Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Buat anak-anak murid yang pernah bersama dengan cikgu..Sesungguhnya ingatan pada kalian semua sentiasa segar di minda.Teramat rindu cikgu dengan kamu..Kasih sayang kamu pada cikgu amat cikgu hargai dan cikgu simpan kemas di lubuk hati..
Cikgu akui kalian antara insan-insan yang membahagiakan cikgu..hidup cikgu bahagia kerana hadirnya kalian mewarnai kanvas hidup cikgu..Kalian sentiasa menghiburkan cikgu.
Malam ini mata cikgu begitu sukar untuk dilelapkan .Dan cikgu pasti situasi yang sama cikgu rasai kerana permulaan pertama persekolahan cikgu akan berpisah lagi dengan insan-insan yang cikgu sayangi..Tiada lagi usikan daripada Intan buat Cikgu,senyuman yang lontar disaat bertemu Azahrah buat cikgu.Suara-suara Norazi dan Rizuan yang sesekali membantu cikgu dari dulu cikgu mula mengajar hingga saat ini..Pastinya cikgu juga terasa tanpa Diana dan Amira yang sentiasa mencuit hati..Sesekali pinggang cikgu dirangkul oleh Diana. Cikgu juga akan rindukan seorang pelajar yang terlalu baik iaitu Maxwell,Kedai keusahawanan juga hilang serinya tanpa Naamah yang banyak membantu Cikgu...Cikgu tau yang pergi dah ada pengantinya..Tapi percayalah yang pergi itu telah sebati dalam diri cikgu..
Sesungguhnya malam ini tidur cikgu diganggu dengan ingatan terhadap kalian..
Doa dan harapan cikgu kalian beroleh ketenangan walau di mana berada dan doakan jua kesejahteraan cikgu.
Ya ke?????????Suka ke dengan tugas-tugas yang orang bagi ni...
Nak luah mati emak nak telan mati bapak.
Itulah perumpamaannya.
Huhuhu..
Aku ni cikgu ke atau setiausaha ekk
Kenapa bagi 12 je..
Bagilah banyak lagi..
Agak-agak..kau orang jeles tak aku dapat banyak kerja
Akukan cikgu hebat..keh..keh..keh
(Motivasi diri sendiri le ni)
Ce..korang tengok tugas setahun yang pihak sekolah bagi ni..
Setiausaha Jawatankuasa Disiplin
Setiausaha Hal Ehwal Murid PPKI
Penolong Setaiusaha Jawatankuasa Induk 5S
Guru Tingkatan PPKI 8
Ahli Jawatankuasa Kokurikulum PPKI
Guru pengiring Motivasi Pelajar
Ahli Jawatankuasa Kurikulum
Ahli Jawatankuasa Kewangan PPKI
Ahli Jawatankuasa Aset PPKI
Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah
Penjagaan Bilik Mesyuarat PPKI
Guru Penasihat Kelab Keusahawanan PPKI
Nak tahu tak ,masa mula-mula dapat surat lantikan ni..senyum sampai ke telinga..Kalu boleh nak terus pergi peluk Pengetua tu..Nak ucap terima kasih sebab bagi tugas-tugas ni kat aku..HUA..HUA..
Sukanya..:(
Kenapalah..
Tak kesian ke...
Tapi jemm..jemm
Positif lah ITa..
Dia orang bagi sebab kau mampu lakukan..
Yelah tu..
(*pengajaran kat sini nak bagitau jangan tunjuk pandai sangat nanti orang pijak kepala..semua dia nak bagi kak kita..)
Opps!!
Pengajaran yang positif...orang akan bagi apa sahaja kerja pada kita kerana orang yakin kita mampu melakukan yang terbaik.Kita jadi antara yang membantu sesuatu perkara itu berjalan dengan lancar)
Yang penting lakukan kerja dengan ikhlas dan kerana Allah.
itu yang utama.
(3/1/2012...perjalanan hari ini penuh warna warni..penuh dengan kasih sayang..)
Hari ini bermula kembali tugas setelah bercuti selama sebulan...Kali ini sepertimana tahun-tahun yang berikutnya tidak terlepas daripada menjadi AJK Pendaftaran.Tapi kali ini sedikit mencabar aku sebagai seorang guru beb..Apa tidaknya terpaksa menguruskan pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin..Situasi semasa pendaftaran tu apa lagi..hot je memanjang..Pelbagai telatah dan perangai yang dapat jumpa..Kurang ajor le...huh..Patutlah anak dia kurang ajor rupanya bapa dia lagi kurang ajor..(Opps!!itu hanya terdetik difikiran aje..tak terkeluar dari mulut.)Ada seorang bapa tu siap cakap cikgu tak pernah telefon..tapi aku biasa le..bila aku rasa aku betul..aku buat keras juga le..kau ingat mentang-mentang le aku ni cikgu perempuan..ingat kacang le kau nak kenakan aku..last-last kau jugak yang kantoi..anak siap ngaku betul cikgu ada col tapi bapa tak angkat..!!.
Senyum dalam paksa nie...
Bersama dengan dua orang kaunselor
Kat Natrah dan Franciss
termenung seketika..nak jawab soalan yang tak masuk akal..
Huh...sabor jelah.
Antara ibu bapa dan pelajar yang hadir..
Ada yang buat-buat terkejut kenapa Demerit tinggi..
Bagus dia orang ni
Boleh jadi pelakon terbaik depan mak ayah..
Ada juga yang datang nak periksa kut-kut saat akhir ada nama tersenarai..
Terasa kut...Yelah dulu-dulu ada buat silap.
Nasib baik terlepas..
Terkadang sesekali fikir best jugak berhadapan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah ni..Secara tidak langsung dapat mengetahui sejarah latar belakang dia orang..Adakalanya kesian pun ada.
Buat pelajar..hayatilah lagu ini...sekurang-kurangnya akan memberikan motivasi buat anda
Jalanan anda masih berliku dan jauh lagi di hadapan..
Tolonglah...balaskan jasa pengorbanan kedua ibu bapa kita.
Hindarilah perkara-perkara yang menconteng arang ke muka mereka.
Biarkan keduanya sentiasa tersenyum dengan kemuliaan yang kita lakukan..Elakkan airmata ibu dan ayah kita dari terus mengalir kerana kejahatan kita.
Semoga kalian pelajar...akan terus mengapai impian!!
Gambar bulan ni diambil ketika di rumah Kg Pagar Besi..ketika bulan baru nak gerhana.
Bulan merupakan antara objek yang saya sangat suka melihatnya selain bintang-bintang yang bergedipan.Dari remaja hingga kini inilah hobi saya ...melihat dan merenung bulan..Bila ada rindu saya tengok bulan kerana saya tahu semua orang memandang bulan yang sama..Dalam masa yang sama semoga insan yang kita ingati itu jua mengingati kita di saat itu..
Jadilah kita umpama bulan dan bintang yang sentiasa saling menemani...menjadi penyeri
Begitu pantas masa beredar.Kini 2011 telah berlalu meninggalkan kenangan suka duka buat kita.Pabila minda mengingatkan yang manis,hati begitu berat untuk meninggalkan 2011 kerana bimbang segala yang manis itu akan hilang .Namum bila mengingat duka di tahun 2011..hati tak sabar ingin hadirnya 2012 secepat mungkin.Kata orang ingin mulakan buku baru dengan semangat dan azam yang baru.
Entah pahit getir apa yang akan melanda diri..Doa dan harapan pastinya mengharapkan segala rintangan dapat diatasi.
pada kawan-kawan selamat menyambut tahun baru 2012.Bertambah lah umur kita !!Apa yang pasti mahukan yang manis di tahun 2011 biarlah berkekalan dan bertambah manis macam madu ..Yang pahit macam hempedu kita buang jauh-jauh ok..
Suami dan Alif semasa mengemas barang-barang telahpun menitiskan airmata ..tak tahu apa yang difikirkan saat itu.
Alif yang tak dapat mengawal perasaan
Aimy dan Mak Long sempat berposing..
Alya dalam perjalanan ke lapangan terbang tak henti-henti menangis hingga ke saat akhir.
Alif amat sedih nak berpisah dengan neneknya.
Kesedihan Alya
Bergambar sebelum melangkah pergi..
Kali ini saat untuk meninggalkan kampung halaman tercinta begitu menghiris perasaan.Ingatkan diri ini yang teramat berat rupanya suami dan anak-anak turut merasa kesan yang sama.Apatahnya melihat suami mengalirkan airmata dikala mengemas barang-barang,serta bercucuran airmata Alif yang keluar menyebabkan diri ini jua tewas. Tak sangka sepanjang perjalanan ke lapangan terbang..masing-masing menitiskan airmata.Alya begitu ketara..Menangis tak henti hinggalah dipujuk untuk berlepas..Begitu juga ketika di dalam kapal terbang masing-masing tak dapat mengawal diri..Bercucuran airmata Alif dan Alya.Rupanya kesedihan mereka hingga menaiki kapal terbang ke Kuching.Alya tiada selera nak makan,sesekali menyapu airmata dipipi...Alahai begitu meninggalkan kesan buat mereka kali ini..Sememangnya amat sedih untuk meninggalkan insan-insan tersayang kerana belum pasti mungkinkah kita akan berjumpa lagi..