Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 4 Mac 2017

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM LADAP KALI PERTAMA SMK KAMPONG JAWA 2017

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM LADAP KALI PERTAMA SMK KAMPONG JAWA 2017

TARIKH             :  4 MAC 2017
HARI                  : SABTU
MASA                : 8.00 PAGI


ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Assalamualaikum  wbt dan Salam Satu Malaysia

Yang Berusaha,

Pn Noraizah binti Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran dan  Akademik,SMK Kampong Jawa.

En Muhammad bin Harun,  Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  SMK Jengka 21,Jengka Pahang,sebagai penceramah jemputan kita pada pagi ini.                   


Yang dihormati ,

 Pn Puziah binti Tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Tuan Hj. Muzikir  B. Muhammad, Penolong Kanan Ko kurikulum

En Amir Saifuddin bin Abdul Majid, Penolong Kanan Petang

{Pn Normala  Bt. Misman, Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan ketua bidang
Dan
Rakan- rakan  dikasihi sekalian.

.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya  maka kita diberikan kelapangan waktu, digerakkan minda dan deria serta dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama- sama berkumpul bagi menjayakan program LADAP kali ke 1 bagi tahun 2017


NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Hadirin yang dihormati sekalian,

Mohon semua berdiri untuk kita bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan LAGU NEGARAKU.

Dipersilakan.

Terima kasih atas nyanyian itu tadi.

BACAAN DOA

Rakan-rakan guru sekalian.

Yang mengerakkan kita hadir ke sini adalah DIA Yang Maha Kuasa
Tahniah dan bersyukurlah kerana Dia memilih kita menambah ilmu yang sedia ada
Usah di tanya minggu keberapa
Usah difikir apa yang menghantui minda.
.lapang kan seketika ,ikhlaskan diri kita untuk kita sama-sama menambah ilmu demi anak murid tercinta.

Untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya dijemput  En Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir untuk membacakan doa.

DOA………………………………..

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir atas bacaan doa sebentar tadi.




Bagi pihak majlis,  mengalu-alukan kedatangan  penceramah dan pemudah cara program Ladap guru SMK KAMPONG JAWA, Sekolah Amanah . Terima kasih atas kesudian tuan untuk  bersama-sama berkongsi ilmu kepada warga pendidik di SMKKJ dijadikan panduan dan pembaharuan dalam kehidupan kami. In Syaa Allah.



Hadirin sekalian,

Ingin juga  dibacakan disini  objektif  Ladap diadakan. Selain kita dapat menjana gaya berfikir untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, Latihan Dalam Perkhidmatan atau singkatannya Ladap ini juga dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan dalam menjalankan tugas. Selain itu, program ladap ini juga dapat membantu setiap staf membina keyakinan diri dalam bidang tugas masing-masing serta mempertingkatkan budaya kerja yang mantap. Mudah-mudahan dengan ilmu yang diperolehi dalam program hari ini dapat diselitkan dalam minda kita demi kebaikan bersama.

SLOT PERTAMA-BENGKEL SMARTPHONES YES

Tanpa melengahkan masa lagi, untuk Slot Ladap yang pertama dijemput En Muhammad Izzuan bin Roslan untuk menyampaikan taklimat BENGKEL SMARTPHONE YES .

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Muhammad Izzuan bin Roslan atas penerangan yang amat jelas berkaitan dengan smartphone yes ini.semoga lepas ini semua guru akan mahir untuk mengendalikan smartphone ini demi kelangsungan tugas dan anak-anak didik tercinta.


SLOT KEDUA-PENATARAN INISIATIF PERKUKUHAN STEM

Sidang hadirin sekalian

Atur cara seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Pn Pn Noraizah bt Mohd Noor, Penolong kanan pentadbiran dan akademik .SMK Kampong Jawa.untuk menyampaikan  Taklimat Penataran Inisiatif Perkukuhan STEM.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn Noraizah bt Mohd Noor atas taklimat itu tadi.



Hadirin sekalian,
Majlis akan berhenti rehat sebentar selama 30 minit.
Tuan-tuan dan puan-puan diminta masuk semula ke dewan pada pukul 10.45 untuk meneruskan Slot Ladap yang ketiga.

REHAT

Mohon rakan-rakan guru untuk berada di dalam dewan kerana kita akan memulakan LADAP kita yang seterusnya.

SLOT KETIGA-BENGKEL SSDM

Para guru sekalian,
Alhamdulillah, kita akan menyambung kembali program LADAP kita pada pagi ini.
Sebentar lagi kita akan mendengar satu taklimat berkaitan dengan Bengkel SSDM.

Melihat teruna terkelu lidah
Menjadi sejarah satu kenangan
Orang di nanti berkunjung sudah
Selamat datang kami ucapkan

Sesungguhnya warga pendidik SMKKJ pada hari ini sungguh bertuah kerana dipertemukan dengan seorang yang cukup istimewa yang banyak membantu kita dalam proses pengurusan perekodan  salahlaku  dan  disiplin murid .

Ingin rasa memakan kari
Kari cendawan batang keladi
Girang rasa tidak terperi
Bertemu tuan yang baik budi.

Sebelum itu saya membacakan sedikit biodata penceramah kita pada pagi ini.Dilahirkan di sebuah negeri di Pantai Timur iaitu di Pekan ,Pahang pada 9 oktober 1966.telah pun berkahwin  dan berkhidmat sebagai guru penolong kanan HEM sejak 2012 di SMK JENGKA 21, Jengka,Pahang.Merupakan seorang yang pakar dan aktif dalam penglibatan ICT iaitu sebagi juru latih utama untuk 13 buah sekolah Rintis negeri-negeri membina aplikasi E disiplin (offline). Juga jurulatih utama online dan juga membina aplikasi E disiplin online bersama UMT dan MAPAN.Beliau juga terlibat membina SSDM V2.0 online dan juga sebagai juru latih utama di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tanpa membuang masa majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati En Muhammad bin Harun untuk menyampaikan taklimat beliau yang bertajuk BENGKEL SSDM.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Berkejar-kejaran ombak di laut
Menyentuh pantai berpasir bersih
Budi tuan disebut-sebut
kerja selesai dan terima kasih.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Muhammad bin Harun atas taklimat yang sungguh jelas berkaitan dengan bengkel SSDM.


PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Sidang hadirin sekalian
Atur cara seterusnya adalah penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan sekalung budi seutai kasih,majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn Noraizah bt Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik ,SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah kepada penceramah kita pada hari ini.

Dipersilakan En Muhammad bin Harun ,Penolong Kanan HEM SMK Jengka 21,Pahang.
Di persilakan En Muhammad Izuan bin Roslan, guru ICT SMKKJ.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Noraizah dan terima kasih juga kepada penceramah kita pada hari ini.


PENUTUP
Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot Ladap kali ini. Mudah-mudahan  ada sesuatu yang telahpun kita perolehi pada majlis hari ini .
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.

Dewan Juara SMKKJ tempat bertemu
Girangnya rasa hati tak terkira
Baliklah tuan membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara.


Sekian. Wassalamualaikum wbt.

6 ulasan:

  1. superb post and very interesting content.
    http://mywhatsapphub.in/

    BalasPadam
  2. TQ cikgu...inspirasi utk LADAP kolaborasi sekolah2 KMY

    BalasPadam
  3. Salam. Saya mohon dihalalkan ayat2 cikgu yang saya pinjam untuk teks pengacara saya. Terima kasih.

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!