Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 4 Mac 2017

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM LADAP KALI PERTAMA SMK KAMPONG JAWA 2017

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM LADAP KALI PERTAMA SMK KAMPONG JAWA 2017

TARIKH             :  4 MAC 2017
HARI                  : SABTU
MASA                : 8.00 PAGI


ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Assalamualaikum  wbt dan Salam Satu Malaysia

Yang Berusaha,

Pn Noraizah binti Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran dan  Akademik,SMK Kampong Jawa.

En Muhammad bin Harun,  Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  SMK Jengka 21,Jengka Pahang,sebagai penceramah jemputan kita pada pagi ini.                   


Yang dihormati ,

 Pn Puziah binti Tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Tuan Hj. Muzikir  B. Muhammad, Penolong Kanan Ko kurikulum

En Amir Saifuddin bin Abdul Majid, Penolong Kanan Petang

{Pn Normala  Bt. Misman, Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan ketua bidang
Dan
Rakan- rakan  dikasihi sekalian.

.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya  maka kita diberikan kelapangan waktu, digerakkan minda dan deria serta dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama- sama berkumpul bagi menjayakan program LADAP kali ke 1 bagi tahun 2017


NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Hadirin yang dihormati sekalian,

Mohon semua berdiri untuk kita bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan LAGU NEGARAKU.

Dipersilakan.

Terima kasih atas nyanyian itu tadi.

BACAAN DOA

Rakan-rakan guru sekalian.

Yang mengerakkan kita hadir ke sini adalah DIA Yang Maha Kuasa
Tahniah dan bersyukurlah kerana Dia memilih kita menambah ilmu yang sedia ada
Usah di tanya minggu keberapa
Usah difikir apa yang menghantui minda.
.lapang kan seketika ,ikhlaskan diri kita untuk kita sama-sama menambah ilmu demi anak murid tercinta.

Untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya dijemput  En Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir untuk membacakan doa.

DOA………………………………..

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir atas bacaan doa sebentar tadi.




Bagi pihak majlis,  mengalu-alukan kedatangan  penceramah dan pemudah cara program Ladap guru SMK KAMPONG JAWA, Sekolah Amanah . Terima kasih atas kesudian tuan untuk  bersama-sama berkongsi ilmu kepada warga pendidik di SMKKJ dijadikan panduan dan pembaharuan dalam kehidupan kami. In Syaa Allah.



Hadirin sekalian,

Ingin juga  dibacakan disini  objektif  Ladap diadakan. Selain kita dapat menjana gaya berfikir untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, Latihan Dalam Perkhidmatan atau singkatannya Ladap ini juga dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan dalam menjalankan tugas. Selain itu, program ladap ini juga dapat membantu setiap staf membina keyakinan diri dalam bidang tugas masing-masing serta mempertingkatkan budaya kerja yang mantap. Mudah-mudahan dengan ilmu yang diperolehi dalam program hari ini dapat diselitkan dalam minda kita demi kebaikan bersama.

SLOT PERTAMA-BENGKEL SMARTPHONES YES

Tanpa melengahkan masa lagi, untuk Slot Ladap yang pertama dijemput En Muhammad Izzuan bin Roslan untuk menyampaikan taklimat BENGKEL SMARTPHONE YES .

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Muhammad Izzuan bin Roslan atas penerangan yang amat jelas berkaitan dengan smartphone yes ini.semoga lepas ini semua guru akan mahir untuk mengendalikan smartphone ini demi kelangsungan tugas dan anak-anak didik tercinta.


SLOT KEDUA-PENATARAN INISIATIF PERKUKUHAN STEM

Sidang hadirin sekalian

Atur cara seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Pn Pn Noraizah bt Mohd Noor, Penolong kanan pentadbiran dan akademik .SMK Kampong Jawa.untuk menyampaikan  Taklimat Penataran Inisiatif Perkukuhan STEM.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn Noraizah bt Mohd Noor atas taklimat itu tadi.



Hadirin sekalian,
Majlis akan berhenti rehat sebentar selama 30 minit.
Tuan-tuan dan puan-puan diminta masuk semula ke dewan pada pukul 10.45 untuk meneruskan Slot Ladap yang ketiga.

REHAT

Mohon rakan-rakan guru untuk berada di dalam dewan kerana kita akan memulakan LADAP kita yang seterusnya.

SLOT KETIGA-BENGKEL SSDM

Para guru sekalian,
Alhamdulillah, kita akan menyambung kembali program LADAP kita pada pagi ini.
Sebentar lagi kita akan mendengar satu taklimat berkaitan dengan Bengkel SSDM.

Melihat teruna terkelu lidah
Menjadi sejarah satu kenangan
Orang di nanti berkunjung sudah
Selamat datang kami ucapkan

Sesungguhnya warga pendidik SMKKJ pada hari ini sungguh bertuah kerana dipertemukan dengan seorang yang cukup istimewa yang banyak membantu kita dalam proses pengurusan perekodan  salahlaku  dan  disiplin murid .

Ingin rasa memakan kari
Kari cendawan batang keladi
Girang rasa tidak terperi
Bertemu tuan yang baik budi.

Sebelum itu saya membacakan sedikit biodata penceramah kita pada pagi ini.Dilahirkan di sebuah negeri di Pantai Timur iaitu di Pekan ,Pahang pada 9 oktober 1966.telah pun berkahwin  dan berkhidmat sebagai guru penolong kanan HEM sejak 2012 di SMK JENGKA 21, Jengka,Pahang.Merupakan seorang yang pakar dan aktif dalam penglibatan ICT iaitu sebagi juru latih utama untuk 13 buah sekolah Rintis negeri-negeri membina aplikasi E disiplin (offline). Juga jurulatih utama online dan juga membina aplikasi E disiplin online bersama UMT dan MAPAN.Beliau juga terlibat membina SSDM V2.0 online dan juga sebagai juru latih utama di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tanpa membuang masa majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati En Muhammad bin Harun untuk menyampaikan taklimat beliau yang bertajuk BENGKEL SSDM.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Berkejar-kejaran ombak di laut
Menyentuh pantai berpasir bersih
Budi tuan disebut-sebut
kerja selesai dan terima kasih.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Muhammad bin Harun atas taklimat yang sungguh jelas berkaitan dengan bengkel SSDM.


PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Sidang hadirin sekalian
Atur cara seterusnya adalah penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan sekalung budi seutai kasih,majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn Noraizah bt Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik ,SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah kepada penceramah kita pada hari ini.

Dipersilakan En Muhammad bin Harun ,Penolong Kanan HEM SMK Jengka 21,Pahang.
Di persilakan En Muhammad Izuan bin Roslan, guru ICT SMKKJ.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Noraizah dan terima kasih juga kepada penceramah kita pada hari ini.


PENUTUP
Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot Ladap kali ini. Mudah-mudahan  ada sesuatu yang telahpun kita perolehi pada majlis hari ini .
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.

Dewan Juara SMKKJ tempat bertemu
Girangnya rasa hati tak terkira
Baliklah tuan membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara.


Sekian. Wassalamualaikum wbt.

Jumaat, 3 Mac 2017

Semoga

pagi yang hening
fajar mula menampakkan diri
pecikan cahaya mula menghiasi
dipagi ini rasa syukur padaMu Ya Allah
atas nikmat yang telah diberikan...

semoga hari ini
semoga hari esok
dan semoga hari-hari yang mendatang
Allah sentiasa memberikan kekuatan
untuk menempuh liku-liku cabaran
pastinya juga kita belum tahu adakah esok menjadi milik kita

Sebelum terlambat..
..semoga kita diberikan kesempatan untuk menyesali segala perbuatan
semoga kita dapat membahagiakan hati insan-insan yang kita sayang
semoga kita dapat mencium lagi pipi ibu yang dikasihi ,
semoga jua aku menjadi seorang pendidik yang sentiasa terpahat dihati anak-anak didiknya.

-ANAK PANTAI-


Ahad, 26 Februari 2017

Senyum terapi yang membahagiakan


Senyumlah
sentiasa sayapun lakukan itu walaupun dalam jiwa dan hati saya menangis
terkadang saya begitu terluka dengan seseorang.rakan sekerja atau kawan yang rapat dengan kita
terkadang terasa dengan keletah anak dan suami
namun dari dulu saya terapkan senyuman dibalik duka
sebab itu ramai yang mengenal tidak tahu maksud senyuman ini.
Untuk apa kita bercerita tentang duka kita kerana kita tahu hanya kita dan DIA yang sahaja membantu kita di sangat kita tersungkur teruk.
Percayalah antara terapi yang membahagiakan hanyalah sebuah senyuman..tiap kali kita lakukan itu seakan ada aura-aura positif yang meresap dalam diri..

-Anak Pantai-

Jamuan Makan dan Sambutan Hari Lahir Penolong kanan PPKI SMK Kampong Jawa













Telatah anak murid saya



Lucu dengan satu peristiwa dengan murid saya ni...hari Rabu hanya dia seorang yang hadir untuk mata pelajaran moral..memandangkan sebelum ini tiap kali di tanya mana buku latihan..pasti mereka ini akan menjawab buku dan digunakan untuk matapelajaran lain...tak mahu berlaku lagi saya mengeluarkan rm 5.oo dan mengarahkan beliau ke kedai buku membelikan 5 buah buku yg satunya bernilai rm 1 .saya sengaja mengarahkan beliau membelikan buku untuk dia dan kawan2.saya ingin mengjar erti amanah dan jujur...lucunya dia dia tunjukkan saya 3 buah buku.sy tanya mana bakinya dan dia menjawab tidak ada.saya kata mana mungkin rm 2 tidak ada..sy tahu harga buku tu berapa.dia lantas menunjukkan sebatang pensil warna biru yang dibelinya..mulanya nak marah tapi tersenyum saya bila mengingatkan cerdiknya dia.cuma saya pesan dan ingatkan dia lain kali hanya ikut arahan guru .
Kesimpulannya....saya kena ajar dan ajar lagilah agar hasil pembelajaran tercapai.
Image may contain: 2 people

Harapan



Semoga sinar mentari itu berpanjangan hingga ke petang..mudahan tiada gerimis di tengahari...
Sememangnya kehidupan tidak selamanya indah dalam suka tertiba ada duka..silih berganti...lumrah selagi kita masih bernyawa..ujian kita terimapun tak sama..ada antara kita di uji dengan perasaan.kerjaya.anak2 dan keluarga.harta benda..kawan2 ...sejauhmana kita mampu menghadapi ujian itu yang penting...
Jadi diri sendiri....fikir sebelum bertindak...yang penting kita tahu Dia sentiasa mendengar luahan hambanya...

Aku tetap aku...takkan aku menjadi sepertimu


-Anak Pantai-

Renungkan sejenak

Kita terlupa terkadang kita terlalu menghargai orang lain berbanding kedua ibu bapa kita.ibarat sebagai contoh apabila kita ingin menghadiahkan hadiah kepada yang berhormat atau tetamu yg diraikan..betapa kita teelalu menjaganya...contohnya sebakul buah sufah pasti kita mencarinya dipasaraya berbanding di pasar malam...dan kita balut buah tu cantik2 dgn hiasan bunganya sekali kerana kita takut org yg terima tak gembira dan tak rasa dihargai..
Cuba kita ingatkan balik waktu kita belikan buah unruk ibu bapa kita...pasti nya bagi kita pasar malam menjadi pilihan dan buahvyang kita pilihpun sesuka hati...blm fikir lg bgmana bungkusannya..rasanya kita hanya bawa pada mereka dlm bungkusan plastik yg berharga 20 sen...sedangkan kedua merekalah pintu syurga kita di sana....

Betaoa saya sendiri terlupa tentang itu.....

Begitulah kebanyakkannya kita lebih mengutamakan orang lain dari ibubapa sendiri semata2 mahu dipuji. Tetapi sedarkah kita ucapan terima kasih yg terkeluar dari mulut ibubapa kita adalah doa yg sangat ikhlas walaupun barangan atau hadiah yang kita hulurkan tidak seberapa nilainya kerana ibubapa tidak meminta yg indah2 cukup sekadar mengingati sudah memadai.
-Anak Pantai-

Resepi Nasi dagang Terengganu cara saya

Saya sertakan disini resepi saya nasi dagang terengganu


Image may contain: food

RESEPI NASI DAGANG.
Bahan-bahan untuk Nasi: -
4 cawan beras jasmin
2 cawan air.
3 1/2 cawan santan pekat + sedikit gula dan garam
Daun pandan
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia
Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh air sehingga rata. biar seketika hingga semua air meresap. Masukkan lagi air sehingga meresa. . Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Santan pekat tu panaskan dulu sekejap di atas apu supaya nadi dagang dapat tahan hingga ke petang.dalam santan tu tambah garam dan gula.mesti manis sikit dan lenaknya agar bila campur dalam nasi terasa lemak dan manis.Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya. Kukus lagi dalam 5 minit hingga 10 minit.
7. Boleh dihidangkan….
Image may contain: food
RESEPI GULAI IKAN AYA :
Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Bahan-bahan gulai :
1 sudu serbuk ketumbar
2 hiris lengkuas
1 hiris halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai adabi (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
10 biji cili padi
sedikit garam
Cara-cara :
1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan serbuk, rempah gulai cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!

Pantun Untuk Hari Guru -2017

Lama saya tidak meluangkan masa menitipkan bicara.lantaran kesibukan masa.namun blog ini lah yang paling saya sayangi,ianya ibarat sebuah catatan diari perjalanan hidup saya.
tertiba hari ini saya nak ciptak beberapa rangkap pantun sempena sambutan hari guru pada tahun ini. Mana tahu pantun ini dapat membantu kalangan rakan-rakan guru yang memerlukan..kalau terasa menarik ambillah ya...memang niat saya untuk membantu kalian


Mendaki bukit tersesat arah
kerana terlupa membawa peta
16 Mei hari bersejarah
hari buatmu guru tercinta.

Terbang merpati tinggi  di awangan
Di pagi hari mencari makan
Jasamu guru menjadi sanjugan
Sampai bilapun tak terlupakan.

Ungkapan terima kasih kuucapkan
padamu guru-guru budiman
selaut budi dan pengorbanan
akan dikenang sepanjang zaman.


sejuta madah hiasan indah
digubah  pula di hening pagi
walau khidmatmu tamatlah sudah
jasa dan baktimu guru  tetap di kenangi.


Nukilan: ANAK PANTAI












Pokok Nilai

Siap jugak pokok nilai  ni hasil pertolongan anak sulung Nur Alya.Adalah teman untuk saya menyiapkan kerja sekolah..Sayang awak Alya hihi
apapun kat bawahlah hasilnya tak sabar nak letak dalam kelas KKBP Kreatif









Kelasku Syurgaku KKBP KREATIF SMK KAMPOBG JAWA


Alhamdulillah syukur 85% hias kelas sudah berjaya dilaksanakan.Tidak goyah dengan dugaan..aku tetap aku akan terus bersikap positif demi masa depan anak-anak istimewa tercinta,
Terima kasih MR BUDU kerana sangat memahami isteri mu ini.yang sentiasa memberikan galakan dan sokongan dalam apa jua keadaan
Terima kasih anak-anak  Alya,Alif ,Adam, Aimy ,dan Azib