Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 25 Disember 2010

Rancangan Pengajaran Harian Perdagangan PPKI


SMK DEMAK BARU
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Asas Kepada Perdagangan
1.Keperluan dan kehendak manuasia
a.Maksud keperluan
b.Maksud kehendak
c.Hieraki keperluan Maslow. 



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menyatakan maksud
a. keperluan
b. Kehendak
2.Membezakan keperluan dan kehendak

Aras 2
1.Menjelaskan keutamaan keperluan berbanding kehendak

Aras 1 melakar hierarki keperluan Maslow.

Kemahiran Berfikir
Membuat andaian dan menjana idea
Nilai
Menyedari semua orang ada kehendak dan keperluannya.
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja






Aktiviti
1.    Para murid menyenaraikan contoh keperluan dan kehendak.
2.    Penerangan boleh menggunakan model Hierarki Keperluan Maslow.
3.    Menyenaraikan contoh pengeluaran bersifat barang dan perkhidmatan.
4.    Latihan

Refleksi





                                                   SMK DEMAK BARU
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Asas Kepada Perdagangan(Pengeluaran)
a.Maksud pengeluaran
b.Jenis-jenis pengeluaran
c.Cabang-cabang pengeluaran 



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menyatakan maksud pengeluaran
2.Mengenal pasti cabang-cabang pengeluaran.

 Aras 2
1.Mentafsir bagaimana keperluan dan kehendak mewujudkan pengeluaran.
Kemahiran Berfikir
Membuat andaian dan menyenarai
Nilai
Menyedari bagaimana keperluan dan kehendak mewujudkan pengeluaran.
BBM

3.    Carta
4.    Lembaran kerja






Aktiviti
1. Menyenaraikan aktiviti perniagaan berkait dengan cabang-cabang pengeluaran.
2.Mengkaji beberapa kegiatan pengeluaran.
3.Aktiviti di dalam kumpulan
4. Latihan.

Refleksi










                                                   SMK DEMAK BARU
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Asas Kepada Perdagangan( Faktor-faktor Pengeluaran)
a.Tanah ,buruh,modal dan usahawan
b.Usahawan dan peniaga
c. Peranan usahawan 



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menyatakan maksud factor-faktor pengeluaran.

 Aras 2
1.Menjelaskan peranan dan sumbangan usahawan kepada masyarakat dan negara.
Kemahiran Berfikir
Mengkaji dan menyenaraikan
Nilai
Sesuatu kejayaan akan diperolehi sekiranya bercita-cita dan bersungguh-sungguh dengan apa yang dilakukan.
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja






Aktiviti


Kajian kes: Profil usahawan tempatan.

Refleksi










                                                   SMK DEMAK BARU
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Asas Kepada Perdagangan( Faktor-faktor Pengeluaran)
a.Tanah ,buruh,modal dan usahawan
b.Usahawan dan peniaga
c. Peranan usahawan 



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menyatakan maksud factor-faktor pengeluaran.

 Aras 2
1.Menjelaskan peranan dan sumbangan usahawan kepada masyarakat dan negara.
Kemahiran Berfikir
Mengkaji dan menyenaraikan
Nilai
Sesuatu kejayaan akan diperolehi sekiranya bercita-cita dan bersungguh-sungguh dengan apa yang dilakukan.
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja






Aktiviti


Kajian kes: Profil usahawan tempatan.

Refleksi










                                                   SMK DEMAK BARU
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Asas Kepada Perdagangan( Pengkhususan )
a.Maksud pengkhususan
b.Usahawan dan peniaga
c.Kesan pengkhususan dalam pengeluaran.



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menyatakan maksud pengkhususan.
2.Mengenalpasti bentuk-bentuk pengkhususan

 Aras 2
1.Menjelaskan kesan pengkhususan dalam pengeluaran.
Kemahiran Berfikir
Mengkaji dan menyenaraikan
Nilai
Sesuatu kejayaan akan diperolehi sekiranya bercita-cita dan bersungguh-sungguh dengan apa yang dilakukan.
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja






Aktiviti


Kajian kes:Pilih situasi sebenar yang melibatkan pengkhususan kerja dan perniagaan.

Refleksi










                                                   SMK DEMAK BARU
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Asas Kepada Perdagangan( Sistem Barter)
a.Maksud sistem barter
b.Kelemahan sistem barter
 



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menyatakan maksud sistem barter.
 Aras 2
1. Menghuraikan kelemahan sistem barter.
Kemahiran Berfikir
Mengkaji dan menyenaraikan
Nilai
Sesuatu kejayaan akan diperolehi sekiranya bercita-cita dan bersungguh-sungguh dengan apa yang dilakukan.
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja






Aktiviti


Simulasi system barter.

Refleksi











                                                   SMK DEMAK BARU
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Unsur Perdagangan.(Perdagangan)
a.Maksud perdagangan
b.Maksud perniagaan
c.Bantuan perniagaan
 



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menerangkan maksud perdagangan dan perniagaan.
2. Menerangkan jenis bantuan perniagaan.
3.Mengelaskan fungsi-fungsi bantuan perniagaan.
 Aras 2
1.Menghuraikan kepentingan bantuan perniagaan kepada perniagaan.

Aras 3
1.Membina carta aliran unsur-unsur perdagangan.
Kemahiran Berfikir
Mengkaji dan menyenaraikan
Nilai
Kejayaan sesuatu bidang bergantung kepada bantuan-bantuan tertentu.
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja






Aktiviti
1.       Menyediakan carta aliran unsur-unsur perdagangan.
2.       Membuat penerangan ringkas berpandukan carta dan buku teks.
3.       Latihan.


Refleksi







                                                   SMK DEMAK BARU
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Unsur Perdagangan (Kaitan pengeluaran perdagangan dan perniagaan.) 



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menjelaskan dengan contoh hubungkait pengeluaran,perdagangan dan perniagaan.

Kemahiran Berfikir
Mengkaji dan menyenaraikan
Nilai
Kejayaan sesuatu bidang bergantung kepada bantuan-bantuan tertentu.
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja






Aktiviti
1.       Menyediakan carta aliran unsur-unsur perdagangan.
2.       Membuat penerangan ringkas berpandukan carta dan buku teks.
3.       Latihan.


Refleksi












                                                   SMK DEMAK BARU
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri (Perniagaan dalam negeri dan maksud perniaagaan dalam negeri)



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menerangkan maksud perniagaan dalam negeri .
Kemahiran Berfikir
Melengkapkan carta aliran saluran agihan.
Nilai
Bersungguh-sungguh.
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja






Aktiviti
1.       Menerangkan maksud perniagaan dalam negeri.
2.       Membuat penerangan ringkas berpandukan carta dan buku teks.
3.       Latihan.


Refleksi














                                                   SMK DEMAK BARU
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri (Saluran Agihan-Jenis-jenis saluran agihan.)



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menjelaskan bentuk-bentuk saluran agihan.
Aras 2
1.Memilih saluran agihan yang sesuai dalam memasarkan barangan.
Kemahiran Berfikir
Kajian tentang pengendalian sebuah kedai runcit.
Nilai
Prihatin
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja






Aktiviti
1.       Menerangkan maksud saluran agihan.
2.       Menerangkan jenis-jenis saluran agihan.
3.       Membuat nota

Refleksi












                                                   SMK DEMAK BARU
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri (Perniagaan runcit)



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Mengenalpasti fungsi peruncit.

Kemahiran Berfikir
Kajian tentang pengendalian sebuah kedai runcit.
Nilai
Sabar
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja






Aktiviti
1.       Menerangkan fungsi peruncit
2.       Menerangkan jenis-jenis perniagaan runcit.
3.       Membuat nota

Refleksi















RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri (Bentuk-bentuk lain peruncitan )



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Mengenalpasti bentuk-bentuk lain peruncitan.
Kemahiran Berfikir
Mentafsir
Nilai
Prihatin
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja
3.    Internet






Aktiviti
1.       Melayari internet untuk mendapatkan laman web syarikat perniagaan yang terlibat dalam E-dagang.
2.       Mengenalpasti bentuk-bentuk lain peruncitan.
3.       Membuat nota

Refleksi















RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri (Perniagaan Borong)



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Mengenalpasti fungsi pemborong.
Kemahiran Berfikir
Mentafsir dan mengenalpasti
Nilai
Prihatin
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja
3.    Internet






Aktiviti
1.       Kajian untuk mengenalpasti barang-barang yang diperniagakan melalui pemborong.
2.       Membuat nota.
3.       Menyediakan carta aliran barang daripada pengeluar kepada pengguna.

Refleksi















RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri (Jenis-jenis perniagaan borong)
-Pemborong berfungsi penuh.
-pemborong berfungsi terhad
-Ejen dan broker.



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menerangkan jenis-jenis perniagaan borong.
2.Membandingkan perniagaan runcit dengan perniagaan borong.
Kemahiran Berfikir
Menjelaskan  dan mengenalpasti
Nilai
Prihatin
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja
3.    Internet






Aktiviti
1.       Menjana idea bagaimana pemborong mengawal aliran barang dalam sesuatu kawasan.
2.       Membuat nota.
3.       Membandingkan perniagaan runcit dengan perniagaan borong.

Refleksi












RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri (Jenis-jenis perniagaan borong)
-Pemborong berfungsi penuh.
-pemborong berfungsi terhad
-Ejen dan broker.



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menjelaskan melalui contoh jenis-jenis pemborong berfungsi penuh dan berfungsi terhad.
2.Menghuraikan cirri-ciri pemborong berfungsi penuh dan berfungsi terhad.
Kemahiran Berfikir
Menjelaskan dan menghuraikan.
Nilai
Bersemangat
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja
3.    Internet






Aktiviti
1.       Menghuraikan aktiviti ejen dan broker.
2.       Membuat nota.
3.       Membandingkan perniagaan runcit dengan perniagaan borong.

Refleksi












RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri (Pengambilan fungsi pemborong)



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Mengenalpasti jenis-jenis perniagaan yang boleh mengambil alih fungsi pemborong.
2.Mengkritik peranan pemborong.


Kemahiran Berfikir
Menjelaskan dan menghuraikan.
Nilai
Bersemangat
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja
3.    Internet






Aktiviti
1.       Menyenaraikan jenis barang yang pengguna dan peruncit mendapat terus daripada pengeluar.
2.       Membuat nota.
3.       Membuat latihan.

Refleksi












RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri (Dokumen perniagaan dalam negeri.



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menyenaraikan jenis-jenis dokumen .
Kemahiran Berfikir
Menjelaskan dan menghuraikan.
Nilai
Pentingnya menggunakan dokumen.
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja
3.    Internet






Aktiviti
1.       Mengisi dan melengkapkan dokumen-dokumen perniagaan dalam negeri.
2.       Membuat nota.
3.       Membuat latihan.

Refleksi















RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri (Dokumen perniagaan dalam negeri.
-Dokumen yang terlibat sebelum,semasa dan selepas urusniaga.



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Mengenalpasti penggunaan dokumen perniagaan dalam negeri.
Kemahiran Berfikir
Menjelaskan dan menghuraikan.
Nilai
Jujur
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja
3.    Internet






Aktiviti
1.       Melakar dokumen perniagaan dalam negeri.
2.       Membuat nota.
3.       Membuat latihan.

Refleksi













RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri (Dokumen perniagaan dalam negeri.
-Dokumen yang terlibat sebelum,semasa dan selepas urusniaga.



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Mengenalpasti penggunaan dokumen perniagaan dalam negeri.
Kemahiran Berfikir
Menjelaskan dan menghuraikan.
Nilai
Jujur
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja
3.    Internet






Aktiviti
1.       Menghasilkan folio dokumen perniagaan.
2.       Membuat nota.
3.       Membuat latihan.

Refleksi













RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri (Kaedah jualan-jualan tunai/kekurangan jualan tunai).



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menyatakan maksud jualan tunai.
2.Menyenaraikan kelebihan dan kelemahan kaedah jualan tunai.
Aras 2
1.Menjelaskan contoh kaedah jualan tunai yang diamalkan.
Kemahiran Berfikir
Simulasi
Nilai
Sabar
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja
3.    Internet






Aktiviti
1.       Simulasi urusan jual beli bersesuaian dengan produk.
2.       Membuat nota.
3.       Membuat latihan.

Refleksi












RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri (Kaedah jualan-jualan tunai/kekurangan jualan tunai).



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menyatakan maksud jualan tunai.
2.Menyenaraikan kelebihan dan kelemahan kaedah jualan tunai.
Aras 2
1.Menjelaskan contoh kaedah jualan tunai yang diamalkan.
Kemahiran Berfikir
Simulasi
Nilai
Sabar
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja
3.    Internet






Aktiviti
1.       Buku skrap tentang produk dan kaedah jualan.

Refleksi












RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri (Jualan Kredit)
-Maksud jualan kredit
-Jenis-jenis jualan kredit



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menyatakan maksud jualan kredit.
Aras 2
1.Mengira faedah sewa beli,harga tokokan,margin harga dan amaun bayaran ansuran.
2.Menjelaskan dengan contoh kaedah jualan kredit yang diamalkan.
3.Menghuraikan perbezaan kaedah sewa beli bayaran tertunda.
Kemahiran Berfikir
Menghurai dan menjelaskan.
Nilai
Sabar
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja
3.    Internet






Aktiviti
1.       Buku skrap tentang produk dan kaedah jualan
2.       Merancang jualan
3.       Simulasi melayan pelanggan.

Refleksi










RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri (Kelebihan dan kekurangan jualan kredit)



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.    Menyenaraikan kelebihan dan kelemahan jualan kredit.
2.    Menghuraikan perbezaan kaedah jualan kredit.
3.    Membuat keputusan yang rasional semasa memilih kaedah jualan prabayar.
Kemahiran Berfikir
Menghurai dan menjelaskan.
Nilai
Sabar
BBM

1.    Carta
2.    Lembaran kerja
3.    Internet






Aktiviti
1.       Menyenaraikan kelebihan dan kekurangan jualan kredit.
2.       Menghuraikan perbezaan kaedah jualan kredit.
3.       Membuat nota.
4.       Latihan

Refleksi












RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri (Jualan Prabayar)
-Maksud jualan prabayar
-Kelebihan dan kekurangan jualan prabayar.



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menyatakan maksud jualan prabayar.
2.Menyenaraikan kelebihan dan kelemahan kaedah jualan prabayar.
3.Menjelaskan contoh kaedah jualan prabayar
Kemahiran Berfikir
Menghurai dan menjelaskan.
Nilai
Sabar
BBM

1.Carta
2.Lembaran kerja
3.Internet






Aktiviti
1.       Menyatakan maksud jualan prabayar
2.       Menyenaraikan kelebihan dan kelemahan kaedah jualan prabayar.
3.       Penerangan kaedah jualan prabayar.
4.       Membuat latihan.

Refleksi












RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri (Jualan Konsainan)
-Maksud jualan konsainan
-Kelebihan dan kekurangan jualan konsainan.



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menyatakan maksud jualan konsainan.
2.Menjelaskan dengan contoh kaedah jualan konsainan.

Kemahiran Berfikir
Menghurai dan menjelaskan.
Nilai
Sabar
BBM

1.Carta
2.Lembaran kerja
3.Internet






Aktiviti
1.       Menyatakan maksud jualan konsainan.
2.       Menyenaraikan kelebihan dan kelemahan kaedah jualan dengan jenis jualan lain.
3.       Simulasi urusan jual beli bersesuaian dengan produk.
4.       Membuat latihan.

Refleksi












RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Antarabangsa
-Maksud perniagaan antarabangsa.
-Sebab-sebab wujud perniagaan antarabangsa.



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menyatakan maksud perniagaan antarabangsa.

Kemahiran Berfikir
Menghurai dan menjelaskan.
Nilai
Bertanggungjawab
BBM

1.Carta
2.Lembaran kerja
3.Internet





Aktiviti
1.       Menyatakan maksud perniagaan antarabangsa.
2.       Membuat nota
3.       Membuat latihan.
4.       Aktiviti dalam kumpulan

Refleksi













RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Antarabangsa
-Maksud perniagaan antarabangsa.
-Sebab-sebab wujud perniagaan antarabangsa.



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menghuraikan perbandingan perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa.

Kemahiran Berfikir
Menghurai dan menjelaskan.
Nilai
Prihatin
BBM

1.Carta
2.Lembaran kerja
3.Internet





Aktiviti
1.       Guru membuat perbandingan perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa.
2.       Membuat nota
3.       Membuat latihan.
4.       Aktiviti dalam kumpulan

Refleksi













RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Antarabangsa
-Kepentingan perniagaan antarabangsa kepada pengguna,pengeluar dan Negara.



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menghuraikan kepentingan perniagaan antarabangsa kepada pengguna,pengeluar dan negara.

Kemahiran Berfikir
Menghurai dan menjelaskan.
Nilai
Prihatin
BBM

1.Carta
2.Lembaran kerja
3.Internet





Aktiviti
1.       Guru menjelaskan kepentingan perniagaan antarabangsa kepada pengguna,pengeluar dan Negara.
2.       Membuat nota
3.       Membuat latihan.
4.       Aktiviti dalam kumpulan

Refleksi













RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Antarabangsa
-Perniagaan import,eksport dan entreport



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menerangkan maksud perniagaan import,eksport dan entreport.
Kemahiran Berfikir
Menghurai dan menjelaskan.
Nilai
Prihatin
BBM

1.Carta
2.Lembaran kerja
3.Internet





Aktiviti
1.       Guru menerangkan maksud perniagaan import,eksport dan entreport.
2.       Membuat nota
3.       Membuat latihan.
4.       Aktiviti dalam kumpulan

Refleksi














RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 2011
Mata Pelajaran
Perdagangan
Kelas
PPKI 7
Hari

Tarikh

Masa

Tajuk
Perniagaan Antarabangsa
-Prosedur import dan eksport



Hasil Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat :
Aras 1
1.Menerangkan maksud perniagaan import,eksport dan entreport.
Kemahiran Berfikir
Menghurai dan menjelaskan.
Nilai
Prihatin
BBM

1.Carta
2.Lembaran kerja
3.Internet





Aktiviti
1.       Guru menerangkan maksud perniagaan import,eksport dan entreport.
2.       Membuat nota
3.       Membuat latihan.
4.       Aktiviti dalam kumpulan

Refleksi









































Jumaat, 24 Disember 2010

Aimy Demam Aku Diuji...

free3-1.gifAlahai kesian anakku yang kecik Aimy...dari malam tadi badannya kepanasan..Dari malam jugaklah aku berjaga tak tidur takut apa-apa berlaku..Hari nie masih demam semakin tinggi panasnya..Nasib baik jugaklah klinik buka walaupun hari nie hari cuti..Dahlah hari semakin hampir nak balik Sarawak..Harap biarlah Aimy cepat sembuh..Begitu juga tak sangka-sangka dugaan buatku berlaku hari ini,Walaupun sebenarnya setiap hari kualami tapi tidaksekerap hari ini...Ketika memandu aku dah rasa lain macam,bila bercakap pun dah rasa oksigen tak sampai..Tapi aku tahan ingat ianya akan hilang dengan sendiri tapi rupanya tak..Sampai je di Pasar Maras..aku dah mula sesak nafas..Rehat kan dulu dalam kereta fikiran dah terfikir macam-macam perkara...Aduh panik..Bila ku tarik nafas dalam-dalam ,aku kembali rasa selesa sedikit..Keluar dari kereta berjalan hanya beberapa langkah rasa sesak nafas balik..Boleh dikatakan hampir lima kali benda yang sama berlaku...Lantas kupecut kereta laju-laju agar sampai cepat ke klinik.Doktor pulak susah nak bagi jawapan aku sakit apa..Tengoklah selepas nie kalau kerap sangat berlaku lagi terpaksalah buat pemeriksaan kat hospital barulah dapat jawapan yang sebenarnya..Doaku agar aku sekeluarga biarlah diberikan kesihatan yang baik untuk kembali ke bumi Borneo yang sedang menanti.....
free3-1.gif

Senyum Sokmo

Memang benarlah senyuman itu penawar bagi setiap kedukaan..Kadangkala senyuman menyembunyikan apa yang kita rasa dan hadapi ketika itu..
Seperti mana antara lirik lagu "di bibir aku mengukir senyuman...di hatiku tersimpan kepedihan..."
Sentiasalah membuatkan  senyuman kita menceriakan insan lain...
Senyum sokmo..
 

Hari ini 24 Dec 2010-Antara suka terselit sendu

Hari ini 24 Dec 2010..Sebenarnya entah kenapa aku sedikit keliru dengan tarikh ini...Adakah aku gembira kerana hari ini aku berjumpa kembali dengan suami tercinta setelah terpisah hampir tiga minggu..Aduh..sememangnya siapa tidak gembira untuk berjumpa kembali dengan insan tersayang..Namun jauh disudut hati kenapa aku begitu sendu...Mungkin ada yang tidak mengerti...pelik ke dia nie..Hakikatnya inilah yang kurasa..Pejam pelik rupanya percutian aku di kampung halaman bersama mak,ayah serta keluarga semakin hampir penamatnya untuk 2010 nie..Aduhai pantasnya perjalanan masa.Seakan semalam baru sahaja aku menjejakkan kaki di tanah semenanjung nie..Hari ini suamiku kembali untuk mengambil kami kembali ke Kuching.Belum puas kukecapi angin musim tengkujuh ..belum puas mataku menatapi besarnya pukulan ombak menghempas pantas..Belum sempat jua kutitipkan kata-kata di persisir pantai seperti mana pulangku yang dulu, belum puas jua kuberbicara dengan mak,ayah dan keluarga...Apatah lagi saban hari diri ini menjamu seleran dengan air tangan mak...Selepas ini semua itu tiada lagi buat sementara waktu...Tiada lagi usik tawa adik=adik dan kakak pada anak-anakku,tiada lagi jua lauk pauk kegemaranku akan terhidang seperti sebelum ini...tiada lagi dapat kutatap keindahan pantai dengan ombak dan pasir yang memutih...Tiada lagi keriuhan sebenarnya antara aku dan keluarga...Tiada lagi kenangan terindah untuk aku ciptakan bersama insan yang kusayangi...Berat kaki melangkah berat lagi hati yang menanggung...Tapi pasti aku terpaksa pergi jua demi tugasdan keluarga..Namun ,pastinya kepulanganku ke Bumi Kenyalang ini membawa sarat dengan kenangan yang telah tercipta antara aku dan mereka...Kenangan itu akan abadi terpahat di hati..Pada teman ,sesungguhnya aku bahagia bertemu kalian..Apa yang kita rancangkan menjadi kenyataan walaupun pertemuan itu hanya sesingkat cuma ,yang pasti pertemuan itu semakin merapatkan kita untuk terus menjalinkan satu persahabatan..Apa yang kuharapkan persahabatan itu akan kekal abadi..Doaku..walau dimana sahaja kita berada yakinlah persahabatan ini akan sentiasa mekar dan akan terjalin rapi..Terima Kasih teman kerana menemani hari-hariku...
Pada semua..jika berdoalah kita agar kita masih diberi kesempatan untuk bersua kembali pada JUn 2011 .Pada keluarga kepulangan kami nanti pastinya akan bertambah bilangannya...
Pertemuan itu amat indah tapi perpisahan amat memeritkan...namum perpisahan tidak akan terjadi tanpa dimulakan dengan pertemuan...

Tahniah Buat Maxwell Ak Aping

 
Semalam keputusan PMR telahpun diumumkan..Nasib SMK Demak Baru untuk peperiksaan PMR kali ini belum lagi diketahui ..Naik kah peratus kali ini atau sebalikknya..Tapi keputusan untuk pelajar khas iaitu Maxwell telahpun diketahui melalui kiriman pesanan ringkas Cikgu Zaimash..Fuhh lega Maxwell tidak menghampakan ...Walaupun tidak berjaya memperolehi A dalam subjek Sejarah ,hanya sekadar mendapat B...tapi itu sudah cukup melegakan aku...Teringat sebelum exam hari tu aku janji dengan kalau A dia dapat dalam subjek sejarahku, aku akan membawanya naik kapal terbang ke Kuala Lumpur bersama denganku...Tapi kerana Maxwell memperolehi B...pastinya difikiran sekarang nie hadiah apa yang bakal kuberikan padanya..Tunggulah ya..pasti akan ada hadiah buatmu ...Apapun tahniah Maxwell kerana membuktikan dirimu mampu walaupun kamu dianggap murid istimewa..Terima Kasih jua kerana tidak menghampakan kami...
Jika diimbas ketika dirimu memasuki alam sekolah menengah di aliran perdana,Maxweel nie antara murid yang menghadapi kesukaran membaca...Ianya menjadi masalah pada guru-guru di aliran perdana untuk mengajar..Lantas perbincangan diambil antara guru dengan penyelaras dan juga pentadbir..Setelah ujian dijalankan Maxwell bersama Naamah terpaksa ditempatkan di kelas pendidikan khas...Tapi rupanya disinilah sinar kebahgiaan buat kalian...Semakin hari Maxweel semakin lancar membaca,..begitu juga Naamah..Ini membanggakan cikgu-cikgu Pendidikan khas...dan hari ini Maxwell berjaya membuktikan pada guru di aliran perdana bahawa Maxwell mampu dengan syarat adanya kemahuan dan azam untuk terus berjaya..

Isnin, 20 Disember 2010

Element - Cinta Tak Bersyarat

layanlah lagu nie best jugak bila di dengar...

Selamat Pengantin Baru Buat Cikgu Deana..

yourwedding.gifSelamat pengantin baru kak ita ucapkan buat Deana walaupun agak terlewat untuk mengutuskan ucapan ini..tetapi rasanya kalian berdua masih dialam bulan madu yang indah..Kak Ita doakan semoga Deana menemui kebahagiaan yang dicari selama ini...Bertemu dengan insan yang menyayangi Deana sepenuh hati dan sebenarnya cinta...

Selamat Pengantin Baru


Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup


Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga

Terima kasih....Cikgu Hakim.

thanks-for-add7.jpgTerima kasih pada Cikgu Hakim kerana sudi mengikuti Blog Memori Seorang Guru...Semoga kita sama-sama dapat bertukar idea dan pandangan dalam meniti hari-hari yang penuh mencabar di arena kehidupan dan pendidikan ...Tq

Sabtu, 20 November 2010

Salam Perpisahan Buat Mohd Rahmat,Mazlan,Atikah,Aisyah dan Shahir...

Cuti sekolah dahpun bermula..Tika dan saat ini pastinya menghitung hari-hari untuk kembali ke desa tercinta..Dalam ceria untuk berjumpa keluarga ada juga tercalit perasaan sedih apabila akan kehilangan lagi beberapa orang anak murid istimewa yang aku sayangi...Mereka pergi dan pastinya tahun hadapan wajah-wajah ceria mereka tak mungkin kutemui di SMK Demak Baru lagi..Teringat masa latihan persembahan motivasi hari tu, aku digelak oleh anak-anak muridku kerana tak mampu menahan airmata yang mengalir apabila kudengar mereka menyanyikan lagu Doa Perpisahan dari kumpulan Brothers.Hakikatnya mereka tak tahu dan mungkin tidak mengerti betapa aku sayang mereka semua umpama anak-anak sendiri..kerana merekalah aku menjadi guru...betapa aku amat menghargai kehadiran mereka semua..Tahun depan aku pasti kehilangan Mazlan,Shahir,Atikah,Aisyah, Rafidah dan Mohd Rahmat.Aduh...di antara mereka ada kenakalan yang tersendiri yang sentiasa menceriakan hari-hari ku...
Mazlan....masih kuingat ketika hari pertamaku di SMK Demak Baru September 2006,dialah muridku yang pertama yang menegukur. Setiap hari pasti ada surat untukku yang ditulisnya walaupun sepatah pun aku tidak memahaminya kerana tulisan cacingnya itu...Setiap hari jugalah dia mengajakku kahwin dengannya...Pernah satu ketika aku dan Cikgu Maya membulinya hingga aku tergelak tak terkata..Tapi bila kuajukan siapakah cgu yang ingin dikahwini tetap jua dia memilih aku...Mazlan oh mazlan...banyak benda lucu yang berlaku antara kita...gelak tawamu,perangaimu,gelek tarimu,terkadang jua kemarahanmu akan pasti menjadi memori untuk cikgu kenang ke akhirnya...Teringat jua hari kedua persekolahan terasa sebak di dada apabila kemaafan kuhulurkan pada mereka anadai kata selama aku mendidik mereka ,aku tidak menjadi guru yang betul-betul mendidik mereka sebagai seorang insan..
Shahir...pertama kali mengenalinya..sangat berbeza..seorang murid yang suka duduk di bawah meja,di tempat-tempat yang gelap...Bila datang je pastinya mencari tempat tidur...Itu dulu kini Shahir dah banyak berubah ...sangat aktif melawat setiap kelas ,mencerap guru yang mengajar dan terkadang kupanggilnya yang berhormat..Sepanjang 2010 akulah yang ditugaskan menjaga makan minumnya hinggalah hari terakhir persekolahan..Teringat hari last hari tu..aku tak selera makan melihat Shahir didepan mata.Jiwa dah mengenangkan tahun depan Shahir dah tiada lagi.
Mohd Rahmat...insan yang sangat aku sayangi sebenarnya..dialah yang selalu membantu aku menyimpan barang-barangku ke dalam kereta ,mengemas mejaku dan terkadang menjadi penghibur hati .Pastinya kata-kata setiap hari iaitu "Cgu Norzita Nanggar TV " tak mungkin lagi cuping telinga ini akan mendengarnya pada tahun hadapan..Suara merdumu Rahmat tidak akan lagi kedengaran menyanyikan lagu ketika persembahan dan majlis perpisahan nanti...Tapi Cgu pasti tika rindu menghimpit hati cgu padamu cgu pasti akan ketemu Rahmat kerana setiap petang pasti Rahmat ada di tepi jalan menghitung kereta-kereta yang lalu lalang...
Atikah...seorang murid perempuan yang menjadi usikan guru-guru kerana sikapmu yang suka kepada guru-guru lelaki,...Akulah juga salah seorang guru yang kuat menyakatmu...Tapi Atikah...cikgu ingin mengucapkan jutaan terima kasih cikgu pada Atikah kerana dalam ramai-ramai cikgu,Atikah memilih cikgu sebagai guru perempuan yang Atikah suka.Walaupun di awal cikgu mengajar di SMK Demak,cikgu begitu rimas dengan perbuatan Atikah yang sentiasa menelefon cikgu tidak mengira waktu...Terkadang setiap hening pagi pasti cikgu menerima panggilan Atikah..tapi cikgu terima kenyataan itulah antara cabaran menjadi guru khas yang terpaksa cikgu hadapi...Semoga dirimu sentiasa bahagia walau di mana sahaja berada atikah....
Rafidah....seorang anak murid yang sangat nakal..Pastinya kenakalannnya adakala amat menyusahkan guru-guru...Tetapi mengenalimu cikgu cuba untuk memahami apa perasaan Rafidah...Tidak menunjukkan cikgu membenci Rafidah....Cikgu pasti akan kehilangan insan berbakat dalam seni seperti Rafidah...Doa cikgu Rafidah berubah menjadi anak murid cikgu yang baik budi pekerti...
Aisayah...walaupun tak banyak kenangan cikgu dengamu...tapi pasti cikgu akankenang gelak tawamu menceriakan hari-hari cikgu...
Pada kalian semua ...selamat maju jaya di luar sana...Antara kita telah tercipta memori..Memori kini menjadi memori seorang guru....Terima kasih atas segalanya...

Jangan Ada Dengki Antara Kita

Rupanya ada juga insan-insan yang kurang senang dengan kehadiran blog ini...Ada yang cuba menceroboh hak peribadi email saya...dan juga cuba untuk memadamkan blog saya..Entah apalah silap saya...Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya...

Jumaat, 12 November 2010

Antara Lena dan Terjaga

goodnightbluebear.gifSelamat malam.....pada teman yang masih lagi berjaga...Mungkin kita serupa antara lena dan terjaga sedangkan insan lain sudah lena diulit mimpi indah mahupun sebaliknya...
Tak tahu apa yang nak dibuatkan.kerja rumah masih belum sempurna tapi takde mood nak lakukan.Buku rekod mengajar dah berminggu tertangguh tak tertulis...tapi pasti aku kena siapkan jugak sebelum18 Nov nie...
Tika dan saat nie ada teman yang masih berjaga..terharu jugak rasanya apabila sentiasa ada tetamu yang datang menatap bloqku yang tak seberapa nie...terima kasih daun keladi....jangan jemu untuk kunjungti lagi...
Sebenarnya rindu pada seorang teman ....Entah mengapa hati begitu rindu...

Khamis, 11 November 2010

Hanya sekadar catatan....

Rasanya lama juga tangan ini tidak menari-nari menitipkan cerita di bloq nie...Bermula di bulan Ramadsn dahulu hinggalah kini...Bukannya apa terkadang perasaan yang bermain dilubuk hati terlalu sukar untuf ditafsirkan dengan kata-kata..
Bermula Aidilfitri suka duka mula silih berganti..Raya kedua saat gembira di kala melihat adik tercinta mengikat tali pertunangan dan di hari yang sama ulangtahun perkahwinan aku dan suami..Pejam celik rupanya sudah 12 tahun pengkongsian hidup aku dan dia.Bahagia dengan kehadiran 4 cahayamata dan bakal menimbang cahayamata kelima Aprill 2011.Terasa begitu singkat pengkongsian hidup ini lantaran kasih sayang yang dilontarkan padaku tak terbelah bahagi..Sesungguhnya jauh di sudut hati aku terlalu bersyukur dengan jodoh yang ditetapkan untukku ini..Buat suami tercinta..terima kasih atas segala pengorbananmu..
Aidilfitri juga mata ini diberi peluang menatap wajah ceria ayah kerana dapat kutunaikan hajatnya beraya dengan motosikal baru..Andai kata antara kita umur tak panjang...mungkin perasaan terkilan ini pada ayah dapat kukurangkan...Tapi ada satu perkara lagi yang tak dapat ayah penuhi untukku ....Semoga Allah akan membuka pintu hatimu..
Raya kedua jua pulang menziarahi mertua di KB....Perasaan terkejut melihat Ma yang terlantar di sofa usang ..Rupanya sudah  dua minggu  Ma  menderita sakit berpunca jatuh di bilik air ditambah lagi dengan kerosakan paru-paru yang dihadapinya sekian lama.Rasa berdosa sangat pada Ma..seolah ak u mementingkan diri .kerana kalau ikutkan giliran tahun ini aku dan keluarga sepatutnya beraya di Kota Bharu selepas itu barulah di Terengganu..
Melihat keuzuran Ma...seakan gerak hati ini mengetahui Ma akan pergi..Lantas aku mengambil keputusan untuk membuat gotong royong membersihkan rumah besar-besaran sambil dibantu oleh adik-adik ipar dan ipar dua yang lain..Sempat jua Ma menggunakan katil dan tilam yang kubelikan untukknya...Masih kuingat ketika tanganku ligat membersihkan dinding rumah serta membersihkan segala yang ada dirumah tu...aku cukup perasaan Ma memerhati apa yang kulakukan..Sesuatu yang kuperasan perubahan Ma...ketika aku mengelap tangan,muka dan badannya,Ma seolah-olah tidak ingin aku berhenti ..Sempat jua kusisirkan rambutnya,sempat jua ku buat bubur untukknya..Tapi satu yang dapat kutunaikan Ma menyuruhku mengunting rambutnya tapi ku menolak kerana aku tiada kepandaian dalam kepakaran mengunting rambut..Akhirnya saat aku dan keluarga akan pergi jua meninggalkan Ma..Airmata suamiku mengalir laju sambil memeluk erat Ma..Kesedihan terus menghuni pintu hatiku..Lantas aku jua mengambil kesempatan memeluk Ma dan sempat jua kucium pipinya kiri dan kanan.Rasanya itulah pertama kali dalam hidup aku sejak bergelar menantunya kulakukan sedemikian rupa,seolah-olah mengetahui itulah ciuman pertam dan terakhir buatku pada insan yangkupanggil Ma..Kerana selepas 3 hari kepulanganku ke Kuching ,satu berita yang sememangnya tidak sanggup kudengar terpaksa jua ku terima..Ma pergi tak kembali pada tepat pukul 10.00 pagi di hari Selasa. pada 21 September 2010.Air mata terus mengalir laju tanpa kuhiraukan anak-anak murid dan guru yang lain.Terbayang terus kesedihan suami kerana kehilangan ibu tersayang..Dalam masa yang sama terpaksa kami terima hakikat untuk tidak dapat menatap wajah Ma kali terakhir hanya kiriman Al-Fatihah dari kejauhan dikirimkan..
Sampai di KB jam dah menunjukkan 7.45 malam..Sampai dirumah hanya airmata yang tak mampu ku tahan apa tah lagi pada kesedihan yang dialami suami ketika itu..
Airmata mengalir laju takkala mendengar cerita Ma pergi de ngan memakai baju yang kuberikan padanya ,di atas  katil dan tilam yang ku betikan..Sebelum kucuci dan bersihkan baju dan segala yang digunakan oleh Ma...hati begitu sayu lantas ku cium berkali-kali mencari bau yang Ma tinggalkan untuk melepaskan rindu...Benarlah kata orang bila dia pergi barulah kita tahu kebaikannya...Sememangnya aku tidak dapat nafikan Ma..ibu mertua yang begitu baik..Mungkin aku yang selalu berprasangka padanya..Maaf aku Ma....Doaku Ma..sentiasa tenang di alam sana Semoga ALLah sentiasa merahmatimu...
Kembali ke Kuching semula mengambil masa juga pada suamiku untuk pulih dari kesedihannya.Dalam masa yang sama rupanya mak pula berkecil hati apabila kepulangan ku ke Kb yang langsung tidak menghubunginya di Terengganu menimbulkan salah sangka..Kusangkakan mak faham dengan situasi ketika itu...Berdosanya rasa hati apabila membuat Mak rasa terkilan dengan anak-anak...Lantas aku terus menelefon menceritakan situasi yang berlaku.Nasiblah Mak ceria selepas itu....Untuk mengambil hati Mak..suami telah mengajak mak datang ke Kuching.Alasannya untuk menikmani diriku semasa ketiadaanya di Kuching.Tak sangka mak sanggup datang dengan Kak Jan dan Fatin yang sanggup tidak ke sekolah selama 2 minggu..Hari -hari yang kulalui semenjak mak dan kak jan di sisi amat membahagiakan..Telah lama saat dulu aku idamkan kembali berulang..Apatah lagi pada anak-anakku semuanya bahagia dengan kehadiran nenek dan mak teh nya..Tetapi masa begitu pantas berlalu,2 minggu terasa begitu sekejap..Akhirnya mak dan kak jan telah kembali ke kg..Semenjak Mak pulang rupanya hingga kini Mak tidak sihat...Akhirnya kesakitan Mak bertambah ketara apabila Mak di bawa oleh ambulan ke hospital. 5 hari mak di sana dan baru semalam mak pulang..Lega rasa hati bila dapat bercakap dengan mak...Semoga Mak akan kembali sembuh seperti sediakala..Doaku..semoga aku masih diberi kesempatan untuk bersua lagi dengan Mak..Detik masa yang beredar kini se4akan lambat berputar kerana aku tak sabar untuk menanti tarikh 1 Dec 2010 menjejakkan kaki di tanah tumpah darahku...Mak..semoga dirimu akan sentiasa menunggu kepulanganku...

Buat Layyinul Hariir

94thank_u_add_flowers.gifBuat Layyinul Hariir terima kasih atas kunjungan menziarahi blog Memori Seorang Guru...Semoga yang baik dapat dijadikan panduan dan yang sebaliknya jadikan iktibar dalam menempuhi liku-liku kehidupan..TQ.