Selamat malam.....pada teman yang masih lagi berjaga...Mungkin kita serupa antara lena dan terjaga sedangkan insan lain sudah lena diulit mimpi indah mahupun sebaliknya...
Tak tahu apa yang nak dibuatkan.kerja rumah masih belum sempurna tapi takde mood nak lakukan.Buku rekod mengajar dah berminggu tertangguh tak tertulis...tapi pasti aku kena siapkan jugak sebelum18 Nov nie...
Tika dan saat nie ada teman yang masih berjaga..terharu jugak rasanya apabila sentiasa ada tetamu yang datang menatap bloqku yang tak seberapa nie...terima kasih daun keladi....jangan jemu untuk kunjungti lagi...
Sebenarnya rindu pada seorang teman ....Entah mengapa hati begitu rindu...
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Jika aku teman yang dirindui...terimakasih ku ucapkan.Disaat ini ku jua merindui teman yg terlalu lama tak ku temui.Entah bila akan ketemu aku pun tak pasti.Tapi yg pasti aku teramat ingin bersua dgn nya...
BalasPadamSatu hari nanti jika ditakdirkan pastinya kita akan bersua kan
BalasPadamadakah aku teman yg dingati..
BalasPadamadakah aku teman dingati...
BalasPadamPastinya akan diingati...
BalasPadam