Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 2 Oktober 2018

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM LADAP KALI KETIGA SMK KAMPONG JAWA 2018


TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM LADAP KALI KETIGA SMK KAMPONG JAWA 2018
29 SEPTEMBER 2018

ALUAN PENGERUSI MAJLIS


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..SALAM SEJAHTERA
Yang Berusaha,
Tuan Haji Mohamad Kamaludin bin Taib ,Pengetua SMK Kampong Jawa

Pn Noraizah binti Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran ,SMK Kampong Jawa.

Pn Puziah binti Tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Tuan Hj. Muzikir  B. Muhammad, Penolong Kanan Ko kurikulum

En Amir Saifuddin bin Abdul Majid, Penolong Kanan Petang

{Pn Normala  Bt. Misman, Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan guru kanan mata pelajaran
Dan
Rakan- rakan  guru   dihormati  sekalian..


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya  maka kita diberikan kelapangan waktu, digerakkan minda dan deria serta dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama- sama berkumpul bagi menjayakan program LADAP kali ke 3 bagi tahun 2018`









NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Tuan-tuan dan puan-puan sidang  hadirin yang dihormati sekalian,

Mohon semua berdiri untuk kita bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan LAGU NEGARAKU.

Dipersilakan.

Terima kasih atas nyanyian itu tadi.

BACAAN DOA
INDAH BUSANA PAKAIAN MENANTU
SERASI DI PADAN KAIN PELIKAT
MOHON DOA PADA YANG SATU
AGAR MAJLIS MENDAPAT BERKAT.
Rakan-rakan guru sekalian.

Yang mengerakkan kita hadir ke sini adalah DIA Yang Maha Kuasa
Tahniah dan bersyukurlah kerana Dia memilih kita menambah ilmu yang sedia ada
Usah difikir apa yang menghantui minda.
.lapang kan seketika ,ikhlaskan diri kita untuk kita sama-sama menambah ilmu demi anak bangsa kita..

HADIRIN SEKALIAN,BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI,,DIPERSILAKANAl Fadzil Ustaz Mohamad Rashid bin Mohammad Salleh    UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA Al Fadzil Ustaz Mohamad Rashid bin Mohammad Salleh  ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.SEMOGA USAHA KITA PADA PAGI INI DIPELIHARA DILIMPAHKAN SEPENUH KEBERKATAN.





SLOT -SESI BERSAMA PENGETUA



UCAPAN PENGETUA


CANTIK SUNGGUH SONGKET TENUNAN
MENJADI KEBANGGAAN ZAMAN BERZAMAN
MARILAH KITA DENGARKAN PESANAN
PESANAN TUAN PENGETUA  JADIKAN PEDOMAN.

HADIRIN SEKALIAN,KELANGSUNGAN MAJLIS DITERUSKAN LAGI UCAPAN TUAN PENGETUA . DENGAN PENUH TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA, TUAN HAJI MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB  PENGETUA SMK KAMPONG JAWA  UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…



TUMBUH SELIRAT BUNGA MELATI
TUMBUH PULA DICELAH ROTAN
UCAPAN TERSIRAT BERIBU ERTI
DALAM SENYUMAN TERSELIT INGATAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA  YANG BERUSAHA TUAN  PENGETUA.












REHAT

Para guru sekalian,

Majlis akan berhenti rehat sebentar selama 30 minit.

Tuan-tuan dan puan-puan diminta masuk semula ke dewan pada pukul 10.45 untuk meneruskan Slot Ladap yang kedua.

Mohon rakan-rakan guru untuk berada di dalam dewan kerana kita akan memulakan LADAP kita yang seterusnya.




SLOT KEDUA –CUTI DAN TATATERTIB


Para guru sekalian,
Alhamdulillah, kita akan menyambung kembali program LADAP kita pada pagi ini
.Bagi pihak majlis,  mengalu-alukan kedatangan  penceramah dan pemudah cara program Ladap guru SMK KAMPONG JAWA, Sekolah Amanah . Terima kasih atas kesudian puan untuk  bersama-sama berkongsi ilmu kepada warga pendidik di SMKKJ dijadikan panduan dan pembaharuan dalam kehidupan kami. In Syaa Allah.


Para guru sekalian,
Alhamdulillah, kita akan menyambung kembali program LADAP kita pada pagi ini.
Sebentar lagi kita akan mendengar satu taklimat berkaitan dengan Cuti Dan Tatatertib.


Melihat teruna terkelu lidah
Menjadi sejarah satu kenangan
Orang di nanti berkunjung sudah
Selamat datang kami ucapkan

Sesungguhnya warga pendidik SMKKJ pada hari ini sungguh bertuah kerana dipertemukan dengan seorang yang cukup istimewa yang banyak membantu kita dalam proses pengurusan berkaitan cuti dan tatatertib .

Ingin rasa memakan kari
Kari cendawan batang keladi
Girang rasa tidak terperi
Bertemu puan yang baik budi.

Sebentar lagi kita akan mendengar satu taklimat berkaitan dengan cuti dan tatatertib .
Tanpa membuang masa majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha  . Yang berusaha Puan Hami Erina binti Rusli  Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan dan Penjawatan ,Jabatan Pendidikan Selangor  untuk menyampaikan satu ceramah bertajuk Cuti dan Tatatertib 

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada  . Yang berusaha Puan Hami Erina binti Rusli  Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan dan Penjawatan ,Jabatan Pendidikan Selangor  atas taklimat dan ceramah yang sungguh jelas berkaitan dengan Cuti dan Tatatertib.















PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Sidang hadirin sekalian
Atur cara seterusnya adalah penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan sekalung budi seutai kasih,majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn Noraizah bt Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik ,SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah kepada penceramah kita pada hari ini.

Dipersilakan Yang berusaha Puan Hami Erina binti Rusli  Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan dan Penjawatan ,Jabatan Pendidikan Selangorri Selangor untuk menerima cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha  Pn Noraizah binti Mohd Nor  dan terima kasih juga kepada penceramah kita pada hari ini.

Terima kasih daun keladi
Kalau dijemput datanglah lagi





PENUTUP
Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot Ladap kali ini. Mudah-mudahan  ada sesuatu yang telahpun kita perolehi pada majlis hari ini .
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!