Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 31 Mac 2011

Mak Sesak Nafas lagi..

Get Well Soon Graphic #15
Pukul 2.00 pagi  terdengar ketukan pintu bilik..Bila dibuka kelihatan air muka Sa yang cemas bagitau mak sesak nafas lagi..dari siang lagi mak dah tak sihat..Asyik muntah-muntah je..Rupanya malam nie buat mak sesak nafas..
Mak..cepatlah sembuh..saya risaukan mak..Dahlah kita jauh merentasi lautan dengan insan-insan yang kita sayang...kalau mak sakit macamana nak jaga mak..
Lega apabila diurut suami mak dapat bercakap balik..Jauh disudut hati rasa bersalah dengan mak..biarkan mak masak untuk saya,buat kerja merumput kat halaman tu..layan cucu mak yang nakal-nakal tu..macam-macam mak buat...itulah jiwa seorang ibu sanggup bersusah payah kerana anak-anak..sesungguhnya saya sayang mak...

Rabu, 30 Mac 2011

Hari Ke-17(Baby Azib)

Hari yang ke-17 Muhammad Azib dilahirkan..Sudah boleh tersenyum apabila diagah...Nasib baik hari nie dia tak buat perangai macam semalam..cuma tengahari tadi je meragam tak nak tidur..

Andai kau tahu

Red Rose 
Petang semalam nada suaranya seakan ada yang tidak puas hati...sms tengahari kuterima dari dia..kenapa blokkan facebooknya..rupanya dia baru perasan facebooknya telah beberapa hari kublokkan..
kubalas mesejnya dengan selamba..Rupanya itu yang buat dia terkilan..hakikatnya aku lebih dahulu terkilan dengan apa yang berlaku ..dia mahu aku bukakan balik sekatan yang aku buat..Memanglah kalau ikut buat apalah aku nak sekatkan facebooknya tu..Langsung tak masuk akal.Bukan ada apa-apapun..Tapi tulah ..bila aku terasa je..mulalah buat tinadakan yang bukan-bukan..Tapi disatu pihak lagi saya ada sebab mengapa saya lakukan ini..Bukan saya tidak setuju dengan apa yang dirungutkan .Memang rungutannya betul jangan menghukum orang jika tanpa memberi apa-apa sebab.
Cuma cukuplah saya terasa hati dengan tindakannya..walaupun bagi orang lain itu satu perkara yang remeh tetapi tidak untuk saya...


Amy

  
Kakak Aimy kerja dia menyakat Azib..semalam habis sarung tangan tangan dan kaki Azib ditanggalkannya..bila aku sarung balik kejap lagi hilanglah dari tangan Azib dikerjakan Aimy.Kalau sebelum nie Adamlah yang suka kebas susu Aimy tapi sekarang ni Aimy pulak yang kebas susu Azib..
Bersalin kali nie sedikit mencabar...baru je nak rehat dan baringkan badan..adalah kedengaran suara Aimy memberi salam dan ketuk pintu.Lambat dibuka meraunglah dia. Bila buka pulak siaplah baby Azib  kena buli..Di sayang Azib dalam satu masa dia tekan kepala baby..Angkat tangan baby..nak cucuk mata Azib.. cubit tangan Azib.Mulalah aku tak duduk diam...membebel kat Aimy..tapi manalah budak tu nak faham sangat baru umur 2 tahun..Mulut Aimy pulak macam bertih jagung..Tapi satu yang prihatinnya Aimy bila lihat orang lain sakit..dialah yang terlebih dahulu mencari ubat untuk disapu..Begitu juga kalau dia sendiri yang sakit mesti mencari ubat dulu...seolah Aimy dan ubat tak dapat dipisahkan... 
Semalam happynya Aimy dapat hadiah baju dan kasut daripada seseorang..Dipakainya terus kasut tu walaupun longgar sebab saiznya besar sedikit..baju tak sempat dipakai sebab aku suruh Sa simpan ditempat yang tinggi kalau tidak dengan baju sekali ingin dpakainya..Sekarang aimy dah mula nak bergaya...Nak ikut mak dia k...(Oh tidak)bila di make up kan oleh Acik dan Sa memang suka sangat cuma aku tak mengalakkan ...Baju tidur dan harian dia ,Aimy sendiri yang pilih..kalau orang lain yang pilih siaplah dia mengamuk...
Sikap Aimy bila aku marah kat dia..pasti dia akan cuba pujuk aku dengan buat macam -macam atau dengan kata-kata yang akan buat aku tak jadi marah dengan Aimy...sikap suka memujuk dia tu sama je dengan sikap ayah dia ..

Hari ke-16-Azib mula buat perangai

Hari ke -16 baby Azib 

Eh,,,baby Azib dah mula menunjukkan taringnyalah.Selama 15 hari sebelum nie begitu susah nak mendengar Azib menangis..Kalau sekali menangis lintang pukang kakak dan abang lari mendapatkan Azib..begitu mahalnya suara Azib menyebabkan mereka tertunggu-tunggu bila Azib nak menangis. Begitu juga ayah Azib sengaja membiarkan Azib menangis baru diangkatnya..
Tapi semalam Azib dah berubah...Mungkin selepas tanggal tali pusat baru nak tunjuk belang dia kut.Tali pusat Azib tertanggal ketika usa Azib 13 hari.Terlewat jika dibandingkan daripada kakak dan abangnya.
Semalam azib tak mahu tidur..dari pukul 3.00 petang berjaga sampai pukul 6.00 lebih..tak tahu apa yang difikirkan.Kecik hati pada seseorang kut.Mungkin juga. Lagi satu dia dah pandai nak suruh orang dukung..bila dukung tidur dengan lena ...bila letak terus menangis..Minyak Yuyipun dah sapu bimbang Azib sakit perut..Tapi tulah gatal sangat mulut cakap depan Azib susah nak menangis..Nasib baik malam tadi Azib mash tidur dengan lenanya..

Selasa, 29 Mac 2011

Tak Faham...

Be my friend 
Tiba-tiba ada....kenapa dia datang balik..tak faham ke bahasa saya nie...
Atau sengaja dia buat tak faham..
Sesuka hati dia je ...
Sememangnya ku akui terkadang kawan sejati memang macam tulah sentiasa ada walau marah aku nie seperti gunung berapi tetapi  dia tidak ikut menjadi gunung berapi tetapi menjadi air terjun yang menyejukkan..
Aku takut kehilangan kawan sejati

Isnin, 28 Mac 2011

Aimy dan Azib

 Kakak Aimy dengan Baby Azib

 Baby Azib hari ke-11

 Baby Azib hari ke-12
 Baby Azib hari ke-13
 Baby Azib hari ke14

 Baby Azib hari ke 15

Petang yang membosankan

Good Evening... 
Petang ini cukup terasa bosannya..
Apa yang kubuat serba tak kena..
:(
Mengadap laptop pun rasa tak memberi erti...
Kenapa ekk....
Rasanya hatiku ada jawapannya..
Kalau kat kg masa nie...pasti kaki melangkah ke pantai..melihat desiran ombak memukul pantai datang dan pergi..Terasa nyaman pipi dengan sejuknya hembusan bayu..dan kaki mula menyusuri gigian air sambil mata tak jemu melihat indahnya lautan yang terbentang luas..
Saat itu terus keresahan,keserabutan hilang diganti dengan ketenangan..kerana keresahan 
itu kubuang bersama buih-buih ombak pergi jauh dan jauh..

Dia dah berubah ke..

Sad Angel
Sampai hati dia senyap je....
saya tunggu ...dan tunggu...tapi tiada harapan.
Mungkin dia dah lupakan saya..
Mungkin saya bukan teman yang baik lagi kut..
Keputusan yang saya ambil...biarlah saya yang pergi dari hidup dia..


 

Hari nie Acik Balik Terengganu

goodbye 
Singkatnya masa...cepatnya ianya ia berputar..
Hari nie Acik dah nak balik Terengganu..belum puas lagi bersembang dengan Acik..
pasti yang lebih terasa Adamlah..orang yang pernah menjaganya dari baby lagi..nampak sungguh kemanjaaannya dikala Acik ada..
Apapun Acik..terima kasih kerana membantu..semoga ada lagi pertemuan kita selepas nie..
Pastinya kami akan merinduimu..

Sabtu, 26 Mac 2011

Lahir Dari Hati

For Someone Special! 
 Sesekali ingatan melayang pada kg halaman yang telah lama ditinggalkan..pun begitu memori-memori silam tak pernah luput diingatan..Diketika petang yang damai ini pastinya hati makin sayu mengenang insan-insan yang lama tak bersua muka...Pada keluarga,pada sanak saudara jua pada teman-teman yang masing-masing ada cerita yang tercipta antara kita.
aduhai...sesekali hati begitu tenang dan damai berpenghuni di Bumi Kenyalang nie..Melihat indahnya Gunung Kenyalang yang berdiri megah ,menenangkan hati yang terusik...mengubat hati pada indahnya hamparan ombak dan pantai Batu Rakit yang tidak dijejaki...
Dua tiga hari ni fikiran mula menerawang memikirkan saat-saat perpisahan andainya benar terjadi nanti...Terus terang hati sudah begitu sayang dengan Bumi Kenyalang ni..Beratnya rasa hati untuk melangkah pergi...Banyak kenangan aku kat sini yang tak termampu aku ungkapkan...Tapi siapa kita yang dapat melawan ketentuan takdir .






Khamis, 24 Mac 2011

Thank You

A Special Thanks... 
Terima kasih kerana sentiasa memahami hati ini..Terima kasih kerana  sentiasa ada walaupun terkadang hatimu terluka ...
kerana kutak mampu hidup tanpa dirimu.. 

Rabu, 23 Mac 2011

Alhamdulillah Kuning Azib dah menurun..

 Baby Azib bersama kakak Aimy(Hari ke-10)

Hari ni hari kesepuluh umur Azib..Apa yang melegakan aku melihat paras kuning Azib rasanya sedikit menurun.Syukur pada Allah yang mengaburi permintaan hambanya.Semoga esok hari paras kuningnya semakin menurun..

Happy Birthday Mizie..

Birthday
I Miss U Brother 
Hari ni hari jadi abang aku Mizie...Di kesempatan ini,adikmu ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiranmu..Semoga hidupmu sentiasa ceria selalu(aku tau kau selalu ceria abangku)..Dipanjangkan umur dimurahkan rezeki..Bahagia dengan keluargamu..Dan kau tak pernah melupakan aku adikmu...yang terkadangkala tidak sebulu..Hihihi.. Walau apapun yang ada pada mu..engkaulah satu-satunya abang kandung yang aku ada..Justeru aku terpaksa menyayangimu walaupun ku tahu ...kau jarang sayang kat adik-adikmu kan...
Apapun Sekali lagi ku ucapkan SELAMAT HARI JADI BUATMU ABANGKU MIZIE....

RINDU

Missing You
Rinduku...ini...tidak terkata walau dibanding seluas lautan...
I miss you
 Dan..rinduku ini hanya dirimu yang mengerti.....


Miss U
Kesunyian dan kesepian 
kesedihan dan kesayuan
Sentiasa menghantui...