Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 3 April 2011

D'Masiv - Rindu Setengah Mati

I Miss You

(Best pulak  bila dengar lagu ni dalam cerita Kejora dan Bintang)





Berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu


aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu

Sabtu, 2 April 2011

Selamat Pagi Semua

Good Morning
Salam......selamat pagi pada yang singgah kat blog ni pagi-pagi lagi...Hari ni rasa seronok sangat bila hari cuti..anak-anak dan suami ada kat rumah..riuh rendah jadinya abang usik adik..adik usik abang ..macam-macamlah..pastu kedengaranlah suara tangisan..lumrahkan kalau dah ada anak-anak ni..rumah pastinya takkan sunyi..
: )


Jumaat, 1 April 2011

Layan lagu...THR Gegar Pantai Tmur memang best...

Cute cats
Hari nie dari pagi lagi duk layan lagu kat THR Gegar pantai Timur..Maklumlah selama ni hari bekerja tak sempat nak layan..kalau hari minggu lak jangan harap berpeluang nak dengar pasti berebut dengan anak nak tengok rancangan kegemaran mereka..
Lagu-lagu yang diputarkan hari nie semua best-best belaka..Seakan aku masih berada di alam remaja..apatah lagi ada lagu pilihan dari pendengar yang memang tangkap syahdu..
Memang layan habislah...apa lagi memori -memori lama datang silih berganti..ada lagu tu terkadang saat ni jua aku nak terbang dapatkan seseorang untuk lepaskan rindu..Ada juga lagu yang mengundang kesedihan..Boleh dikatakan pelbagai rasalah..masam manis semua ada...Sesungguhnya gamitan rindu pada kg halaman tercinta kembali menyapa...

Khamis, 31 Mac 2011

Baby Azib Hari Ke-18

Cute Baby 
Hari ni umur Azib dah 18 hari..selagi dapat dirakamkan gambar baby Azib akan kurakamnya setiap hari sebagai kenangan di suatu masa nanti..

Senyum tawamu menjadi diari mimpiku....

Kita tak sekat le...


Hello 
Dengan rasa rendah  hati kita dah buka sekatan FB..Biasalah kan musim angin kuat orangpun sesekali ada angin yang tak boleh dijangka..
Hihi...: ) 
Apapun tq ekk kerana sangat prihatin pada perjalanan dan liku-liku hidup Anak Pantai...
Sayang u all..


Terma Kasih atas kunjungan....

Hi! 
Tak sangka kawan saya yang telah lama sepi berkunjung kat blog saya ni..Ingatkan dia dah lupa pada kawan dia nie...
Yelah lama dah terpisah ...terjumpa juga blog saya nie...oklah sekurang-kurangnya masih ada juga ingatan pada seorang teman..
(Tertiba teringat pada lagu Teman Sejati.nyanyian Brothers)

Kawan Baik Saya Akan Pergi....

Be Happy
Hari nie..hari terakhir kawan baik saya Cikgu Hassan berada kat SMK Demak Baru...Kerana beliau ditugaskan memegang jawatan Penolong Pengarah untuk pemulihan di jabatan.
Tahniah Cikgu Hassan ...walau dalam hati berat nak lepaskan kitak..
Hai nampaknya sikda orang lagi untuk kamek bergurau senda...kitaklah orang yang sentiasa faham dengan sikap kamek..Kelak bila kamek turun ke sekolah agik pasti kamek terasa sayu nya..
Harap kamek ,kitak sik lupak dengan kamek orang ...iboh lawa deh..
Rupanya kitak duluk yang pergi..kelak kamek juak akan menyusur pergi cuma masa dan keadaan sahaja yang menentukan..
Simpan kenangan kita yang sama-sama berjuang untuk pelajar istimewa..Kamek nyusun sepuluh jari hanya dari kejauhan munnya kamek towk ada buat salah silap kat kitak..Kitak tauk nak..kamek selalu nyakat kitak..Lepas towk sikda kawan yang nak temankan kamek balik akhir..kerana sebelum nie kita duak yang selalu pulang akhir sebab kita guru-guru yang sayang kat sekolah..Sikda lagi orang yang nak makan kat kedai PPKI tu...
Apapun kamek bangga dengan kitak..Semoga berjaya di alam baru pekerjaan..Munnya kitak da masalah jangan lupa kamek dan sidak lain di PPKI Demak Baru...Datanglah kamek orang sedia membantu..
Good Luck 
Dengan rasa sayu di hati ..kamek ucapkan Selamat Maju Jaya...Tahniah kerana dapat APC tahun ni ..kalau boleh tak mahu kitak ucapkan....
Good Bye...
Tapikan apakan daya..pertemuan akan ada perpisahannya..Sememangnya semua orang tak suka akan perpisahan...
Thank you 
Terima kasih atas persahabatan antara kita...kini akan tinggal menjadi memori..

Mak Sesak Nafas lagi..

Get Well Soon Graphic #15
Pukul 2.00 pagi  terdengar ketukan pintu bilik..Bila dibuka kelihatan air muka Sa yang cemas bagitau mak sesak nafas lagi..dari siang lagi mak dah tak sihat..Asyik muntah-muntah je..Rupanya malam nie buat mak sesak nafas..
Mak..cepatlah sembuh..saya risaukan mak..Dahlah kita jauh merentasi lautan dengan insan-insan yang kita sayang...kalau mak sakit macamana nak jaga mak..
Lega apabila diurut suami mak dapat bercakap balik..Jauh disudut hati rasa bersalah dengan mak..biarkan mak masak untuk saya,buat kerja merumput kat halaman tu..layan cucu mak yang nakal-nakal tu..macam-macam mak buat...itulah jiwa seorang ibu sanggup bersusah payah kerana anak-anak..sesungguhnya saya sayang mak...

Rabu, 30 Mac 2011

Hari Ke-17(Baby Azib)

Hari yang ke-17 Muhammad Azib dilahirkan..Sudah boleh tersenyum apabila diagah...Nasib baik hari nie dia tak buat perangai macam semalam..cuma tengahari tadi je meragam tak nak tidur..

Andai kau tahu

Red Rose 
Petang semalam nada suaranya seakan ada yang tidak puas hati...sms tengahari kuterima dari dia..kenapa blokkan facebooknya..rupanya dia baru perasan facebooknya telah beberapa hari kublokkan..
kubalas mesejnya dengan selamba..Rupanya itu yang buat dia terkilan..hakikatnya aku lebih dahulu terkilan dengan apa yang berlaku ..dia mahu aku bukakan balik sekatan yang aku buat..Memanglah kalau ikut buat apalah aku nak sekatkan facebooknya tu..Langsung tak masuk akal.Bukan ada apa-apapun..Tapi tulah ..bila aku terasa je..mulalah buat tinadakan yang bukan-bukan..Tapi disatu pihak lagi saya ada sebab mengapa saya lakukan ini..Bukan saya tidak setuju dengan apa yang dirungutkan .Memang rungutannya betul jangan menghukum orang jika tanpa memberi apa-apa sebab.
Cuma cukuplah saya terasa hati dengan tindakannya..walaupun bagi orang lain itu satu perkara yang remeh tetapi tidak untuk saya...


Amy

  
Kakak Aimy kerja dia menyakat Azib..semalam habis sarung tangan tangan dan kaki Azib ditanggalkannya..bila aku sarung balik kejap lagi hilanglah dari tangan Azib dikerjakan Aimy.Kalau sebelum nie Adamlah yang suka kebas susu Aimy tapi sekarang ni Aimy pulak yang kebas susu Azib..
Bersalin kali nie sedikit mencabar...baru je nak rehat dan baringkan badan..adalah kedengaran suara Aimy memberi salam dan ketuk pintu.Lambat dibuka meraunglah dia. Bila buka pulak siaplah baby Azib  kena buli..Di sayang Azib dalam satu masa dia tekan kepala baby..Angkat tangan baby..nak cucuk mata Azib.. cubit tangan Azib.Mulalah aku tak duduk diam...membebel kat Aimy..tapi manalah budak tu nak faham sangat baru umur 2 tahun..Mulut Aimy pulak macam bertih jagung..Tapi satu yang prihatinnya Aimy bila lihat orang lain sakit..dialah yang terlebih dahulu mencari ubat untuk disapu..Begitu juga kalau dia sendiri yang sakit mesti mencari ubat dulu...seolah Aimy dan ubat tak dapat dipisahkan... 
Semalam happynya Aimy dapat hadiah baju dan kasut daripada seseorang..Dipakainya terus kasut tu walaupun longgar sebab saiznya besar sedikit..baju tak sempat dipakai sebab aku suruh Sa simpan ditempat yang tinggi kalau tidak dengan baju sekali ingin dpakainya..Sekarang aimy dah mula nak bergaya...Nak ikut mak dia k...(Oh tidak)bila di make up kan oleh Acik dan Sa memang suka sangat cuma aku tak mengalakkan ...Baju tidur dan harian dia ,Aimy sendiri yang pilih..kalau orang lain yang pilih siaplah dia mengamuk...
Sikap Aimy bila aku marah kat dia..pasti dia akan cuba pujuk aku dengan buat macam -macam atau dengan kata-kata yang akan buat aku tak jadi marah dengan Aimy...sikap suka memujuk dia tu sama je dengan sikap ayah dia ..

Hari ke-16-Azib mula buat perangai

Hari ke -16 baby Azib 

Eh,,,baby Azib dah mula menunjukkan taringnyalah.Selama 15 hari sebelum nie begitu susah nak mendengar Azib menangis..Kalau sekali menangis lintang pukang kakak dan abang lari mendapatkan Azib..begitu mahalnya suara Azib menyebabkan mereka tertunggu-tunggu bila Azib nak menangis. Begitu juga ayah Azib sengaja membiarkan Azib menangis baru diangkatnya..
Tapi semalam Azib dah berubah...Mungkin selepas tanggal tali pusat baru nak tunjuk belang dia kut.Tali pusat Azib tertanggal ketika usa Azib 13 hari.Terlewat jika dibandingkan daripada kakak dan abangnya.
Semalam azib tak mahu tidur..dari pukul 3.00 petang berjaga sampai pukul 6.00 lebih..tak tahu apa yang difikirkan.Kecik hati pada seseorang kut.Mungkin juga. Lagi satu dia dah pandai nak suruh orang dukung..bila dukung tidur dengan lena ...bila letak terus menangis..Minyak Yuyipun dah sapu bimbang Azib sakit perut..Tapi tulah gatal sangat mulut cakap depan Azib susah nak menangis..Nasib baik malam tadi Azib mash tidur dengan lenanya..

Selasa, 29 Mac 2011

Tak Faham...

Be my friend 
Tiba-tiba ada....kenapa dia datang balik..tak faham ke bahasa saya nie...
Atau sengaja dia buat tak faham..
Sesuka hati dia je ...
Sememangnya ku akui terkadang kawan sejati memang macam tulah sentiasa ada walau marah aku nie seperti gunung berapi tetapi  dia tidak ikut menjadi gunung berapi tetapi menjadi air terjun yang menyejukkan..
Aku takut kehilangan kawan sejati

Isnin, 28 Mac 2011

Aimy dan Azib

 Kakak Aimy dengan Baby Azib

 Baby Azib hari ke-11

 Baby Azib hari ke-12
 Baby Azib hari ke-13
 Baby Azib hari ke14

 Baby Azib hari ke 15

Petang yang membosankan

Good Evening... 
Petang ini cukup terasa bosannya..
Apa yang kubuat serba tak kena..
:(
Mengadap laptop pun rasa tak memberi erti...
Kenapa ekk....
Rasanya hatiku ada jawapannya..
Kalau kat kg masa nie...pasti kaki melangkah ke pantai..melihat desiran ombak memukul pantai datang dan pergi..Terasa nyaman pipi dengan sejuknya hembusan bayu..dan kaki mula menyusuri gigian air sambil mata tak jemu melihat indahnya lautan yang terbentang luas..
Saat itu terus keresahan,keserabutan hilang diganti dengan ketenangan..kerana keresahan 
itu kubuang bersama buih-buih ombak pergi jauh dan jauh..