Pukul 2.00 pagi terdengar ketukan pintu bilik..Bila dibuka kelihatan air muka Sa yang cemas bagitau mak sesak nafas lagi..dari siang lagi mak dah tak sihat..Asyik muntah-muntah je..Rupanya malam nie buat mak sesak nafas..
Mak..cepatlah sembuh..saya risaukan mak..Dahlah kita jauh merentasi lautan dengan insan-insan yang kita sayang...kalau mak sakit macamana nak jaga mak..
Lega apabila diurut suami mak dapat bercakap balik..Jauh disudut hati rasa bersalah dengan mak..biarkan mak masak untuk saya,buat kerja merumput kat halaman tu..layan cucu mak yang nakal-nakal tu..macam-macam mak buat...itulah jiwa seorang ibu sanggup bersusah payah kerana anak-anak..sesungguhnya saya sayang mak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!