tertiba hari ini saya nak ciptak beberapa rangkap pantun sempena sambutan hari guru pada tahun ini. Mana tahu pantun ini dapat membantu kalangan rakan-rakan guru yang memerlukan..kalau terasa menarik ambillah ya...memang niat saya untuk membantu kalian
Mendaki bukit tersesat arah
kerana terlupa membawa peta
16 Mei hari bersejarah
hari buatmu guru tercinta.
Terbang merpati tinggi di awangan
Di pagi hari mencari makan
Jasamu guru menjadi sanjugan
Sampai bilapun tak terlupakan.
Ungkapan terima kasih kuucapkan
padamu guru-guru budiman
selaut budi dan pengorbanan
akan dikenang sepanjang zaman.
sejuta madah hiasan indah
digubah pula di hening pagi
walau khidmatmu tamatlah sudah
jasa dan baktimu guru tetap di kenangi.
Nukilan: ANAK PANTAI
Sslam
BalasPadamBoleh x minta send cntoh pantun mjlis hari raya.. Dn hari sukan skolh.. Tq cgu ita. Send kt saya faissal424@yahoo.com
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamni hp sy 0122828072
BalasPadam