Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 12 Oktober 2018

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM MOTIVASI PPKI SMK KAMPONG JAWA 2018


TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM MOTIVASI PPKI SMK KAMPONG JAWA 2018
12 0KTOBER 2018

ALUAN PENGERUSI MAJLIS


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..SALAM SEJAHTERA
Yang Dihormati ,
En Mohd Rosli bin Abd Jalil  ,Pengarah Urusan Safety Consultant Qualification selaku penceramah kita pada pagi ini.
Yang Berusaha,
Pn Normala  Bt. Misman, Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan guru PPKI SMK Kampong Jawa

Pembantu Pengurusan Murid serta anak didik PPKI  dikasihi   sekalian..


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya  maka kita diberikan kelapangan waktu, untuk sama-sama berkumpul  di dalam dewan ini ,bagi menjayakan  ceramah motivasi 2018 yang akan dilakasanakan sebentar lagi.Semoga usaha kita pada pagi ini dilimpahkan sepenuh keberkatan.

Melihat teruna terkelu lidah
Menjadi sejarah satu kenangan
Orang di nanti berkunjung sudah
Selamat datang kami ucapkan

Selamat datang juga diucapkan kepada  Yang Dihormati En Rosli bin Abdul Jalil selaku penceramah kita pada pagi ini.Terima kasih atas kesudian tuan untuk  bersama-sama berkongsi ilmu kepada warga pendidik dan anak murid PPKI SMKKJ







SLOT -1
Hadirin Sekalian,

Sebentar lagi kita akan mengikutu aktiviti dan  slot ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan kita.Sebelum itu,izinkan saya membacakan serba sedikit biodata diri penceramah kita pada pagi ini.
En Mohd Rosli bin Abdul Jalil merupakan Pengarah Urusan di AFQ Training and Services. berasal dari Jasin Melaka.berusia 5O Tahun.Telah berumahtangga mempunyai seorang isteri dan 3 orang cahayamata.telah mempunyai pengalaman yang luas dibidang Safety di Syarikat Samsung Seremban negeri Sembilan.tahniah juga diucapkan kepada en Rosli kerana pada bulan depan bakal menghadiri graduation Master in safety dari Universiti Malaysia Pahang atau UMP.

Tanpa membuang masa majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang dihormati En Rosli bin Abdul Jalil Pengarah Urusan AFQ Training and Services,  untuk menyampaikan  ceramah dan aktiviti pada hari ini. 

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada  . Yang dihormati En Rosli bin Abdul Jalil Pengarah Urusan AFQ Training and Services,atas ceramah dan aktiviti yang cukup menarik pada hari ini.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Sidang hadirin sekalian
Atur cara seterusnya adalah penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan sekalung budi seutai kasih,majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn Normala binti MIsman,Penolong Kanan Pendidikan Khas SMKKJ kepada penceramah kita pada hari ini.

Dipersilakan  Yang dihormati En Rosli bin Abdul  untuk menerima cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha  Pn Normala binti Misman  dan terima kasih juga kepada penceramah kita pada hari ini.

 
Terima kasih daun keladi
Kalau dijemput datanglah lagi


PENUTUP
Syabas semua atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot ini diadakan. Mudah-mudahan  ada sesuatu yang telahpun kita perolehi pada majlis hari ini .
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.

Sekian,wabillahitaufiqwahidayah..assalamualaikum dan salam sejahtera.

1 ulasan:

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!