasihat

menampi padi di tengah laman
untuk dijual di pekan sari
benda yang baik jadikan pedoman
semoga tak menyesal kemudian hari


indah berbalam si awan petang
menjadi penyeri di senja hari
semasa hidup elakkan berhutang
supaya tidak menyusahkan diri sendiri

cantik tenunan songket Terengganu
Tinggi nilainya tidak terperi
selagi hidup carilah ilmu
tak rugi malah menjadi penyeri

cantik-cantik lukisan di dinding
mata tak jemu asyik memandang
baca al quran sebagai pendinding
supaya hidupmu tidak kecundang.

mengapa hati selalu rindu
bila diri berjauhan
kenapa harus mengadu
kalau salah sindiri menjadi taruhan


di waktu pagi membasuh kain
basuh kain tepian telaga
dulu lain sekarang lain
masa yang berlalu amatlah berharga

menjelang raya mengayam ketupat
ketupat palas enak sekali
tanpa ilmu hidup merempat
menjadi cacian orang setiap kali

di malam hari memasang pelita
pelita dipasang pendek sumbunya
carilah ilmu buatlah harta
tanpa ilmu tak guna ringgitmu berjuta

tinggi-tinggi burung terbang
akhirnya ke tanah jua
rugi sungguh adikku sorang
biarkan masa mudamu berlalu sia-sia


Kuciptakan pantun ini untuk kalian.....kalau tersama sesungguhnya itu tidak disengajakan..segala yang tertulis terlahir dari hati.....

Isnin, 23 September 2019

Ucapan untuk murid-murid yang menamatkan persekolahan

Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada murid  PPKI yang bakal menamatkan alam persekolahan tidak lama lagi. Perjalanan anda masih lagi jauh dan lebih mencabar  bakal ditempuhi lagi selepas  ini Cabaran yang mungkin akan dihadapi ialah apabila murid  lebih bebas .anda harus  bijak memilih kawan.  

Banyak kajian menunjukkan pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor utama terlibatnya murid dalam kancah gejala sosial. Tambah-tambah lagi dalam umur yang sedang meningkat, mereka mudah dipengaruhi untuk mencuba sesuatu yang baru. Oleh yang demikian, semuanya terletak di tangan anda kerana andalah yang bakal menentukan masa depan anda.

Harus kita ingat bahawa kebolehan seseorang  adalah pelbagai dan seseorang yang kurang atau tidak berjaya dalam peperiksaan  tidak semestinya tidak mempunyai masa hadapan yang cerah. Gunakan segala kemahiran yang telah diajarkan oleh guru semasa di sekolah dahulu untuk terus membina kehidupan yang lebih sempurna.Jangan melihat ke belakang kerana anda tidak dapat mengubahnya. Jadi tanamkan azam untuk berubah dan gandakan usaha untuk lebih berjaya pada masa akan datang

Kesempatan ini juga,kami guru-guru PPKI ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan sepanjang berada di sekolah ini,sudah pasti ada kesilapan dalam mendidik kalian.Harapan dan doa kami walau di mana anada berada kami mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kalian murid-murid tercinta.


JANGAN KERANA KEKURANGAN KITA MENJADI ALASAN UNTUK PENGHALANG KEJAYAAN .TERUSKAN USAHA DAN USAHA HINGGA KAMU BISA MENCAPAI APA YANG DIIMPIKAN.  

Ikhlas bukan perkara mudah

IKHLAS BUKAN PERKARA MUDAH..
KADANG DITEMANI,
RIAK SOMBONG TAKABBUR BANGGA DIRI...
SANGAT MUDAH MENYERAP KE DALAM QALBU..
MULUT BICARA LAIN, HATI BERKATA LAIN...
HAKIKATNYA INGIN DIPUJI DIMEGAH..
HEBAT DARI YANG LAIN,,...

BERUBAHLAH,,,
JANGAN SAMPAI MENJADI PERANGKAP SYAITAN,(NIRROJIIMM),,
JANGAN SAMPAI MUDAH DIMAKAN DIRATAH,
SANG IBLIS TERTAWA RIANG TAK SUDAH,
MENJADI TEMAN SEAKIDAH...

BETULKAN NIAT,,,
LURUSKAN MATLAMAT,(TUJUAN@NIAT),,
SEMUANYA AKAN JADI INDAH,
RAHMAT-NYA DAN REDHA-NYA,
ITULAH ARAH...🌹💗✍😎💗🌹

Mati itu pasti

“Andai sahaja hidup ini lebih lama daripada mati, maka dimanakah letaknya kebaikan manusia. Sedangkan hidup yang sebentar dan mati selamanya saja, ramai manusia yang lebih memilih kehidupan dunia seolah-olah seperti hidup selamanya dan tidak peduli bahawa adanya kematian di masa hadapan mereka yang pasti tidak terganti.”
Mati itu pasti....dan tak bisa kau hindari

Jumaat, 20 September 2019

KETIKA AMBIL WUDHU NIATKANLAH DALAM HATI :

*بِسْــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّ حْمنِ الرَّحِيْـــــمِ*💧💧💧💧💧

KETIKA AMBIL WUDHU NIATKANLAH DALAM HATI :

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini"

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini"

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini"

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu"

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian Siratul Mustaqim nanti"

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunkanlah dosa aku"

Pesanan untuk diri sendiri

HIDUP INI KADANGKALA MENYAKITKAN BILA MENGENANGKAN KENANGAN YANG MELUKAKAN..
NAMUN ADAKALA MEMBAHAGIAKAN BILA KENANGAN TERINDAH KITA SINGKAP
USAH SALAHKAN TAKDIR JIKA DUKA DATANG MENGHIMPIT NAMUN JANGAN LUPA DIA YANG ESA TIKA BAHAGIA MEMBALUTI DIRI.

TEKS UCAPAN PENGERUSI KELAB BAGUS SMK KAMPONG JAWA 2019

TEKS UCAPAN PENGERUSI KELAB BAGUS  SMK KAMPONG JAWA 2019


TERIMA KASIH KEPADA SAUDARI  PENGERUSI MAJLIS

MENAMPI PADI DI TENGAH BENDANG
JADI DAGANGAN DI TENGAH LAMAN
TUAN PUAN DATANG BERTANDANG
BUSANA PENGANTIN MENYELIPUTI BADAN
BARISAN AJK  KELAB BAGUS ALU ALUKAN.

HARI INI BERBUSANA PENGANTIN
MEMENUHI TEMA MAJLIS HI TEA
SENYUM TERUKIR SEMUA HADIRIN
TANDA GEMBIRA PENUH DI HATI.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..SALAM SEJAHTERA

YANG BERUSAHA
TN HJ MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB
PENGETUA SMK KAMPONG JAWA DAN ISTERI

YANG DIHORMATI, PN ANITA BINTI MAD IDRIS
YDP PIBG SMK KAMPONG JAWA SERTA SUAMI

YANG BERUSAHA
PUAN SHUHARA  HAMIZAN BINTI ABU HANIFAH
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK KAMPONG JAWA.
YANG BERUSAHA
CIK ZARINA BINTI ISMAIL
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SMK KAMPONG JAWA
TUAN HJ MUZIKIR BIN MUHAMMAD ,
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SMK KAMPONG JAWA
PN NORMALA BINTI MISMAN PENOLONG KANAN PPKI
YANG DIRAIKAN MANTAN-MANTAN GURU  DAN STAF  SMK KAMPONG JAWA YANG BERSARA MAHUPUN YANG TELAH BERPINDAH KE TEMPAT BAHARU.
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN
RAKAN-RAKAN GURU DAN STAF  SERTA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

AHLAN WAHSAHLAM DAN SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA KE MAJLIS  HI TEA
SEMEKAR ILMU
SEHARUM BUDI
SEINDAH MEMORI  SMK KAMPONG JAWA 2019

ALHAMDULILLAH ,SEIRING KITA MENADAH TANGAN MENZAHIRKAN RASA KESYUKURAN KE HADRAT RABBUL IZZAH,TUHAN YANG MAHA ESA KERANA  DENGAN  LIMPAH IZINNYA  DAPAT KITA BERKUMPUL DI DALAM DEWAN   INI BAGI MENJAYAKAN SATU MAJLIS YANG BAKAL MENJADI INGATAN DI SANUBARI  HATI TUAN PUAN .YANG TELAH DIANJURKAN OLEH KELAB BAGUS SMK KAMPONG JAWA 2019

TUAN-TUAN DAN PUAN PUAN HADIRIN SEKALIAN,

PERTAMA SEKALI SAYA INGIN MENGUCAPKAN  JUTAAN TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA WARGA SMK KAMPONG JAWA SAMA ADA YANG MASIH BERKIDMAT ATAU PUN YANG TELAH MENAMATKAN PERKHIDMATAN .
BEGITU JUGA BUAT RAKAN-RAKAN GURU DAN STAF YANG TELAH BERHIJRAH KE TEMPAT BARU NAMUN PADA HARI INI BERKESUDIAN UNTUK SAMA-SAMA MERIAHKAN MAJLIS INI..
INI MENUNJUKKAN BAHAWA IKATAN SILATULRAHIM TIADA BATAS DAN PENGHUJUNGNYA.


BAGI PIHAK KELAB BAGUS KAMI INGIN MEMOHON MAAF JIKA ADA
TERSILAP DAN TERKURANG DI MANA-MANA JUA  DAN DALAM  APA-APA BENTUK SEKALIPUN  SEPANJANG MAJLIS INI BERLANGSUNG NANTI.
SAYA TURUT MENGAMBIL KESEMPATAN DI SINI UNTUK MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MERANCANG DAN MENJAYAKAN MAJLIS INI,AJK,BARISAN PENTADBIR .PIBG DAN SEMUA YANG TERLIBAT .

TERIMA KASIH JUA KEPADA SEMUA AHLI JAWATANGKUASA YANG SUDI BERKORBAN MASA DAN BERTUKUS LUMUS DALAM MENJAYAKAN PROGRAM KELAB SEPANJANG TAHUN INI .KERJA KERJA SUKARELA YANG TIDAK KELIHATAN ITU HANYA ALLAH JUA YANG MEMBALASNYA SECARA SETIMPAL.PENGORBANAN RAKAN-RAKAN SEKALIAN AMAT SAYA HARGAI.

SIDANG HADIRIN SEKALIAN.

MAJLIS INI PADA PETANG INI JUGA BAKAL  DISERIKAN DENGAN PERSEMBAHAN DAN NYANYIAN ,MINTA MAAFLAH KAMI TIDAK MAMPU UNTUK MENJEMPUT BINTANG BINTANG BESAR SEPERTI KHAI BAHAR..SITI NORDIANA,NAMUN TUAN PUAN TIDAK PERLU GUSAR KERANA SEBAGAI GANTI,TUAN PUAN AKAN DIHIBURKAN OLEH BAKAT-BAKAT TERPENDAM SMK KAMPONG JAWA TERMASUK TUAN PENGETUA KITA SENDIRI.BAK KATA PEPATAH “ KALAU TIDAK ADA ROTAN,AKARPUN BERGUNA.KALAU TAKDE JEFRIDIN HAJI KAMALUDIN APA KURANGNYA..BETUL TAK SEMUA.

TAHUN INI SEPRTI TAHUN TAHUN YANG SUDAH ,JUGA DIADAKAN PERTANDINGAN PAKAIAN TERCANTIK.JADI SAYA LIHAT SEMUA ADA PAKAIAN YANG CANTIK-CANTIK HARI INI.SYABAS MENGIKUT TEMA BUSANA PENGANTIN..KERANA KESPORTINAN KALIAN ..KITA MEMBERIKAN 10 HADIAH UNTUK ORANG 10 PAKAIAN TERCANTIK HARI INI..


TUAN PUAN SEKALIAN ,

SESUATU MAJLIS PASTI TIDAK AKAN BERSERI TANPA CABUTAN BERTUAH YANG TELAHPUN TUAN PUAN DAPAT SEMASA PENDAFTARAN TADI.UNTUK INI PIHAK MAJLIS INGIN MERAKAMKAN SETINGGI -TINGGI PENGHARGAAN KEPADA BARISAN PENTABIR.RAKAN GURU DAN STAF ,PEMBEKAL SERTA ORANG PERSEORANGAN YANG TELAH SUDI MENYUMBANG DEMI MENYERIKAN LAGI
 MAJLIS.SEMOGA TUHAN MEMBERKATI KEMURAHAN HATI SEMUA SPONSOR KITA.

TIDAK KETINGGALAN SEKALUNG BUDI  KEPADA PENGURUSAN HOTEL CRYSTAL CROWN ATAS KERJASAMA MENJADI JURI PAKAIAN TERCANTIK ,PENYEDIAAN MAKANAN DAN DEWAN PADA HARI INI.

AKHIR KATA KEPADA SEMUA.

 JASAMU AKAN KAMI KENANGI
TERIMA KASIH DAUN KELADI
PETANG INI KITA MESTI HAPPY-HAPPY
MAKANLAH SEPUASHATI
HARI INI JANGAN FIKIR PASAL KALORI
KALAU TIDAK RUGI.

IN SYA ALLAH  SEMOGA SEGALANYA BERJALAN LANCAR ,SEKIAN SAYA SUDAHI DENGAN WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH.TERIMA KASIH.

Selasa, 17 September 2019

CARA MENCUCI KEMALUAN DENGAN BENAR...

Cara Cuci Kemaluan yang Betul, Kalau Tidak Mau Disiksa Malaikat Di Alam Kubur Nanti !!

CARA MENCUCI KEMALUAN DENGAN BENAR...

Seringkali kita merasa telah mencuci kemaluan kita dengan bersih dan benar. Bersih belum berarti benar. Hal ini penting agar amal ibadah kita diterima.

Banyak orang merasa ibadah mereka bagus, tetapi sebenarnya masih tidak terlepas dari ancaman azab api neraka hanya karena tidak benar dalam mencuci kemaluannya.

As Sayyidina Abu Bakar R.A. pernah hendak menyolatkan mayat seorang lelaki, tetapi tiba2 tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya. Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Khalifah Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba2 berkata:

”Apakah salahku? Karena aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”

Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan orang yang menyepelekan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi sebenarnya bagaimana cara membersihkan kemaluan kita dengan benar?

Lelaki dan wanita berbeda caranya. Bukan dibasuh sekadarnya dengan air dan asalkan bersih.

LELAKI:

Selepas membuang air kecil, disunnahkan berdehem tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.

Setelah itu urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali dengan menggunakan tangan kiri, sehingga tiada lagi air kencing yang tertinggal dalam saluran.
Kemudian basuhlah dgn air sampai bersih.

WANITA:

Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicuci bagian dalamnya dengan memasukkan sedikit jari tengah tangan kiri dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih.

Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata, karena hanya dengan menyiram air saja tidak dapat membersihkan bagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.

SANGAT PENTING

Begitu juga sewaktu akan membasuh air besar (berak), jari-jari tangan kiri yang akan dipakai membersihkan sebaiknya diolesi dengan sabun, terutama bagian kukunya. Kemudian sangat penting juga untuk memasukkan satu jari ke dalam dubur. Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur, sambil siram dgn air hingga terasa najis benar2 telah hilang dan bersih.

Sudah benar atau tidak kah cara membersihkan kemaluan kita selama ini? Kalau belum benar, mari bersama2 kita betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang benar. Karena telah dijanjikan neraka bagi mereka yg tidak istibro' (menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/ hadas besar).

Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala", aamiin 3x YRA...

Rindu

Senja mengundang rindu pada kampung halaman.. Pada ibu tercinta yang jauh di mata...
Semoga mak sentiasa dalam bahagia sihat sejahtera..demi mak saya cuba lupakan apa yang saya rasa...
Supaya mak tersenyum memikirkan hidup saya bahagia...untukmu mak...

12 PENYAKIT BERUMAH TANGGA

12 PENYAKIT BERUMAH TANGGA
1.KUTILAN
(KURANG TAHU ILMU PERNIKAHAN)
Rumah tangga akan sukses jika dipandu dengan ilmu agama. Ilmu agama suami istri yang mumpuni akan diberi kebaikan dalam rumah tangganya. Rasul bersabda:
مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّين
Artinya: “Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan, maka akan dipahamkan ia dalam ilmu agama.”(HR. Bukhari)
2.KUTUAN
(KURANG TAHU ARAH & TUJUAN PERNIKAHAN)
Tujuan pernikahan seperti dalam Surah Ar'Rum ayat 21, adalah supaya kita bisa hidup damai penuh ketenangan, saling jaga, saling melengkapi saling membahagiakan.
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu tenteram (Ar-rum: 21)
3.KUSTA
(KURANG SABAR MERAIH CITA)
Naik tangga harus dari tangga pertama dulu. Kebanyakan kita ingin langsung sampai ditangga puncak.
Tentu tidak mungkin! Maka sabarlah dalam proses berumah tangga, INSYAA ALLAH akan sampai pula ketangga puncak akhirnya. ALLAH berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Aali ‘Imraan: 200)
4.KUDIS
(KURANG URUS DUIT SELALU HABIS)
Manajamen keuangan yang tidak cakap, tidak bisa menentukan skala prioritas, tidak bisa menahan diri untuk belanja yang tidak penting dan mengabaikan kebutuhan yang pokok & jangka panjang, biasanya karena sipat boros maka rumah tangga akhirnya akan oleng.
Maka perbaikilah dalam mengelola uang, supaya tidak boros. INSYAA ALLAH kelarga akan damai dan mapan. ALLAH swt berfirman:
وَلا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ
“Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan.” (QS. Al Isro’: 26-27).
5. KANGKER
(KANTONG KERING)
Karena boros, karena malas, karena tidak mau belajar untuk cerdas akhirnya kita miskin. Maka keadaan miskin akan banyak bisikan setan, banyak percekcokan, sering terjadi pertikaian dan lain sebagainya.
Maka banyaklah belajar, jangan boros dan bekerja keraslah, INSYAA ALLAH kita akan terbebas dari kemiskinan yang sangat menyesakan:
Rasulullah saw bersabda:
كادَ الفَقْرُ أنْ يَكُوْنَ كُفْرًا
“Hampir-hampir kefakiran (kemiskinan) itu menjadi kekafiran”
( Imam al-Baihaqi dalam kitab “Syu’abul Iman” (no. 6612)
6. SEMBELIT
(SEDEKAH & MEMBERI SANGAT SULIT)
Jika seluruh anggota keluarga pelit maka rizki akan sulit.
Jikapun ada keluarga yang pelit tapi rizki terus melangit pasti itu istidraj. Pelit membuat semua urusan rumah tangga akan rumit.
Tapi jika dermawan semua urusan rumah tangga akan penuh kebaikan & keberkahan.
Rosululloh bersabda:
مَنْ تَصَدَّقَ بِعَدْلِ تَمْرَةٍ مِنْ كَسْبٍ طَيِّبٍ – وَلاَ يَقْبَلُ اللَّهُ إِلاَّ الطَّيِّبَ – فَإِنَّ اللَّهَ يَتَقَبَّلُهَا بِيَمِيْنِهِ، ثُمَّ يُرَبِّيْهَا لِصَاحِبِهِاَ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ فَلُوَّهُ أَوْ فَصِيْلَهُ، حَتَّى تَكُوْنَ مِثْلَ الْجَبَلِ
“Barangsiapa bersedekah dengan sebutir kurma dari hasil usaha yang baik dan Allah tidak akan menerima kecuali yang baik. maka Allah akan menerima dengan tangan kanan-Nya, lalu mengembangkan untuk pemiliknya (yang berinfak) sebagaimana salah seorang kalian mengembang biakkan anak kuda atau anak untanya, sampai harta itu menjadi sepenuh bukit”. (HR. Bukhori)
7. MERIANG
(“MENENGOK” ISTRI ATAU SUAMI JARANG-JARANG)
Salah satu hak pasangan yang jadi kewajiban bagi masing-masing pasangan adalah kebutuhan badaniyah.
Maka jika hal ini diabaikan akan menjadi celah keretakan rumah tangga. Makanya ALLAH memerintahkan dalam Al-Qur’an:
فَإِذَا تَطَهَّرۡنَ فَأۡتُوهُنَّ مِنۡ حَيۡثُ أَمَرَكُمُ ٱللَّهُۚ
“..Apabila mereka (istri) telah bersuci (mandi besar) maka “datangilah” mereka itu (istri) di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu..” (QS Al-Baqarah: 222)
8.TIPES
(TIDAK PEDULI PERASAAN)
Tidak saling pengertian dan tidak peduli perasan masing-masing pasangan akan membuat pasangan saling menyakiti dan tersakiti.
Rasulullah Saw bersabda:
خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي
“Orang terbaik diantara kamu adalah yang terbaik dalam hal memperlakukan keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dalam memperlakukan keluarga.” (HR Ibnu Majah)
9.MALARIA
(MENCARI LAIN PRIA/MENCARI LAIN WANITA)
Penyakit berumah tangga lainnya adalah sifat bosan kepada pasangan. Baik bosan kepada fisiknya, sikapnya dan kebersamaannya. Maka jika tidak bisa melawan rasa bosan itu.
Akhirnya ada yg sampai berbuat selingkuh dengan mencerai atau menggugat cerai.
Yang sedang berfikir untuk cerai, takutlahkalian. Rasulullah saw bersabda:
أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلاقًا فِيغَيْرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّة
“Siapa saja wanita yang meminta (menuntut) cerai kepada suaminya tanpa alasan yang dibenarkan maka diharamkan bau surga atas wanita tersebut.” (HR. Abu Dawud)
10. KURAP
(KURANG RAPIH)
Banyak istri dan suami tergoda kepada selain pasangannya gara-gara suami dan istri dirumah tidak memperhatikan kerapihan, kebersihan, kepantasan dan keindahan.
Maka perbaikilah penampilan kita dengan tampil didepan pasangan kita dengan tampilan terbaik. Rosulullah saw bersabda:
خَيْرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ، وَتُطِيْعُكَ إِذَا أَمَرْتَ، وَتَحْفَظُ غَيْبَتَكَ فِيْ نَفْسِهَا وَمَالِكَ
“Sebaik-baik isteri adalah yang menyenangkan jika engkau melihatnya, taat jika engkau menyuruhnya, serta menjaga dirinya dan hartamu di saat engkau pergi.” (HR. Thabrani)
11. MUAL
(MENGABAIKAN URUSAN HALAL)
Jika suami/ istri sudah ngaji, sudah umrah, sudah haji dsb tapi masih tetap bermasalah dirumah tangganya.
Maka periksalah kehalalan rizki keluarganya, karena rizki haram pembawaannya panas. Rasul bersabda:
َ لاَ يَرْبُو لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحتٍ إلاَّ كَانَتِ النَّارُ أَولَى بِهِ
"Tidaklah daging manusia tumbuh dari barang yang haram kecuali neraka lebih utama atasnya. [HR. Tirmidzi]
12. JERAWAT
(JARANG BERDOA LEWAT SHALAT)
Jangan sepelekan doa supaya kebaikan berumah tangga. Karena doa adalah energi yg menghidupkan keluarga, doa adalah benteng yg melindungi keluarga, doa adalah embun yang akan menyejukan keluarga. Amalkanlah doa ma'tsur dari al-qur'an untuk kebaikan rumah tangga dibawah ini:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” (QS. Al Furqan: 74).
SEMOGA KITA DI JAUHKAN DARI 12 PENYAKIT RUMAH TANGGA DIATAS. DAN SEMOGA ALLAH SWT ANUGERAHI KITA DENGAN KELUARGA SAKINAH.
AAMIIN..