Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 3 Januari 2013

Tenangnya Pagi ni

Good Morning 
Alhamdulillah masih berkesempatan menghirup udara segar pagi ini. Bangun seawal 2.00 pagi untuk menyiapkan rancangan pengajaran harian.Sesekali berhenti untuk menyediakan sarapan untuk insan tersayang.Menu hari ini sekadar sahaja sup tulang,ikan tumis tomato ,dan buat anak lelaki seoarang ni ,rebuskan keledek manis untuk dia..Moga dia bisa tersenyum kerana dapat makan ubi yang dia minta malam tadi.
Sekurang-kurangnya,saya dah kembali dengan rutin  saya yang dulu..Saya akui perubahan masa mengubahkan diri saya.Saya sedar banyak kesilapan saya dalam menguruskan rumahtangga.Pada suami sabar ya..saya akan kembali seperti dulu..
sayang awak...selamanya dihati..
Pada anak-anak..hanya satu yang mak minta belajarlah untuk masa depan sendiri seperti mana mak sentiasa menasihati anak-anak didik mak.
Semoga kehidupan hari ini bertambah tenang...
Jemari harus berhenti,perlu kemaskan diri dan perlu kejutkan insan tersayang serta permata hati untuk bersiap ke sekolah..
Pastinya saya tidak akan jemu menulis cuma terkadang kekangan waktu untuk saya melakukannya..
Inilah jiwa saya..melepaskan tekanan hanya pada catatan demi catatan agar saya tidakterus berada dalam tekanan.
*mak....semoga dirimu sihat di sana..
*ayah...kenapa hati ini begitu rindu ....

Salam
-Anak Pantai -

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!