Hari ke -16 baby Azib
Eh,,,baby Azib dah mula menunjukkan taringnyalah.Selama 15 hari sebelum nie begitu susah nak mendengar Azib menangis..Kalau sekali menangis lintang pukang kakak dan abang lari mendapatkan Azib..begitu mahalnya suara Azib menyebabkan mereka tertunggu-tunggu bila Azib nak menangis. Begitu juga ayah Azib sengaja membiarkan Azib menangis baru diangkatnya..
Tapi semalam Azib dah berubah...Mungkin selepas tanggal tali pusat baru nak tunjuk belang dia kut.Tali pusat Azib tertanggal ketika usa Azib 13 hari.Terlewat jika dibandingkan daripada kakak dan abangnya.
Semalam azib tak mahu tidur..dari pukul 3.00 petang berjaga sampai pukul 6.00 lebih..tak tahu apa yang difikirkan.Kecik hati pada seseorang kut.Mungkin juga. Lagi satu dia dah pandai nak suruh orang dukung..bila dukung tidur dengan lena ...bila letak terus menangis..Minyak Yuyipun dah sapu bimbang Azib sakit perut..Tapi tulah gatal sangat mulut cakap depan Azib susah nak menangis..Nasib baik malam tadi Azib mash tidur dengan lenanya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!