Titipan rasa dari hati...ingin kuluahkan di cebisan ruangan sepi...entah apa yang kurasakan...kosong... Sekosongnya..
Ingin kuukirkan senyum tapi senyum seolah hambar yang tiada seri...hati terluka ditusuk senjata yang tajam...
Entah apa yang dapat kurasakan...antara menjaga hati orang dengan menjaga hati sendiri...
Kepercayaan yang telah hilang...membuatkan aku tidak bisa menjadi seperti dulu...hancur musnah bila insan yang kita agung-agungkan kini beralih kasihnya pada insan lain..kemanisan yang tercipta ketika bersama dulu lenyap ditiup debu..hilang...ini mungkin fitrahku...dosa silam ku yang kini menjadi balasan buatku...
Pergilah duhai insan yang kusayangi...semoga insan yang menjadi dirimu bahagia kini bisa mengubah hidupmu...aku sedar diriku bukan insan yang kau rindui kini..bukan insan yang buatmu rindukan setiap berita dan cerita.. Tetapi dia yang kau panggil sayang...
Walau diriku disebelahmu..namun hati dan perasaanmu pada dia..aku disebelahmu tapi dirimu berbicara dengan insan lain yang kau anggap kekasihmu...luluh jiwa ragaku..namun aku pasrah bila kau menyatakan ini kemahuan ku...
Teman.
Jiwa ini telah mati sejak detik itu...jika kau lihat kutersenyum.. Sepertimu jua yang hanya sekadar lakonan...hakikatnya dalam hatimu aku kini tidak lagi menjadi insan yang kau rindui..
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Sabtu, 14 September 2019
Robek hatiku
Isnin, 24 Jun 2019
Salam buatmu
Salam buatmu teman
Seringkali kita tidak mengjangka apa yang akan terjadi dan terjadi dalam hidup kita.
kadang ujian yang diberi sangat terkesan membuatkan kita jatuh terduduk dan sukar untuk bangkit.
namun kuatkan lah hati mu.anggaplah segala ujian yang datang itu adalah untuk menjadikan dirimu insan yang kental berdepan dengan segala macam cabaran
kita punya Dia untuk tempat mengadu dan Dia sentiasa bersedia mendengar permintaan kita.jangalah sombong dan seringkali melupakn Dia disepanjang perjalanan hidup mu...
Seringkali kita tidak mengjangka apa yang akan terjadi dan terjadi dalam hidup kita.
kadang ujian yang diberi sangat terkesan membuatkan kita jatuh terduduk dan sukar untuk bangkit.
namun kuatkan lah hati mu.anggaplah segala ujian yang datang itu adalah untuk menjadikan dirimu insan yang kental berdepan dengan segala macam cabaran
kita punya Dia untuk tempat mengadu dan Dia sentiasa bersedia mendengar permintaan kita.jangalah sombong dan seringkali melupakn Dia disepanjang perjalanan hidup mu...
TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN TABUNG TEDUHAN ILMU (DATARAN BERBUMBUNG )RM45 RIBU DAN KUTIPAN RM1 SETIAP HARI SMK KAMPONG JAWA 2019
TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN TABUNG TEDUHAN ILMU (DATARAN BERBUMBUNG )RM45 RIBU DAN KUTIPAN RM1 SETIAP HARI SMK KAMPONG JAWA 2019
HADIRIN SEKALIAN,BAGI USAHA YANG DIJALANKAN INI,,DIPERSILAKAN AL FADZIL USTAZ MOHAMAD RASHID BIN MOHAMAD SALEH UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.
PENUTUP
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA BACAAN DOA SEBENTAR TADI MAJLIS MELABUHKAN TIRAINYA ,KAMI MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEANDAINYA KAMI MENERAJUI MAJLIS INI ,TERDAPAT TUTUR DAN UNGKAP BICARA YANG MENYINGGUNG HATI DAN JIWA.SESUNGGUHNYA APA YANG TERBAIK ITU ADALAH DATANGNYA DARIPADA ALLAH SWT DAN YANG SELAINNYA ADALAH KERANA KELEMAHAN KAMI SENDIRI.
DATARAN SMKKJ
18 JAN 2019
KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS
DAUN
SELASIH USAH DIPILIS
IZINKAN SAYA MULAKAN MAJLIS.
DENGAN BISMILLAH…RESTU DIPINTA ,SEGALA USAHA TELAHPUN MENDAPAT HIDAYAT-NYA,SEMOGA BEROLEH SELURUH BERKAT-NYA.AAMINN.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..SALAM SEJAHTERA
YANG DIHORMATI, PN ANITA BINTI MAD IDRIS
YDP PIBG SMK KAMPONG JAWA
YANG BERUSAHA
TN HJ MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB
PENGETUA SMK KAMPONG JAWA.
YANG BERUSAHA
PUAN SHUHARA HAMIZAN BINTI ABU HANIFAH
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK KAMPONG JAWA.
YANG BERUSAHA
CIK ZARINA BINTI ISMAIL
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SMK KAMPONG JAWA
TUAN HJ MUZIKIR BIN MUHAMMAD ,
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SMK KAMPONG JAWA
PN NORMALA BINTI MISMAN PENOLONG KANAN PPKI
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN
RAKAN-RAKAN GURU ,PPM, KETUA PENGAWAS SEKOLAH
PARA PENGAWAS
SERTA PELAJAR-PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.
AHLAN WAHSAHLAM DAN SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA
MAJLIS PELANCARAN TABUNG TEDUHAN ILMU (DATARAN BERBUMBUNG )RM45 RIBU DAN KUTIPAN RM1 SETIAP HARI SMK KAMPONG JAWA 2019
ALHAMDULILLAH ,SEIRING KITA MENADAH TANGAN MENZAHIRKAN RASA KESYUKURAN KE HADRAT RABBUL IZZAH,TUHAN YANG MAHA ESA KERANA DENGAN LIMPAH IZINNYA DAPAT KITA BERKUMPUL DI DATARAN INI BAGI MENJAYAKAN SATU MAJLIS YANG PENUH BERMANFAAT DAN MURNI..YANG TELAH DIANJURKAN OLEH PIBG DENGAN KERJASAMA KELAB BAGUS SMK KAMPONG JAWA.
TERLEBIH DAHULU MAJLIS JUGA INGIN MENGALUKAN -ALUKAN KEHADIRAN YANG DIHORMATI PN ANITA BINTI MAD IDRIS ,TUAN PENGETUA SERTA PARA PENTADBIR YANG LAIN ATAS KESUDIAN MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA DALAM MERAIKAN MAJLIS PENUH BERMAKNA INI.
HADIRIN SEKALIAN ,
BUAT PENGETAHUAN SEMUA PELANCARAN TABUNG 45 RIBU TEDUHAN ILMU DATARAN BERBUMBUNG DAN SUMBANGAN RM1 SETIAP HARI BERMULA 22 JAN HINGGA 16 MAC 2019 ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEREALISASIKAN IMPIAN SEMUA WARGA SMK KAMPONG JAWA IAITU MEMPUNYAI SATU DATARAN BERBUMBUNG YANG DIBERIKAN NAMA TEDUHAN KASIH SMK KAMPONG JAWA . NAMUN IMPIAN TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN JIKA KITA WARGA SMK KAMPONG JAWA TIDAK BERSAMA BERGANDING BAHU MENGORAK LANGKAH BERUSAHA UNTUK MEREALISASIKAN IMPIAN INI. JUSTERU HARI INI,PENGHULU SEGALA HARI,KITA MULAKAN KEMBALI USAHA KITA UNTUK MELIHAT TERBINANYA SATU DATARAN BERBUMBUNG DEMI KESELESAAN BUAT SEMUA WARGA SMK KAMPONG JAWA.
UCAPAN PENGETUA
CANTIK SUNGGUH SONGKET TENUNAN
MENJADI KEBANGGAAN ZAMAN BERZAMAN
MARILAH KITA DENGARKAN UCAPAN
UCAPAN TUAN PENGETUA JADIKAN PEDOMAN.
HADIRIN SEKALIAN,KELANGSUNGAN MAJLIS DITERUSKAN LAGI UCAPAN TUAN PENGETUA . DENGAN PENUH TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA, TUAN HAJI MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB PENGETUA SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…
HADIRIN SEKALIAN,KELANGSUNGAN MAJLIS DITERUSKAN LAGI UCAPAN TUAN PENGETUA . DENGAN PENUH TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA, TUAN HAJI MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB PENGETUA SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA TUAN PENGETUA.
UCAPAN DAN PERASMIAN YDP PIBG
Indah sungguh apa yang dialami
Jagalah ia agar kekal lama
Dengarkan semua ucapan perasmi
Untuk difikirkan bersama-sama
HADIRIN SEKALIAN
SETERUSNYA DENGAN PENUH TAKZIM MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI PN ANITA BINTI MAD IDRIS ,YANG DIPERTUA PIBG SMK KAMPONG JAWA ,UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN SETERUSNYA MERASMIKAN PELANCARAN TABUNG TEDUHAN ILMU (DATARAN BERBUMBUNG )RM45 RIBU DAN KUTIPAN RM1 SETIAP HARI SMK KAMPONG JAWA 2019
DI PERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIHORMATI PUAN ANITA MAD IDRIS YDP PIBG SMK KAMPONG JAWA DI ATAS UCAPAN DAN PERASMIAN SEBENTAR TADI.
SUMBANGAN RM1 OLEH MURID DAN GURU SMK KAMPONG JAWA
PENYERAHAN CEK OLEH KELAB BAGUS DAN DISIPLIN SEKOLAH.
HADIRIN SEKALIAN,MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYERAHAN REPLIKA CEK SUMBANGAN OLEH KELAB BAGUS DAN PENGURUSAN DISIPLIN MURID KEPADA PIBG BAGI TABUNG TEDUHAN KASIH.
UNTUK ITU,MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI PUAN ANITA BINTI MAD IDRIS YDP PIBG UNTUK MENERIMA SUMBANGAN INI.
UNTUK PENYERAHAN REPLIKA CEK YANG PERTAMA IAITU DARIPADA PENGURUSAN DISIPLIN,MAJLIS MEMPERSILAKAN CIK ZARINA BINTI ISMAIL PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID UNTUK MENGIRINGI YANG BERUSAHA TUAN HAJI MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB PENGETUA SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENYAMPAIKAN REPLIKA CEK SUMBANGAN DARIPADA PENGURUSAN DISPLIN SEKOLAH KEPADA PIBG.
DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT YANG BERUSAHA PUAN NORMALA BINTI
MISMAN ,PENOLONG KANAN PPKI SMK KAMPONG JAWA MERANGKAP PENYELARAS KELAB BAGUS UNTUK MENGIRINGI YANG BERUSAHA
TN HJ MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB PENGETUA SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENYAMPAIKAN REPLIKA CEK SUMBANGAN DARIPADA KELAB BAGUS KEPADA PIBG..
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEAPADA YANG DIHORMATI PUAN ANITA MAD IDRIS DAN YANG BERUSAHA TUAN PENGETUA .
BACAAN DOA.BACAAN DOA
INDAH BUSANA PAKAIAN MENANTU
SERASI DI PADAN KAIN PELIKAT
MOHON DOA PADA YANG SATU
AGAR MAJLIS MENDAPAT BERKAT.
HADIRIN SEKALIAN,BAGI USAHA YANG DIJALANKAN INI,,DIPERSILAKAN AL FADZIL USTAZ MOHAMAD RASHID BIN MOHAMAD SALEH UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA FADZIL USTAZ MOHAMAD RASHID BIN MOHAMAD SALEH ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.SEMOGA USAHA KITA INI DIPELIHARA DAN DILIMPAHKAN SEPENUH KEBERKATAN.
PENUTUP
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA BACAAN DOA SEBENTAR TADI MAJLIS MELABUHKAN TIRAINYA ,KAMI MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEANDAINYA KAMI MENERAJUI MAJLIS INI ,TERDAPAT TUTUR DAN UNGKAP BICARA YANG MENYINGGUNG HATI DAN JIWA.SESUNGGUHNYA APA YANG TERBAIK ITU ADALAH DATANGNYA DARIPADA ALLAH SWT DAN YANG SELAINNYA ADALAH KERANA KELEMAHAN KAMI SENDIRI.
SEKALUNG BUDI PENGHARGAAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA PIHAK MAJLIS KALUNGKAN KEPADA KEPADA SEMUA SAMA ADA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI.
SEKIAN,TERIMA KASIH. SAYA SUDAHI MAJLIS DENGAN WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…
BERSALAMAN
HADIRIN SEKALIAN, SETERUSNYA MERUPAKAN MAJLIS BERSALAM-SALAMAN ANTARA MURID DAN GURU.DIPERSILAKAN MURID DARI TINGKATAN 3 UNTUK BERGERAK DAN BERSALAM DENGAN GURU-GURU SMK KAMPONG JAWA.
Ahad, 3 Mac 2019
Contoh Pengacara Kejohanan Balapan dan Padang SMKKJ Kali ke 21
Contoh Pengacara Kejohanan Balapan dan Padang SMKKJ Kali ke 21
NAMA : KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMKKJ KALI KE-21 2019
TEMPAT : PADANG SMK KAMPONG JAWA, KLANG
TARIKH : 3 Feb 2019
PERSEDIAAN
7.30 a.m - Semua peserta perbarisan dan persembahan diminta bersedia di padang.
KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
7.45 a.m – Tetamu kehormat tiba…
“Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pn Anita Md Idris, Yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa.
(MUZIK)
“Hadirin hadirat dipersilakan berdiri”
(tunggu VIP duduk)
“Hadirin hadirat dipersilakan mengambil tempat”
UCAPAN ALU-ALUAN JURUACARA
Yang Berbahagia Puan Anita Binti Md Idris, Yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa,
Yang Berusaha, Tn Hji Mohamad Kamaluddin Bin Taib, Pengetua SMK Kampong Jawa,
Pn Shuhara Hamizan bt Abu Hanifah ,Penolong Kanan Pentadbiran ,SMK Kampong Jawa.
Cik Zarina binti Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Tuan Hj. Muzikir B. Muhammad, Penolong Kanan Ko kurikulum
En Amir Saifuddin bin Abdul Majid Penolong Kanan Petang
Pn Normala Bt. Misman, Penolong Kanan Pendidikan Khas
YANG DIHORMATI,
Barisan guru kanan mata pelajaran
Barisan AJK PIBG
Rakan- rakan guru dan kakitangan SMK KAMPONG JAWA
Tuan-puan
Atlit-atlit olahraga dan
murid-murid yang dikasihi sekalian
ASSALAMUALAIKUM WBT,
SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN
Hadirin dan hadirat sekalian..
Selamat datang saya ucapkan ke acara KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMKKJ KALI 2019. Terlebih dahulu marilah sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana sekali lagi kita melaksanakan Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Kampong Jawa Kali ke 21 Mewakili seluruh warga sekolah mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada dihormati Puan Anita Binti Md Idris dan juga para hadirin semua kerana telah sudi melapangkan masa untuk meriahkan lagi KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG pada tahun ini.
PERBARISAN DAN LINTAS HORMAT
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Sebagai pembukaan tirai kejohanan, marilah sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat oleh pasukan badan-badan beruniform dan rumah-rumah sukan.
Majlis menjemput dengan segala hormatnya Yang Dihormati Puan Anita Binti Md Idris dengan diiringi Yang Berusaha Tn Haji Mohamad Kamaludin Bin Taib untuk tampil ke hadapan, menyaksikan perbarisan serta menerima tabik hormat. Dengan segala hormatnya
VIP dah ready berdiri di podium
*** MUSIC ON
__________________________ start jalan
Hadirin dan hadirat sekalian… pasukan yang pertama adalah pasukan Kadet Remaja Sekolah .Di ketuai oleh Sarjan Siti Nur Syafiqah bt Shari .Pembewa bendera Staf Sarjan Mistasnim binti Mustakim.Moto pasukan ialah ILMU, IMAN,AMAL.
pasukan yang kedua adalah pasukan Pengakap .Di ketuai olehMohd Hamzi bin Bahrom .Pembewa bendera Prashanth Chong Tae Wen Moto pasukan ialah ,AMALBERDISIPLIN ,CERGAS ,AMANAH.
pasukan yang ketiga adalah pasukan Kadet Sarjan Polis .Di ketuai oleh Mohd Haikal Dainal Bin Khairal Abidin .Pembewa bendera Sarjan Mohd Umarul Hafiz bin Shahid.Moto pasukan ialah POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA.
pasukan yang keempat adalah pasukan Pandu Puteri .Di ketuai oleh Nur Atikah Ayuni Binti Mohd Rashid .Pembewa bendera Niroshini A/P Nandaguru.Moto pasukan ialah SELALU SEDIA.
pasukan yang seterusnya adalah pasukan Pergerakan Puteri Islam .Di ketuai oleh Nur Afza Bibi bt Zulkifli i .Pembewa bendera Siti Najwa bt Baharudin..Moto pasukan ialahBERILMU,BERIMAN,BERAMAL.
Menyusul ketika ini pula adalah Badan Bulan Sabit Merah .Di ketuai oleh Nor Filzah bt Nor Zamri .Pembewa bendera Siti Fatimah Zahra bt Mohd Salim.Moto pasukan ialah DIMANA ADA SENGSARA DISITU ADA KITA.
pasukan yang seterusnya adalah pasukan Kadet Pertahanan Awam .Di ketuai oleh Lans Koperal Nor Syafiza bt Saifol Azali .Pembewa bendera Lans Koperal Nur Iqli Aliyah Bt Ahmad Jamhari pasukan ialah SENTIASA ,SIAP,SEDIA.
pasukan yang TERAKHIR adalah pasukan Kadet Bomba .Di ketuai oleh Lans Koperal Muhd Haziq bin Nazarudin.i .Pembewa bendera Lans Koperal Intan Nurfadzlyanan By Mohd Nor .Moto pasukan ialah MENCEGAH DAN MENYELAMAT.
** selepas setiap pasukan masuk baris, ketua pasukan akan beri arahan senang diri **
|
(rujuk lampiran unit seterusnya)
Pasukan seterusnya adalah perbarisan dari pasukan rumah-rumah sukan yang dimulakan dengan
1. Pasukan rumah Gunung Jerai /Kuning
Dimulai oleh Rumah(Gunung Jerai) dibawah pimpinan ________________________________ melambangkan warna di raja,kesungguhan perkara utama.Nampaknya telah bersedia untuk menempa kecemerlangan .Tahun ini memilih
JERAI KENTAL,JERAI UNGGUL menjadi motto penguat semangat.. Kontigen pasukan ini diketuai oleh Matheishvar A/L Karuppiah. Pembawa bendera_____________.
Pembawa sepanduk pula saudari Najwa Nabilah bt Teh Abdul Rahman. Dan maskot (kuda laut/seahorse) pula saudari Mohamad Habas Shah Bin Mohd Nasir. Kita percaya Rumah Gunung Jerai mampu membuat kejutan pada tahun ini.
2. Pasukan rumah Gunung Ledang/Biru
Seterusnya ialah dari Rumah Gunung Ledang. Biru melambangkan perpaduan menunjukkan mereka bersatu padu membentuk pasukan yang mantap. NEVER TRY,NEVER KNOW menjadi motto pada tahun ini. Kontigen pasukan ini diketuai oleh saudara Muhammad Zarul Haizat Bin Abdullah. Pembawa bendera Muhammad Nazrin Bin Ismail. Pembawa sepanduk pula saudari Zulaikha Natasha. Dan maskot(ikan dory) pula Zamarul Raziq Bin Muntako (paling sedap di bakar atau digoreng dengan balutan tepung..hihi)tapi pasti menyegat sebab ikan nya ada duri..hati2 dengan sengatan ikan dory ini.
3. Pasukan rumah Gunung Tahan /Ungu
Seterusnya kontigen dari Rumah Gunung Tahan menggunakan tema warna ungu. Melangkah dengan segak bergaya untuk melakukan lintas hormat dengan motto pada tahun ini UNGU MARA UNGU JUARA. Ungu melambangkan _______________________________. Kontigen pasukan ini diketuai oleh Muhammad Nasaruddin Bin Saidin. Pembawa bendera saudara Muhammad Haziq Haikal. Pembawa sepanduk pula saudari Noraqilah binti Jamal. Dan maskot (obor-obor) pula saudara Muhammad Danish Bin Mohd Nizam
4Pasukan rumah Gunung Titiwangsa/Merah.
Seterusnya pula kontigen dari rumah Gunung Titiwangsa dibawah pimpinan Danial Zafry bin Md Kamarul Afandi. Merah melambangkan keberanian dan kegagahan. MERAH MENYALA HATI MEMBARA DIGELAR JUARA menjadi motto pada tahun ini. Pembawa bendera Afif Aiman bin Zuhaimi. Pembawa sepanduk pula saudari Thisha A/P Thiru Celvan. Pembawa maskot (tapak sulaiman) pula Muhammad Muzamir Bin Sasudin.
5.Pasukan rumah Gunung Kinabalu/Hijau
Seterusnya kontigen rumah sukan terakhir adalah Rumah Gunung Kinabalu menggunakan tema warna hijau.Hijau melambangkan kesatuan dan keharmonian serta mewarnai alam sekeliling kita. Merupakan juara pada tahun lepas.Mampukah hijau mengekalkan juara pada tahun ini.. Melangkah dengan segak bergaya untuk melakukan lintas hormat dengan moto pada tahun ini WE DEFEND TILL THE END. Hijau melambngkan ______________________________. Kontigen pasukan ini diketuai oleh saudara Aidil Putra. Pembawa bendera saudara Muhammad Qadry bin Rafizam. Pembawa sepanduk pula saudari Siti Farzanah bt Mohamad Razali. Dan maskot (rumpai laut) pula
(rumah akhir dan lintas depan VIP, jemput VIP duduk)
Terima Kasih diucapkan kepada Yang dihormati Puan Anita bin Md Idris diatas kesudian
menerima tabik hormat sebentar tadi (VIP duduk)
**tunggu rumah terakhir masuk……. MUSIC OFF
** standby lagu NEGARAKU
** standby pembaca doa
Hadirin dan hadirat yang saya hormati,
Begitulah tadi berakhirnya perbarisan lintas hormat oleh pasukan badan-badan beruniform dan rumah-rumah sukan.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
Majlis akan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku
Dengan ini dipersilakan Ketua Kontigen Pegawai Waran 2 Wan Dennis Karl Quasar Bin Norazam untuk mengetuai perbarisan
* ( Dennis ) keluar ke tengah….
= KONTIGEN, KONTIGEN SEDIA
Hadirin dan hadirat dipersilakan untuk berdiri tegak dan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.
*** ON LAGU NEGARAKU………….nyanyi habis
Hadirin dan hadirat dipersilakan duduk.
BACAAN DOA
Seterusnya, bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadahkan tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Sarjan Mohd. Haikal Danial B. Kairal Abidin untuk mengetuai bacaan doa.
Dengan segala hormatnya di jemput..
*(F) - arahan “UP”
- pemegang bendera alih bendera ke kiri & angkat tangan kanan sahaja
-semua angkat tangan
* Sarjan Mohd. Haikal = baca doa..habis
*(F) –arahan “UP”
- semua turun tangan
- pemegang bendera alih bendera ke kanan
Aamiin ya Rabbak alamiin (tunggu arahan up) (tunggu pasukan lain kalih tangan)
Terima Kasih diucapkan kepada Sarjan Mohd. Haikal Danial B. Kairil A diatas bacaan doa sebentar tadi. Semoga kejohanan balapan dan padang kali ke- 21 ini akan berjalan lancar dari awal hingga ke akhirnya dan diberkati ALLAH SWT, Inshaa ALLAH
*** standby muzik irinigan ikrar
BACAAN IKRAR
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Ketua Kejohanan, saudara Danial Shah Putra b. Hazlam, dari tingkatan 3 Bestari, untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan.
*** MUSIC ON
Danial dan pembawa bendera berlari-lari anak kehadapan, bentuk separut bulatan, tunggu semua ready…
*** MUSIC OFF
Danial“UP”
- Semua bendera turun
- Semua PESERTA RUMAH SUKAN SAHAJA angkat tangan kanan
*baca ikrar, habis
*Danial – “UP”
- Semua bendera dinaikan dan tangan turun
*** MUSIC ON
- Danial dan pembawa bendera masuk baris
*** MUSIC OFF
*(kontigen senang diri dulu)
Terima Kasih diucapkan kepada Ketua Kejohanan iaitu saudara Danial Sha Putra b. Hazlam kerana telah mengetuai bacaan ikrar sebentar tadi.
* Danial arah KONTIGEN, SENANG DIRI
Untuk makluman hadirin dan hadirat…….
Sedikit biodata mengenai Danial Shah Putra.Dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.Ibunya Zainon binti Rosli dan ayahnya Hazlam bin abdul Hamid.Anak kedua daripada 5 adik beradik. Dari darjah 1 hingga 6 beliau bersekolah di SK Kampong Jawa 2 .
Pencapaian beliau
1. Naib Johan MSSS 2018 dalam acara 110meter berpagar.
2. Naib Johan MSSS 2018 dalam acara 200meter berpagar
3. Olimpik Muda 2018 Johan 110meter peringkat MSSS
4. Mewakili Sekolah Sukan Bukit Jalil
5. Mendapat tempat ke 10 dalam kejohanan Combined Event ,peringkat antarabangsa 2018.
6. Acara Medlay ke 3 peringkat antarabangsa
7. MSSD 2019
- Johan dan memecah rekod kejohanan acara 110 meter dan 200 meter berpagar .
-Johan 200 meter
Juga terpilih sebagai OLAHRAGAWAN MSSD 2019
Syabas dan tahniah diucapkan kepada saudara Danial Shah Putra B. Hazlam di atas kejayaan beliau mengharumkan nama sekolah.
UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Kini, marilah sama-sama kita mendengar ucapan alu-aluan yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Tn Haji Mohamad Kamaluddin Bin Taib, Pengetua SMK KG Jawa. Dengan segala hormat dipersilakan.
-Pengetua Berucap
*** STANDBY
- GUNTING DAN BELON
- PASUKAN KAWAD BENDERA
- CENDERAHATI
- PERSEMBAHAN
Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohammad Kamaluddin Bin Taib diatas ucapan beliau sebentar tadi.
UCAPAN PERASMIAN VIP
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kini tibalah kita ke acara kemuncak pada pagi ini. Tanpa membuang masa saya mempersilakan dengan segala hormatnya Yang dihormati Puan Anita Binti Md Idris Yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan ucapa seterusnya merasmikan KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK KAMPONG JAWA kali ke-21. Dengan segala hormatnya dipersilakan
- VIP berucap
- VIP rasmi
*** GIMIK PERASMIAN
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengetua dan barisan pentadbir yang lain untuk bersama-sama dengan yang dihormati Puan Anita Mad idris bagi acara gimik perasmian.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Demikian tadi berakhirnya upacara gimik. perasmian KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK kg Jawa kali ke 21. Terima Kasih diucapkan yang dihormati ke Puan Anita Binti Md Idris.
Sebagai tanda penghargaan majlis mempersilakan yang berusaha Tuan Haji Mohammad Kamaluddin Bin Taib, Pengetua SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan sedikit CENDERAHATI kepada Yang Dihormati Puan Anita Binti Md Idris.
Terima Kasih sekali lagi diucapkan kepada Yang dihormati Puan Anita Binti Md Idris dan Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Kamaluddin Bin Taib.
VIP dan pengetua duduk
PERARAKAN MASUK BENDERA KEJOHANAN
Hadirin dan hadirat sekalian, marilah sama-sama kita saksikan pula perarakan masuk bendera kejohanan yang akan dibawa oleh wakil-wakil dari setiap badan beruniform SMK Kampong Jawa. Pasukan ini dipimpin oleh Staf Sarjan Mohd Syamil Hakim dari pasukan Kadet Remaja Sekolah.
Dipersilakan…..
- Mohd Syamil– “ KONTIGEN, KONTIGEN SEDIA”
HORMAT KE HADAPAN, HORMAT
Semua ketua tabik
Semua bendera sendeng
*** MUSIC ON
- Pasukan bendera berjalan masuk
- KETUA BENDERA ( Mohd Syamil) araha UP
- Bendera kejohanan disendengkan
- Berjalan depan VIP
- Pasang bendera
- Selepas bendera dikibarkan
- Mohd Syamil – arahan UP
- Tangan turun , semua bendera naik
- Pasukan bendera keluar masa sendiri
*MUSIC OFF
* SENANG DIRI
Dengan berakhirnya perarakan masuk bendera kejohanan ini, menandakan bermulalah KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG kali ke 21 SMK KAMPONG Jawa. Semoga semangat kesukanan yang tinggi akan sentiasa bersemadi dalam hati dan sanubari setiap atlit khususnya dan warga SMK KG Jawa dengan amannya.
PEMERIKSAAN PERBARISAN
Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha Tuan Haji Muzikir bin Muhamad untuk menjemput dan mengiringi Yang dihormati Puan Anita Mad Idris dan Yang Berusaha Tuan Pengetua untuk memeriksa dan berkenalan dengan kontigen perbarisan badan beruniform dan rumah sukan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
PASUKAN UNIT BERUNIFORM & RUMAH SUKAN KELUAR BARIS
Hadirin dan hadiran sekalian,
Pasukan badan-badan beruniform dan pasukan rumah-rumah sukan akan keluar baris.
- F –“ KONTIGEN, KONTIGEN AKAN BERJALAN
KELUAR……DARI TENGAH CEPAT JALAN.
***Muzik On
Semua pasukan keluar baris bermula pasukan paling kiri dan paling Kanan
*** Ketua kontigen dan ketua kejohanan keluar paling akhir
Terima Kasih diucapkan kepada ________________________________dari pasukan __________________, selaku ketua kontigen bagi pebarisan badan-badan beruniform dan rumah-rumah sukan dan saudara Danial Shah Putra B. Hazlam selaku ketua KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK KG Jawa kali ke 21 ini.
** tunggu padang kosong
PERSEMBAHAN
Hadirin dan hadirat sekalian, untuk memeriahkan lagi kejohanan kita pada kali ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan seni tari Team Robik SMK Kampong Jawa.
*** muzik on………..persembahan……..muzik off
Demikian tadi berakhirnya persembahan seni tari yang begitu menarik dari Team Robik SMK Kampong Jawa . Terima Kasih diucapkan kapada semua tenaga pengajar iaitu Cik tan Hong Peng dan Cik Aida Mohd Sukri
Hadirin dan Hadirat kalian.
Terdapat beberapa acara yang telah dijalanan sebelum kejohanan ini dan bagi menyampaikn pingat kepada para pemenang, dipersilakan yang Berusaha TN Haji Mohamad Kamaluddin Bin Taib untuk mengiringi Yang Dihormati Puan Anita Binti Md Idris bagi menyampaikan pingat kepada pemenang.
Bagi acara_____________________
Tempat ketiga dimenangi oleh ____________ dari rumah ___________________
Naib Johan ____________________________ dari rumah ___________________
Johan dimenangi oleh : ________________________________ dari rumah.
Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati Puan anita Mad Idris.yang berusaha Tuan Haji Mohamad Kamaluddin Bin Taib
JAMUAN
Seterusnya majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Kamaluddin Bin Taib untuk mengiringi yang Dihormati Puan Anita Binti Md Idris serta para jemputan untuk menikmati sedikit jamuan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG BERMULA
Hadirin hadirat sekalian,
ACARA SUKAN AKAN BERMULA SEBENTAR LAGI. SEMUA ATLIT DIMINTA MELAPOR DIRI DI KHEMAH PENYELIA PESERTA DAN PARA PETUAS BERSEDIA DI TEMPAT MASING-MASING.
Selamat bertanding, selamat bertugas dan selmat maju jaya!
MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA!
· BACA NAMA-NAMA PESERTA UNTUK ACARA PERTAMA
ACARA BERMULA
MAJIS PENYAMPAIAN HADIAH (rujuk lampiran)
UPACARA MENURUNKAN BENDERA KEJOHANAN
Bendera Kejohanan Balapan dan Padang SMKKJ akan diturunkan sebagai tanda berakhirnya kejohanan kali ke 21 yang penuh bermakna ini.untuk itu majlis menjemput Ketua Pasukan Bendera,Staf Sarjan Mohd Syamil Hakim , dari pasukan KadetRemaja Sekolahuntuk mengetuai acara menurunkan bendera kejohanan dan seterusnya dibawa untuk diserahkan kepada yang berusaha Tuan Pengetua.
- Turunkan, lipat dan serah kpd pengetua
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan .
Langgan:
Catatan (Atom)