Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 3 Mac 2019

Contoh Pengacara Kejohanan Balapan dan Padang SMKKJ Kali ke 21

Contoh Pengacara Kejohanan Balapan dan Padang SMKKJ Kali ke 21


NAMA : KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMKKJ KALI KE-21 2019
TEMPAT : PADANG SMK KAMPONG JAWA, KLANG
TARIKH : 3 Feb 2019

 PERSEDIAAN
7.30 a.m - Semua peserta perbarisan dan persembahan diminta bersedia di padang.

 KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
7.45 a.m – Tetamu kehormat tiba…

“Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pn Anita Md Idris, Yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa.
(MUZIK)

“Hadirin hadirat dipersilakan berdiri”
(tunggu VIP duduk)

“Hadirin hadirat dipersilakan mengambil tempat”

UCAPAN ALU-ALUAN JURUACARA
Yang Berbahagia Puan Anita Binti Md Idris, Yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa,
Yang Berusaha, Tn Hji Mohamad Kamaluddin Bin Taib, Pengetua SMK Kampong Jawa,

Pn Shuhara Hamizan bt Abu Hanifah ,Penolong Kanan Pentadbiran ,SMK Kampong Jawa.

Cik Zarina binti Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Tuan Hj. Muzikir  B. Muhammad, Penolong Kanan Ko kurikulum
En Amir Saifuddin bin Abdul Majid Penolong Kanan Petang  
Pn Normala  Bt. Misman, Penolong Kanan Pendidikan Khas






YANG DIHORMATI,
Barisan guru kanan mata pelajaran
Barisan AJK PIBG
Rakan- rakan  guru dan kakitangan SMK KAMPONG JAWA
Tuan-puan
Atlit-atlit olahraga dan
murid-murid yang dikasihi sekalian


 ASSALAMUALAIKUM WBT,
 SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN

Hadirin dan hadirat sekalian..
Selamat datang saya ucapkan ke acara KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMKKJ KALI 2019.  Terlebih dahulu marilah sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana sekali lagi kita melaksanakan Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Kampong Jawa Kali ke 21 Mewakili seluruh warga sekolah mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada dihormati Puan Anita  Binti Md Idris dan juga para hadirin semua  kerana telah sudi melapangkan masa untuk meriahkan lagi KEJOHANAN    BALAPAN DAN PADANG pada tahun ini.

PERBARISAN DAN LINTAS HORMAT

Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Sebagai pembukaan tirai kejohanan, marilah sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat oleh pasukan badan-badan beruniform dan rumah-rumah sukan.
Majlis menjemput dengan segala hormatnya Yang Dihormati Puan Anita Binti Md Idris dengan diiringi Yang Berusaha  Tn Haji Mohamad Kamaludin Bin Taib untuk tampil ke hadapan, menyaksikan perbarisan serta menerima tabik hormat. Dengan segala hormatnya

VIP dah ready berdiri di podium
*** MUSIC ON
__________________________ start jalan
Hadirin dan hadirat sekalian… pasukan yang pertama adalah pasukan Kadet Remaja Sekolah .Di ketuai oleh Sarjan Siti Nur Syafiqah bt Shari .Pembewa bendera Staf Sarjan Mistasnim binti Mustakim.Moto pasukan ialah ILMU, IMAN,AMAL.
pasukan yang kedua  adalah pasukan Pengakap .Di ketuai olehMohd Hamzi bin Bahrom  .Pembewa bendera Prashanth Chong Tae Wen Moto pasukan ialah ,AMALBERDISIPLIN ,CERGAS ,AMANAH.

pasukan yang ketiga  adalah pasukan Kadet Sarjan Polis  .Di ketuai oleh Mohd Haikal Dainal Bin Khairal Abidin .Pembewa bendera  Sarjan Mohd Umarul Hafiz bin Shahid.Moto pasukan ialah POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA.







pasukan yang keempat adalah pasukan Pandu Puteri .Di ketuai oleh Nur Atikah Ayuni Binti Mohd Rashid  .Pembewa bendera Niroshini A/P Nandaguru.Moto pasukan ialah SELALU  SEDIA.

pasukan yang seterusnya  adalah pasukan Pergerakan Puteri Islam  .Di ketuai oleh Nur Afza Bibi bt Zulkifli i .Pembewa bendera Siti Najwa bt Baharudin..Moto pasukan ialahBERILMU,BERIMAN,BERAMAL.

Menyusul ketika ini pula adalah Badan Bulan Sabit Merah .Di ketuai oleh Nor Filzah bt Nor Zamri  .Pembewa bendera Siti Fatimah Zahra bt Mohd Salim.Moto pasukan ialah DIMANA ADA SENGSARA DISITU ADA KITA.

pasukan yang seterusnya  adalah pasukan Kadet Pertahanan Awam  .Di ketuai oleh Lans Koperal   Nor Syafiza bt Saifol Azali  .Pembewa bendera Lans Koperal Nur Iqli Aliyah Bt Ahmad Jamhari pasukan ialah SENTIASA ,SIAP,SEDIA.

pasukan yang TERAKHIR  adalah pasukan Kadet Bomba .Di ketuai oleh Lans Koperal Muhd Haziq bin Nazarudin.i .Pembewa bendera Lans Koperal Intan Nurfadzlyanan By Mohd Nor .Moto pasukan ialah MENCEGAH DAN MENYELAMAT.

** selepas setiap pasukan masuk baris, ketua pasukan akan beri arahan senang diri **

(rujuk lampiran unit seterusnya)

Pasukan seterusnya adalah perbarisan dari pasukan rumah-rumah sukan yang dimulakan dengan

1. Pasukan rumah Gunung  Jerai /Kuning 
Dimulai oleh Rumah(Gunung Jerai) dibawah pimpinan ________________________________ melambangkan warna di raja,kesungguhan perkara utama.Nampaknya telah bersedia untuk menempa kecemerlangan .Tahun ini memilih
JERAI KENTAL,JERAI UNGGUL menjadi motto penguat semangat.. Kontigen pasukan ini diketuai oleh Matheishvar A/L Karuppiah. Pembawa bendera_____________.
Pembawa sepanduk pula saudari Najwa Nabilah bt Teh Abdul Rahman. Dan maskot (kuda laut/seahorse) pula saudari Mohamad Habas Shah Bin Mohd Nasir. Kita percaya Rumah Gunung Jerai mampu membuat kejutan pada tahun ini.



  2. Pasukan rumah Gunung Ledang/Biru 
Seterusnya ialah dari Rumah Gunung Ledang. Biru melambangkan perpaduan menunjukkan mereka bersatu padu membentuk pasukan yang mantap. NEVER TRY,NEVER KNOW menjadi motto pada tahun ini. Kontigen pasukan ini diketuai oleh saudara Muhammad Zarul Haizat Bin Abdullah. Pembawa bendera Muhammad Nazrin Bin Ismail. Pembawa sepanduk pula saudari Zulaikha Natasha. Dan maskot(ikan dory) pula Zamarul Raziq Bin Muntako (paling sedap di bakar atau digoreng dengan balutan tepung..hihi)tapi pasti menyegat sebab ikan nya ada duri..hati2 dengan sengatan ikan dory ini.


3. Pasukan rumah Gunung Tahan /Ungu 
Seterusnya kontigen dari Rumah Gunung Tahan menggunakan tema warna ungu. Melangkah dengan segak bergaya untuk melakukan lintas hormat dengan motto pada tahun ini UNGU MARA UNGU JUARA. Ungu melambangkan _______________________________. Kontigen pasukan ini diketuai oleh Muhammad Nasaruddin Bin Saidin. Pembawa bendera saudara Muhammad Haziq Haikal. Pembawa sepanduk pula saudari Noraqilah binti Jamal. Dan maskot (obor-obor) pula saudara Muhammad Danish Bin Mohd Nizam


  4Pasukan rumah Gunung Titiwangsa/Merah
Seterusnya pula kontigen dari rumah Gunung Titiwangsa dibawah pimpinan Danial Zafry bin Md Kamarul Afandi. Merah melambangkan keberanian dan kegagahan. MERAH MENYALA HATI MEMBARA DIGELAR JUARA menjadi motto pada tahun ini. Pembawa bendera Afif Aiman bin Zuhaimi. Pembawa sepanduk pula saudari Thisha A/P Thiru Celvan. Pembawa maskot (tapak sulaiman) pula Muhammad Muzamir Bin Sasudin.



5.Pasukan rumah Gunung Kinabalu/Hijau
Seterusnya kontigen rumah sukan terakhir adalah Rumah Gunung Kinabalu menggunakan tema warna hijau.Hijau melambangkan kesatuan dan keharmonian serta mewarnai alam sekeliling kita. Merupakan juara pada tahun lepas.Mampukah hijau mengekalkan juara pada tahun ini.. Melangkah dengan segak bergaya untuk melakukan lintas hormat dengan moto pada tahun ini WE DEFEND TILL THE END. Hijau melambngkan ______________________________. Kontigen pasukan ini diketuai oleh saudara Aidil Putra. Pembawa bendera saudara Muhammad Qadry bin Rafizam. Pembawa sepanduk pula saudari Siti Farzanah bt Mohamad Razali. Dan maskot (rumpai laut) pula

  (rumah akhir dan lintas depan VIP, jemput VIP duduk)

   Terima Kasih diucapkan kepada Yang dihormati Puan Anita bin Md Idris diatas kesudian  
   menerima tabik hormat sebentar tadi (VIP duduk)

   **tunggu rumah terakhir masuk……. MUSIC OFF


              ** standby lagu NEGARAKU
              ** standby pembaca doa
Hadirin dan hadirat yang saya hormati,
Begitulah tadi berakhirnya perbarisan lintas hormat oleh pasukan badan-badan beruniform dan rumah-rumah sukan.




 NYANYIAN LAGU NEGARAKU
Majlis akan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku
Dengan ini dipersilakan Ketua Kontigen Pegawai Waran 2 Wan Dennis Karl Quasar Bin Norazam  untuk mengetuai perbarisan

* ( Dennis ) keluar ke tengah….
          = KONTIGEN, KONTIGEN SEDIA

Hadirin dan hadirat dipersilakan untuk berdiri tegak dan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.

*** ON LAGU NEGARAKU………….nyanyi habis
Hadirin dan hadirat dipersilakan duduk.



 BACAAN DOA
Seterusnya, bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadahkan tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Sarjan Mohd. Haikal Danial B. Kairal Abidin untuk mengetuai bacaan doa.

Dengan segala hormatnya di jemput..
        *(F) - arahan “UP”
                - pemegang bendera alih bendera ke kiri & angkat tangan kanan sahaja
                -semua angkat tangan
    
* Sarjan Mohd. Haikal = baca doa..habis
                      
                       *(F) –arahan “UP”
                               - semua turun tangan
                               - pemegang bendera alih bendera ke kanan
 Aamiin ya Rabbak alamiin (tunggu arahan up) (tunggu pasukan lain kalih tangan)

 Terima Kasih diucapkan kepada Sarjan Mohd. Haikal Danial B. Kairil A diatas bacaan doa sebentar tadi. Semoga kejohanan balapan dan padang kali ke- 21 ini akan berjalan lancar dari awal hingga ke akhirnya dan diberkati ALLAH SWT, Inshaa ALLAH

*** standby muzik irinigan ikrar


 BACAAN IKRAR
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Ketua Kejohanan, saudara Danial Shah Putra b. Hazlam, dari tingkatan 3 Bestari, untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan.

*** MUSIC ON
        Danial dan pembawa bendera berlari-lari anak kehadapan, bentuk separut bulatan, tunggu semua ready…

*** MUSIC OFF
       Danial“UP”

- Semua bendera turun
- Semua PESERTA RUMAH SUKAN SAHAJA angkat tangan kanan
                                  *baca ikrar, habis
                                  *Danial  – “UP”
-     Semua bendera dinaikan dan tangan turun

*** MUSIC ON
                    -  Danial dan pembawa bendera masuk baris

                     *** MUSIC OFF

                     *(kontigen senang diri dulu)
Terima Kasih diucapkan kepada Ketua Kejohanan iaitu saudara Danial Sha Putra b. Hazlam kerana telah mengetuai bacaan ikrar sebentar tadi.

                      * Danial arah KONTIGEN, SENANG DIRI

Untuk makluman hadirin dan hadirat…….
Sedikit biodata mengenai  Danial Shah Putra.Dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.Ibunya Zainon binti Rosli dan ayahnya Hazlam bin abdul Hamid.Anak kedua daripada 5 adik beradik. Dari darjah 1 hingga 6 beliau bersekolah di SK Kampong Jawa 2 .
Pencapaian beliau
1. Naib Johan MSSS 2018 dalam acara  110meter berpagar.
2. Naib Johan MSSS 2018 dalam acara  200meter berpagar
3. Olimpik Muda 2018 Johan 110meter peringkat MSSS
4. Mewakili Sekolah Sukan Bukit Jalil
5. Mendapat tempat ke 10 dalam kejohanan Combined Event ,peringkat antarabangsa 2018.
6. Acara Medlay ke 3 peringkat antarabangsa
7. MSSD 2019
 -  Johan dan memecah rekod kejohanan  acara 110 meter dan 200 meter berpagar .
-Johan 200 meter
Juga terpilih sebagai OLAHRAGAWAN MSSD 2019


Syabas dan tahniah diucapkan kepada saudara Danial Shah Putra B. Hazlam di atas kejayaan beliau mengharumkan nama sekolah.









UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA
 Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Kini, marilah sama-sama kita mendengar ucapan alu-aluan yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Tn Haji Mohamad Kamaluddin Bin Taib, Pengetua SMK KG Jawa. Dengan segala hormat dipersilakan.
     
              -Pengetua Berucap

*** STANDBY
- GUNTING DAN BELON
- PASUKAN KAWAD BENDERA
- CENDERAHATI
- PERSEMBAHAN

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohammad Kamaluddin Bin Taib diatas ucapan beliau sebentar tadi.

 UCAPAN PERASMIAN VIP
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kini tibalah kita ke acara kemuncak pada pagi ini. Tanpa membuang masa saya mempersilakan dengan segala hormatnya Yang dihormati Puan Anita Binti Md Idris Yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa  untuk menyampaikan ucapa seterusnya merasmikan KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK KAMPONG JAWA kali ke-21. Dengan segala hormatnya dipersilakan

- VIP berucap
- VIP rasmi

*** GIMIK PERASMIAN

Seterusnya majlis mempersilakan  Yang Berusaha Tuan Pengetua dan barisan pentadbir yang lain untuk bersama-sama dengan yang dihormati Puan Anita Mad idris bagi acara gimik perasmian.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi berakhirnya upacara gimik. perasmian KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK kg Jawa kali ke 21. Terima Kasih diucapkan  yang dihormati ke Puan Anita Binti Md Idris.

Sebagai tanda penghargaan majlis mempersilakan yang berusaha Tuan Haji Mohammad Kamaluddin Bin Taib, Pengetua SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan sedikit CENDERAHATI kepada  Yang Dihormati Puan Anita Binti Md Idris.
Terima Kasih sekali lagi diucapkan kepada Yang dihormati Puan Anita Binti Md Idris dan Yang Berusaha  Tuan Haji Mohamad Kamaluddin Bin Taib.
                  


 VIP dan pengetua duduk

PERARAKAN MASUK BENDERA KEJOHANAN
Hadirin dan hadirat sekalian, marilah sama-sama kita saksikan pula perarakan masuk bendera kejohanan yang akan dibawa oleh wakil-wakil dari setiap badan beruniform SMK Kampong Jawa. Pasukan ini dipimpin oleh Staf Sarjan Mohd Syamil Hakim dari pasukan Kadet Remaja Sekolah.
Dipersilakan…..

Mohd Syamil– “ KONTIGEN, KONTIGEN SEDIA”
                         HORMAT KE HADAPAN, HORMAT
                         Semua ketua tabik
                         Semua bendera sendeng

*** MUSIC ON
- Pasukan bendera berjalan masuk
- KETUA BENDERA ( Mohd Syamil) araha UP
- Bendera kejohanan disendengkan
- Berjalan depan VIP
- Pasang bendera

- Selepas bendera dikibarkan

Mohd Syamil – arahan UP

- Tangan turun , semua bendera naik

- Pasukan bendera keluar masa sendiri


*MUSIC OFF
* SENANG DIRI
Dengan berakhirnya perarakan masuk bendera kejohanan ini, menandakan bermulalah KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG kali ke 21 SMK KAMPONG Jawa. Semoga  semangat kesukanan yang tinggi akan sentiasa bersemadi dalam hati dan sanubari setiap atlit khususnya dan warga SMK KG Jawa dengan amannya.

PEMERIKSAAN PERBARISAN
Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha Tuan Haji Muzikir bin Muhamad untuk menjemput dan mengiringi  Yang dihormati Puan Anita Mad Idris dan Yang Berusaha Tuan Pengetua untuk memeriksa dan berkenalan dengan kontigen perbarisan badan beruniform dan rumah sukan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.








 PASUKAN UNIT BERUNIFORM & RUMAH SUKAN KELUAR BARIS
Hadirin dan hadiran sekalian,
Pasukan badan-badan beruniform dan pasukan rumah-rumah sukan akan keluar baris.
                   
- F –“ KONTIGEN, KONTIGEN AKAN BERJALAN
KELUAR……DARI TENGAH CEPAT JALAN.

***Muzik On
Semua pasukan keluar baris bermula pasukan paling kiri dan paling Kanan
*** Ketua kontigen dan ketua kejohanan keluar paling akhir


Terima Kasih diucapkan kepada ________________________________dari pasukan __________________, selaku ketua kontigen bagi pebarisan badan-badan beruniform dan rumah-rumah sukan dan saudara Danial Shah Putra B. Hazlam selaku ketua KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK KG Jawa kali ke 21 ini.

                      ** tunggu padang kosong


PERSEMBAHAN
Hadirin dan hadirat sekalian, untuk memeriahkan lagi kejohanan kita pada kali ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan seni tari Team Robik SMK Kampong Jawa.

*** muzik on………..persembahan……..muzik off

Demikian tadi berakhirnya persembahan seni tari yang begitu menarik dari Team Robik SMK Kampong Jawa . Terima Kasih diucapkan kapada semua tenaga pengajar  iaitu Cik tan Hong Peng dan  Cik Aida Mohd Sukri

Hadirin dan Hadirat kalian.
Terdapat beberapa acara yang telah dijalanan sebelum kejohanan ini dan bagi menyampaikn pingat kepada para pemenang, dipersilakan yang Berusaha  TN Haji Mohamad Kamaluddin Bin Taib untuk mengiringi Yang Dihormati  Puan Anita Binti Md Idris bagi menyampaikan pingat kepada pemenang.

Bagi acara_____________________
Tempat ketiga dimenangi oleh ____________ dari rumah ___________________

Naib Johan ____________________________ dari rumah ___________________

Johan dimenangi oleh : ________________________________ dari rumah.

Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati Puan anita Mad Idris.yang berusaha  Tuan Haji Mohamad Kamaluddin Bin Taib





JAMUAN
Seterusnya majlis menjemput Yang Berusaha  Tuan Haji Mohamad Kamaluddin Bin Taib untuk mengiringi  yang Dihormati Puan Anita Binti Md Idris serta para jemputan untuk menikmati sedikit jamuan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

 KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG BERMULA
Hadirin hadirat sekalian,
ACARA SUKAN AKAN BERMULA SEBENTAR LAGI. SEMUA ATLIT DIMINTA MELAPOR DIRI DI KHEMAH PENYELIA PESERTA DAN PARA PETUAS BERSEDIA DI TEMPAT MASING-MASING.

Selamat bertanding, selamat bertugas dan selmat maju jaya!
MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA!

· BACA NAMA-NAMA PESERTA UNTUK ACARA PERTAMA

ACARA BERMULA

MAJIS PENYAMPAIAN HADIAH (rujuk lampiran)





UPACARA MENURUNKAN BENDERA KEJOHANAN

Bendera Kejohanan Balapan dan Padang SMKKJ akan diturunkan sebagai tanda berakhirnya kejohanan kali ke 21 yang penuh bermakna ini.untuk itu majlis menjemput  Ketua Pasukan Bendera,Staf Sarjan Mohd Syamil Hakim  , dari pasukan KadetRemaja Sekolahuntuk mengetuai acara menurunkan bendera kejohanan dan seterusnya dibawa untuk diserahkan kepada yang berusaha Tuan Pengetua.

- Turunkan, lipat dan serah kpd pengetua
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan .

2 ulasan:

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!