Salam buatmu teman
Seringkali kita tidak mengjangka apa yang akan terjadi dan terjadi dalam hidup kita.
kadang ujian yang diberi sangat terkesan membuatkan kita jatuh terduduk dan sukar untuk bangkit.
namun kuatkan lah hati mu.anggaplah segala ujian yang datang itu adalah untuk menjadikan dirimu insan yang kental berdepan dengan segala macam cabaran
kita punya Dia untuk tempat mengadu dan Dia sentiasa bersedia mendengar permintaan kita.jangalah sombong dan seringkali melupakn Dia disepanjang perjalanan hidup mu...
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Tq atas ingatan... Masih ingt pd teman teman
BalasPadamsemestinya ingat
Padam