Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 24 Disember 2010

Aimy Demam Aku Diuji...

free3-1.gifAlahai kesian anakku yang kecik Aimy...dari malam tadi badannya kepanasan..Dari malam jugaklah aku berjaga tak tidur takut apa-apa berlaku..Hari nie masih demam semakin tinggi panasnya..Nasib baik jugaklah klinik buka walaupun hari nie hari cuti..Dahlah hari semakin hampir nak balik Sarawak..Harap biarlah Aimy cepat sembuh..Begitu juga tak sangka-sangka dugaan buatku berlaku hari ini,Walaupun sebenarnya setiap hari kualami tapi tidaksekerap hari ini...Ketika memandu aku dah rasa lain macam,bila bercakap pun dah rasa oksigen tak sampai..Tapi aku tahan ingat ianya akan hilang dengan sendiri tapi rupanya tak..Sampai je di Pasar Maras..aku dah mula sesak nafas..Rehat kan dulu dalam kereta fikiran dah terfikir macam-macam perkara...Aduh panik..Bila ku tarik nafas dalam-dalam ,aku kembali rasa selesa sedikit..Keluar dari kereta berjalan hanya beberapa langkah rasa sesak nafas balik..Boleh dikatakan hampir lima kali benda yang sama berlaku...Lantas kupecut kereta laju-laju agar sampai cepat ke klinik.Doktor pulak susah nak bagi jawapan aku sakit apa..Tengoklah selepas nie kalau kerap sangat berlaku lagi terpaksalah buat pemeriksaan kat hospital barulah dapat jawapan yang sebenarnya..Doaku agar aku sekeluarga biarlah diberikan kesihatan yang baik untuk kembali ke bumi Borneo yang sedang menanti.....
free3-1.gif

2 ulasan:

  1. Apa yang mampu ku ucapkan hanyalah SABAR dan SABAR banyak2.Dugaan Allah tak siapa terjangkau oleh kita.Ku tahu ita seorang yang cekal dalam menempuh liku2 kehidupan.Kisah silam byk mengajar kita erti kepayahan dan kesukaran.Ia mendidik kita agar menjadi seorang yang tabah.

    BalasPadam
  2. Terima kasih peminat...kerana sentiasa ada menemani.

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!