Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 2 Oktober 2018

KERTAS CADANGAN PEMBBELIAN KABIN UNTUK PROGRAM TRANSISI KERJAYA MURID BERKEPERLUAN KHAS


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 
(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA
JALAN RAJA NONG
KLANG





KERTAS CADANGAN PEMBBELIAN KABIN  UNTUK PROGRAM  TRANSISI  KERJAYA

MURID BERKEPERLUAN KHAS




MEMACU KEHIDUPAN KE ARAH BERDIKARI



DISEDIAKAN OLEH
PN NORZITA MOHAMED




1.0 PENGENALAN
Program Transisi  Kerjaya dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa telah dimulakan pada awal Januari 2016. Program transisi  kerjaya mempunyai matlamat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas, iaitu melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif .
Bermula Januari hingga kini pelbagai aktiviti seperti jualan ,masakan dan kraftangan telahpun dilaksanakan dan aktiviti ini pastinya menjurus ke arah membimbing murid PPKI mendalami ilmu  keusahawanan. Usaha membudayakan keusahawanan di kalangan murid telah mula disemai sejak dibangku sekolah rendah lagi .Pembudayaan ini diteruskan lagi di sekolah menengah melalui mata pelajaran vokasional.

2.0     RASIONAL
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kebenaran daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa untuk mengutip sumbangan bagi membeli kabin untuk murid-murid berkeperluan khas menjalankan aktiviti keusahawanan.Masalah kekurangan tempat dan ruang yang sempit adalah salah satu faktor utama yang menyekat aktiviti keusahawanan berjalan lancar.
Berdasarkan keadaan tersebut ,adalah wajar dipertimbangkan agar pembelian  kabin bagi memantapkan dan memperkasakan lagi aktiviti keusahawanan di PPKI SMK Kampong Jawa







3.0 SASARAN
Bilangan guru dan murid yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan di PPKI SMK Kampong Jawa adalah:
    3.1- 2 orang guru PPKI
    3.2- 8 orang murid Kelas F
    3.3- 4 orang murid Kelas G
   


4.0 OBJEKTIF
Cadangan perlaksanaan projek pembelian kabin sebagai usaha  untuk :

4.1 Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan  keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar sejajar dengan nilai dan etika perniagaan.

4.2 Membekalkan kemahiran asas vokasional terutamanya kepada murid pendidikan khas yang berpotensi untuk bekerja.

4.3 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan keselesaan murid disamping dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap program Pendidikan Khas.

4.4 Membolehkan guru merancang dan mengurus proses pengajaran-pembelajaran murid-murid berkeperluan khas dengan lebih mantap bagi mencapai matlamat dan objektif program transisi ke kerjaya PPKI SMK Kampong Jawa.

4.5 Memberi peluang kepada pelajar khas untuk berinteraksi dengan pelajar perdana ,masyarakat dan sebagainya


5.0     TEMPAT/KEDUDUKAN KABIN
Tempat yang paling sesuai dan strategik adalah di tapak pondok bersebelahan bangunan baru PPKI.



 6.0 JAWATANKUASA INDUK
   
Penasihat            : Tuan Haji Mohaad Kamaludin Taib
                            (Pengetua SMK Kampong Jawa)

Timbalan Pengerusi        : Puan Normala binti Misman
                ( Penolong Kanan Pendidikan  Khas)

    Naib Pengerusi 1        : Pn Noraizah bt Mohd Noor
                    ( Penolong Kanan Pentadbiran )

    Naib Pengerusi 2            : Pn Puziah  bt Tuban
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong Jawa)

    Naib Pengerusi 3        : Tn Hj Muzikir bin Mohamad
                    ( Penolong Kanan Kokurikulum )

    Naib Pengerusi 4        : En Amir Saifuddin bin Abdul Majid
                    ( Penolong Kanan Petang )

    Penyelaras Program     :          En Hairudin Md Zain

            AJK                                        : Pn Azwin Fairuz bt Ajidan
                                                           : En Shokri bin Hashim
                                                           : Pn Faridah bt Mokhtar
                                                           : Pn Ter Bee Ser

6.1 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi                              : Pn Normala bt Misman
                                                (PK Pendidikan Khas SMK Kampong Jawa)
Setiausaha            : Pn Norzita bt Mohamed
            :

AJK Guru            : 1. Pn Nurul Hazwani Bt Nik Cik
AJK PPM            : 1.Pn Noraizah Bt Salip
               
AJK Murid            : 1. Muhammad Ikhwan Zul Qayyun bin 
                                                   Mohd Saat.
                   2. Nurul Syafiqah bt Saprisal          
                   3. Chia Xing Qian
                                                  4. Muhammad Zafri Kusyairi bin Sylvester
                                                  5. Chugenthiran a/l Logathasan           
                   
                   

7.0     SKOP DAN KOMPONEN PROJEK SERTA ANGGARAN KOS
Anggaran perbelanjaan bagi pembelian kabin adalah seperti butiran berikut :

BIL    BUTIRAN    KUANTITI    JUMLAH(RM)
1.    Khemah berukuran 10x10     2 buah
    RM 2,400.00
2.    Meja dan Kerusi    Meja (2 buah)
Kerusi (8 buah)    RM    120.00
             80.00
3.    Almari    1    RM    180.00
4.    Apron dan Topi          Apron (8)
Topi (8)    RM    360.00
RM    160.00
5.    Banner        RM    150.00
6.    Balang Air    2    RM    400.00
7.    Mesin ABC    1    RM    300.00
8.    Sealer    1    RM    100.00
9.    Mesin Kira    1    RM    300.00
10.    Agen Pencuci        RM       50.00
11.    Plastik        RM    100.00
12.    Stiker        RM    100.00
          JUMLAH        RM 5.500.00
   

8.0    PENUTUP

Pembelian kabin  murid Pendidikan Khas ini amat diperlukan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid PPKI mencungkil dan mengasah minat mereka dalam bidang keusahawanan. Dengan latihan kemahiran pekerjaan yang disediakan, kami berharap murid-murid PPKI akan meningkatkan pengetahuan demi kemajuan kerjaya mereka dan akan memperoleh kerjaya apabila tamat persekolahan nanti.Semoga dengan adanya satu kabin ini dapat membantu pihak sekolah dan PPKI SMK Kampong Jawa bagi memacu insan istimewa kea rah kecemerlangan  pendidikan dan kemahiran kendiri yang tinggi setara dengan tahap keupayaan sedia ada murid Pendidikan Khas.

Disediakan oleh,                   


_________________       

(Pn NORZITA MOHAMED)               
Guru Projek Transisi Kerjaya       
PPKI SMK Kampung Jawa





Disokong / Tidak Disokong oleh,



_______________________________
(PN NORMALA MISMAN)
Penolong Kanan Pendidikan Khas
PPKI SMK  Kampung Jawa




Dilulus / Tidak Lulus oleh,



_______________________________  
(TUAN HJ MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB)
Pengetua

SMK Kampong Jawa

1 ulasan:

  1. An interesting dialogue is value comment. I feel that you must write more on this matter, it may not be a taboo subject but typically individuals are not enough to talk on such topics. To the next. Cheers online casino

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!