Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 15 Februari 2011

Rakaman Rangkuman Aktiviti PPKI Sepanjang Minggu Lepas


Pink Roses 
Sepanjang minggu lepas banyak aktiviti yang berlaku pada minggu lepas.Cuma hanya ini yang sempat terakam.
 Kelab Keusahawanan PPKI melakukan aktiviti membungkus sebelum aktiviti jualan..Sekarang ni semakin seronok bila bertambah maju.
 Ditemani oleh Cikgu Khatijah dan PPM Nillip
 Aktivit PPKIi membaca surah Yassin setiap pagi khamis di surau


 Peti ais yang baru dibeli sumbangan suami tersayang.Sememangnya tak dapat dinafikan sokongan suami yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan program ni..
 Aktiviti membuat mini popia
 Lepas buat terpaksalah gorengkan...

Isnin, 14 Februari 2011

Semoga Hari ini Menceriakan

Monday Graphic #10 
Lenanya tidur malam tadi...Sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 4.50 pagi..Frust sikit sebab rancangan untuk berjaga awal tak kesampaian..Sehari nampaknya dah rugi...Harap malam ini masih ada..
Ismn ada beberapa perkara yang akan berlaku...Antaranya hari ini aku pasti akan mengadap mak bapak budak..Kalau kena gaya sah-sah pelajar tu kena gantung 2 Minggu..Degil sangat siapa suruh cabar peraturan sekolah..Kesannya bukan pelajar tu je.Akupun terkesan sama..bertambah bebanan kerja .Bil hp pun apa kurangnya melambung..
Hari nie rumah pasti akan meriah...Tengahari nanti sampailah Pok Joe dan Sa ke Kuching...Anak-anak memang tak sabar menunggu kehadiran mereka.
Hari nie juga ada yang membuat aku tersendu..Pastinya..kerana beberapa hari nie semangat je sebab ada insan yang menemani..Tapi hari nie tak lagi...Dia akan pergi...SUKUN pasti akan sentiasa segar di hati..
Red Rose
Kalau boleh biarlah hari nie lambat beredar kerana esok hari...insan tersayang akan ke Kuala Lumpur..2 minggu tu...Aduh kelam kabutlah aku nanti..
Apapun...semoga permulaaan hari ini menceriakan diriku...Takut pun ada sebab mata kanan asyik bergerak je ni..

-Anak Pantai-      

Ahad, 13 Februari 2011

Selamat Malam...

8.gif
yellow rose
 Selamat malam pada pengunjung blog Memori Seorang Guru..Semoga apa yang dicari akan kalian perolehi..Kepada teman yang bekerja pada malam ini semoga malam yang sunyi ini menceriakan malam -malam kalian..Kata orang "sepi itu indah"kan...
Good Night 
Hajat hati ingin menemani kalian tapi keadaan diri yang tidak mengizinkan...
Pada teman yang sentiasa berkunjung ke teratak blog ni.. 
pic13.jpgkerana kehadiran anda menceriakan suasana blog ini..Begitu juga kepada teman yang menjadi rakan berkongsi cerita..jutaan terima kasih...
rt5.gif
 

Teruskan perjuangan


Red Rose 
Antara rela,"paksa rela dan terpaksa,rasanya diriku lebih gemar memilih rela.Saya tidak tahu bagaimana anda semua.Memulakan sesuatu atas kerelaan  banyak bezanyadengan paksa rela jauh sekali dalam keadaan terpaksa.Berbuat sesuatu dengan hati yang penuh rela akan meletakkan kita dalam situasi yang Aman ,Tenang dan Mengasyikkan seterusnya menjadikan kita seorang yang bersemangat dalam diri.
Selagi kita hidup selagi itulah kita berjuang untuk menjadi yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya semoga ianya menjadi kenangan manis untuk kita suatu hari nanti apabila apa yang kita lakukan
dihargai..
-Anak Pantai-

Sesekali

flowers 
 Sesekali....
Hati mengamit rindu...
Pada dia yang aku sayangi...
Terasa detik waktu begitu lambat berputar
Sesekali....
Pabila benci bertamu di hati
Pada dia yang aku sayangi...
Terasa detik itu jua 
Kaki ini ingin melangkah pergi...
Meninggalkan dirinya...
Biar hanya tinggal memori..
Sesekali
Pabila sepi menghuni hati
Begitu terasa ketiadaannya...
Sayu hati hanya Tuhan yang mengetahui...
Mengharapkan kau kembali
Menghiasi hari-hari...
Perjalanan hidup ini.

Lovers
-Anak Pantai-



Khamis, 10 Februari 2011

Selamat Ulangtahun Ke-2 Aimy

 Buat Aimy sayang...selamat ulangtahun kelahiran yang kedua.Mak,ayah,kakak Alya,Abang Alif,Abang Adam semua sayang Aimy.mendoakan Aimy sentiasa sihat,ceria menghiburkan kami dengan telatah lucu Aimy..Semoga Aimy menjadi anak yang solehah,cemerlang di dunia dan akhirat...

Tunggu hadiah akan ada untuk Aimy tau..
Antaranya paling istimewa suntikan buat Aimy
Hadiah kedua kedatangan Pok Joe dan Kak Sa untuk jaga Aimy 
Hadiah ketiga dari kakak, dan abang Aimy
Hadiah keempat...daripada Mak dan ayah...?????? apa nak bagiu Aimy ni



Rabu, 9 Februari 2011

Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK Demak Baru 2011

Rose








Minta perhatian: bagi memastikan kelancaran majlis kita pada hari ini,saya memohon agar para pelajar memberikan tumpuan pada majlis yang akan dijalankan sebentar lagi. Terima kasih.

DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERUSAHA EN RAMBLI HJ HASBI ,PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DEMAK BARU KE DEWAN.

MURID-MURID DAN GURU DI MINTA BERDIRI.

ALU-ALUAN

 Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...WBT.
Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan  dengan kesyukuran yang amat tinggi..


Yang Berusaha Encik Rambli bin Hj Hasbi
Pengetua SMK Demak Baru ,Kuching

Yang Dihormati Pn Misia Hj Zain
Penolong Kanan Pentadbiran

En Razalie Badar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Selamat Masuni
Penolong Kanan Kokurikulum

En Jamal shukuri Bolhassan
Penolong Kanan PPKI

En Bolhari Bojeng
Wakil PIBGj

Ketua-ketua bidang,guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.



Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan  Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W bertemakan I Malaysia 1 Ummah, yang dianjurkan oleh Paniatia Pendidikan Islam SMK Demak Baru.

BACAAN DOA

MENANDAH TANGAN POHON PERKENAN
AGAR MAJLIS BERJALAN LANCAR
AL-FATIHAH KITA LAFAZKAN,
APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini,majlis dengan segala hormatnya ,mempersilakan al-Fadhil Ustaz Badrul Hisyam bin Majid untuk menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Amin ,Ya Rabb al-Alamin.Semoga majlis mendapat keberkatan Robbul izzati.

UCAPAN ALU-ALUAN KETUA BIDANG

Hadirin sekalian,majlis menjemput ustazah Raesah binti Akeng, Ketua Bidang Kemanusiaan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

NUN DI SANA INDAHNYA KOTA
KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA
INDAH SUNGGUH BICARA KATA
MOGA JADI IKTIBAR PADA SEMUA

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Raesah binti Akeng di atas ucapan yang telah disampaikan.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada En Bolhari bin Bojeng,selaku wakil PIBG SMK Demak Baru.Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En Bolhari Bojeng atas ucapan itu tadi.

UCAPAN PERASMIAN

BUAH LANGSAT DI TEPI BUSUT
MARI DIMUAT DI ATAS PETI
BESAR HAJAT KAMI MENJEMPUT
BESAR NIAT DI DALAM HATI

Tibalah masa yang dinantikan.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En Rambli bin Hj Hasbi,untuk menyampaikan ucapan.
Dengan penuh hormat dan takzim,majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan .sebagai simbolik majlis maulidur rasul pada pagi ini dipersilakan Tn pengetua diiringi oleh penolong-penolong kanan,wakil PIBG bagi acara memotong pulut kuning(gimik di atas pentas/tayangan audio visual)....satu tepukan untuk kita semua.

Sekali lagi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Pengetua atas perasmian itu tadi.


BACAAN AI -QURAN

Hadirin sekalian
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ayat suci al-quran yang akan disampaikan oleh adik Qamarul Izzat dan ditafsirkan oleh adik Zulhelmi Majeni. Majlis mempersilakan.


 Terima kasih diucapkan kepada Qari dan penterjemah atas bacaan ayat suci al-quran itu tadi.

BACAAN BERZANJI/MARHABAN

Bagi meneruskan majlis ,dengan ini dipersilakan Badan Pengawas untuk menyampaikan bacaan berzanji,diikuti marhaban dan selawat. Untuk itu ,di minta para hadirin agar dapat berselawat bersama-sama.Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada barisan Badan pengawas atas persembahan itu tadi.

PERSEMBAHAN NASYID

Persembahan pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput kumpulan nasyid daripada pelajar Pendidikan Khas dengan lagunya yang bertajuk Ya Rasulullah.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pelajar Pendidikan Khas atas persembahan itu tadi.

Para guru dan pelajar sekalian.

Seterusnya tibalah masa ke acara penyampaian hadiah dan Anugerah Maulidur Rasul.Pihak majlis mempersilakan En Rambli Hj Hasbi diiringi oleh penolong-penolong kanan ke pentas bagi menyempurnakan upacara.Dipersilakan..


HADIAH PERTANDINGAN BANNER

Tempat ketiga...................................................
Tempat kedua...................................................
Johan.................................................................

Untuk pengetahuan markah diberikan berdasarkan kreativiti dan kekemasan.Tahniah diucapkan kepada persatuan/kelab.............................................


HADIAH BERCERITA KISAH NABI
Dipersilakan tempat ketiga di menangi oleh adik...............................................dari tingkatan....................
Seterusnya tempat kedua dimenangi oleh...........................................dari tingkatan...................................
dan Johan pertandingan bercerita kisah nabi diberikan kepada adik....................................dari tingkatan.........................

Tahniah diucapkan.

HADIAH BACAAN SAJAK/PUISI
Dipersilakan tempat ketiga bagi pertandingan bacaan sajak/puisi dimenangi oleh..........................................dari tingkatan.....................................
Naib Johan........................................................dari tingkatan........................................................
dan Johan........................................................................dari tingkatan............................................


Seterusnya kita beralih ke Anugerah yang dinanti-nantikan iaitu Anugerah maulidur Rasul 2001.Penerima akan menerima sijil,piala dan wang tunai sebanyak RM150 sumbangan PIBG.Anugerah pada tahun ini diberikan kepada Adik...............................................................atas sumbangan dan khidmat bakti beliau yang tidak berbelah bagi terhadap sekolah.

Dipersilakan Adik.............................................untuk menerima anugerah..

Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua kerana sudi menyampaikan hadiah dan anugerah pada pagi ini.Tahniah sekali lagi diucapkan kepada penerima hadiah dan anugerah.Semoga ianya menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar yang lain.

NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU
Dengan berakhirnya penyampaian hadiah dan anugerah itu tadi,maka berakhir maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.


MAJLIS BERAKHIR PENUH INAYAH
MENJADI KEBANGGAAN ANUGERAH DI NOBAT
SEMOGA YAKIN TERUS ISTIQAMAH
SEMANGAT KENTAL MENJADI AZIMAT.


INDAH TERUKIR CIPTAAN SENI
LEMBUT BAGAIKAN SENTUHAN BAYU
JARI SEPULUH DISUSUN KINI
ANDAINYA ADA KATA TERLALU.


sebelum kita bersurai,marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Ibu pertiwiku.

SEkian ,Terima kasih daun keladi tahun hadapan kita sambut lagi..
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT.

Selasa, 8 Februari 2011

KERTAS KERJA PROGRAM FERTIGASI PPKI SMK DEMAK BARU






KERTAS CADANGAN
Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Fertigasi
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Demak Baru 2010
 

Disediakan Oleh :
Muhammad Safwan Bin Alias
SMK Demak Baru, Kuching, Sarawak

1.       TAJUK             

Kertas Cadangan Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Fertigasi Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Demak Baru 2011.


2.       MATLAMAT
         
Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang penanaman sayuran dan pokok menggunakan kaedah Fetirgasi.


3.       OBJEKTIF
         
i.           Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar pelajar boleh mengusahakan pertanian menggunakan kaedah ini sebagai mata pencarian mereka kelak.
ii.         Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman bertani secara moden.
iii.       Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan pertanian.
iv.       Membekalkan produk jualan untuk Program Keusahawanan (Gigih) PPKI SMK Demak baru.
v.         Menambahkan lagi dana tabung PPKI SMK Demak Baru dengan penjualan hasil dari pertanian ini.


4.       LATAR BELAKANG       

Kajian yang dijalankan oleh Heward (2000) mendapati bahawa 50% - 70% OKU tidak mempunyai pekerjaan dan menerima pendapatan yang minima. Matlamat utama program pendidikan khas untuk golongan istimewa bertujuan mengajar kemahiran yang membolehkan pelajar bersedia sebelum tamat alam persekolahan kepada kehidupan dalam komuniti. Kejayaan dalam hidup banyak dipengaruhi oleh kualiti pendidikan dan latihan yang diterima. (Groupil, Tasse, Garcimdore, 2002).

          Di Malaysia pendidikan untuk OKU mempunyai kaitan dengan konsep masyarakat penyayang yang bertujuan memberi peluang kepada mereka integrasi dengan ahli masyarakat lain membina sikap positif terhadap warga OKU serta memastikan mereka menerima peluang pekerjaan dan jaminan hidup berkualiti. Kajian Norasmah dan Safani (2004) menguatkan kenyataan apabila terdapat kajian yang mereka lakukan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan ciri-ciri keusahawanan antara pelajar bermasalah penglihatan dengan pelajar normal. Ini menunjukkan bahawa orang kurang upaya juga mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Malahan tahap ciri-ciri keusahawanan orang kurang upaya adalah sama atau hampir sama dengan golongan normal. (Norasmah & Safani, 2004).

          Menyedari kepada keperluan sebenar golongan murid-murid khas ini, PPKI SMK Demak Baru telah mengambil langkah memperkenalkan Projek Mini Penanaman Sayuran Menggunakan Kaedah Fertigasi mulai tahun 2011. Pada pringkat awal, projek ini akan dibimbing oleh Encik Muhammad Safwan Alias serta akan dilaksanakan di tapak pertanian PPKI bersebelahan kawasan pakir motosikal pelajar. Pokok yang akan ditanam adalah pokok cili padi kerana berdasarkan ketahanan pokok dan buah tersebut melawan penyakit. Walaubagaimanapun, jenis tanaman mungkin berubah mengikut kesesuaian dan permintaan pasaran. Hasil tanaman akan diserahkan kepada bahagian keusahawanan yang dibimbing oleh Puan Nozita Mohamed untuk dijual.


5.       PENGENALAN KEPADA SISTEM FERTIGASI

Apa Itu Fertigasi?


Fertigasi, atau dalam bahasa Inggeris "Fertigation", adalah singkatan daripada perkataan "fertilization" (pembajaan) dan "irrigation" (pengairan). Fertigasi adalah satu teknik penanaman dimana tanaman akan diairi larutan baja secara titis beberapa kali sehari mengikut keperluan. Melalui kaedah ini, pemberian nutrien lengkap yang diperlukan oleh zon akar boleh dikawal mengikut keperluan tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman. Dengan itu, pembaziran sumber dapat dielakkan dan pencemaran alam sekitar dapat dihindarkan.

Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Secara umumnya, semua jenis tanaman tanaman/sayuran boleh ditanam menggunakan kaedah fertigasi, tetapi penanaman tanaman yang bernilai tinggi seperti tomato, cili, timun jepun, terung, melon dan strawberi adalah digalakkan. Dengan menggunakan kaedah fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah.

Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg. Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman. Musim bagi tanaman adalah bergantung mengikut jenis pokok yang ditanam. Kebanyakan tanaman mengambil masa 6 bulan untuk setiap musim sebelum pengeluaran hasil berkurangan dan perlu ditanam dengan pokok baru.


Kelebihan Kaedah Fertigasi
·         Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
·         Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit.
·         Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
·         Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
·         Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
·         Boleh dikendalikan oleh seorang pekerja sahaja
·         Kualiti hasil yang lebih baik.
·         Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.
·         Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai.
·         Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
·         Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
·         Boleh menanam beberapa jenis tanaman sekaligus dengan menggunakan teknik berselang.
·         Pokok tetap terjaga walaupun sekolah sedang bercuti panjang
























6.       KUMPULAN SASARAN 
         
Murid-murid pendidikan khas SMK Demak Baru yang mengambil aliran Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian).  Mereka akan keluar bertani mengikut jadual yang telah ditetapkan


7.       TEMPAT

Tempat yang dipilih adalah kawasan pertanian yang sedia ada bersebelahan pakir motosikal pelajar. Tempat yang dipilih ini sesuai kerana mempunyai tanah yang rata dan sesuai untuk fertigasi.


8.       JAWATANKUASA PROJEK PERTANIAN FERTIGASI

Pengerusi                   : En. Rambli bin Hj. Hasbi
Naib Pengerusi          : En. Jamal Shukuri bin Bolhassan
Setiausaha                 : En. Muhammad Safwan bin Alias
Bendahari                  : Pn. Norzita bte Mohamed
AJK                            : Cik Ruhana bte Bujang
                                      Pn. Chong Fui Fong
                                      Cik Nillip a/k Kevas (PPM)
                                      Pn Norfauziah (PPM)
Ahli                            : Pelajar PPKI SMK Demak Baru
                                                 
9.       KOS PELAKSANAAN

Bil.
Peralatan
Kos (RM)
1.
EC Meter
150
2.
Sisitem Fertigasi:
        - 30 helai Polibeg Putih 16″ x 16″
        - 30 unit mikro tube
        - 30 unit dripper
        - 30 unit joiner
        - 6 unit penyambung polypipe
        - 2 unit end clip
        - 1 unit penebuk mikro tiub
        - 1 unit Pam
        - 1 unit tapak semaian
        - 1 unit racun serangga
        - 1 unit Pengukur Masa Digital (Digital Timer)
        - 1 set Baja Fertigasi A dan B
        - 16mm polypipe (10 meter)
        - Silvershine
        - Media semaian
        - Biji benih
















300
3.
Tong 100 gelen
50
4.
Sabut kelapa/sekam padi
30
5.
Pendawaian elektrik
50
6.
Pam racun
50
7.
Media semaian
20
8.
Lain-lain keperluan
50
Jumlah
700


10.     JADUAL PELAKSANAAN

Bil.
Jangka Masa
Perkara
1.
Januari – Febuari
-       Pengenalan kaedah sistem fertigasi kepada pelajar
-       Penyediaan tapak fertigasi untuk musim pertama
-       Menyemai benih
-       Penjagaan anak benih
2.
Febuari – Mac
-       Menanam anak pokok
-       Meracun dan merawat pokok
-       Memancang tiang sokongan
-       Pendebungaan
-       Mencantas dahan
3.
Mac – Jun
-       Memetik hasil
-       Menjual hasil yang diperolehi
-       Meracun dan merawat pokok
-       Pendebungaan
-       Mencantas dahan
4.
Jun – Julai
-       Mencabut pokok
-       Merawat media
-       Menyemai benih
-       Menyediakan semula tapak untuk musim kedua
-       Perbincangan kesimpulan hasil semusim

Pelajar-pelajar akan melaksanakan projek ini sebanyak dua musim setahun dan mereka akan ke tapak tanaman mengikut jadual yang akan ditentukan kelak secara bergilir-gilir.
         

10.     PENUTUP

Projek mini penanaman pokok menggunakan kaedah fertigasi ini adalah projek yang pertama kali dijalankan di SMK Demak Baru dan seumpamanya di Program Pendidikan Khas Integrasi di Kuching dan ianya dirasakan mampu untuk memberikan impak yang cukup besar di dalam memperkatakan mengenai hala tuju program pendidikan khas itu sendiri.

Melalui koleksi pengalaman tenaga pengajar di PPKI SMK Demak Baru, projek ini diharapkan akan dapat membantu pelajar selepas tamat menempuh alam persekolahan kelak serta dapat memberikan satu definisi yang jelas bukan sahaja kepada para pelajar dan ibu bapa yang terlibat tetapi kapada masyarakat juga secara keseluruhannya. Sokongan daripada pelbagai pihak amat diharapkan di dalam memastikan usaha ini mencapai kejayaan. Terima kasih.


Disediakan oleh,                                                               Disemak oleh,



(MUHAMMAD SAFWAN BIN ALIAS)                     (EN JAMAL SHUKURI BOLHASAN)
Guru PPKI,                                                                       Penyelaras PPKI,
SMK Demak Baru.                                                           SMK Demak Baru.

Rancangan Hal Ehwal Murid PPKI 2011

MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PPKI(BP) SMK DEMAK BARU

Pengenalan:

Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah atau program banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin,sahsiah dan komitmen murid-muridnya. Sehubungan dengan itu, Pengurusan Hal Ehwal Murid PPKI SMK Demak Baru telah menetapkan beberapa matlamat yg perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut adalah:-

1- Mempastikan murid PPKI mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan dikemaskini.

2- Mempastikan semua murid PPKI sentiasa mematuhi peraturan sekolah.

3- Mempastikan murid PPKI mendapat layanan yang adil dan seimbang daripada guru-guru dan pembantu.

4- Memastikan murid PPKI tidak terlibat dengan kegiatan tidak bermoral.

5- Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yag dirancang oleh pihak sekolah.

6- Mempastikan murid PPKI sentiasa menjaga keselamatan diri,keluarga dan harta benda sekolah

7- Mempastikan murid PPKI sentiasa menjaga kesihatan diri dan mementingkan kebersihan diri dan sekitar



DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PPKI (BP) SMK DEMAK BARU

Dasar 1- Tenaga Pengajar

1.1- Semua guru PPKI dan pembantu di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua kepada semua murid khas.

1.2- Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua bentuk dan aspek tindakan dan keputusan yang dibuat.

1.3- Semua guru PPKI dan pembantu perlu melayan semua murid PPKI dengan adil,saksama,bertimbang rasa dan kasih sayang.


Dasar 2- Kemasukan Murid

2.1- Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum dan jantina tanpa mengira kecacatan setelah medapat kelulusan dari
Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri.

2.2- Setiap murid PPKI akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran.

2.3- Setiap murid PPKI akan ditempatkan di kelas berdasarkan prestasi akademik dan tahap mental murid

2.4- Setiap murid dikehendaki hadir pada hari pendaftaran sekolah.


Dasar 3- Disiplin Murid

3.1- Murid PPKI yang selalu melanggar peraturan sekolah akan dihadapkan ke lembaga disiplin sekolah dan juga diberi tempoh bertenang di rumah.

3.2- PPKI akan mengamalkan pendekatan “Nasihat dan Bimbingan” dalam menangani masalah disiplin.

3.3- Ibu bapa atau penjaga akan dipanggil sekiranya anak jagaan mereka banyak melakukan kesalahan.




Dasar 4- Keselamatan Murid

4.1- Keselamatan murid PPKI akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dari jam 7.00 pagi hingga waktu persekolahan.

4.2- Semua murid PPKI akan dilindungi oleh Skim Insuran Takaful.


Dasar 5- Kesihatan Murid

5.1- Sekolah akan memastikan tahap kesihatan murid sentiasa baik melalui program yang dirancang seperti berikut:
5.1.1- Pemeriksaan gigi dan mata
5.1.2- Pemeriksaan kesihatan sekolah
5.1.3- Ceramah dan kempen

5.2- Kebenaran diberikan kepada ibu bapa dan penjaga untuk membawa murid yang sakit mendapatkan rawatan di hospital.

5.3- Murid PPKI yang sakit semasa berada di sekolah akan diberikan rawatan dan penjagaan yang sempurna di bilik rawatan.
Ibu bapa dan penjaga akan dihubungi.

5.4- Pemeriksaan kesihatan seperti rambut,kuku dan sebagainya akan sering dilaksanakan.

Dasar 6- Kebajikan Murid

6.1- Murid yang menghadapi masalah akan sentiasa dibantu melalui jawatankuasa yang dibentuk diperingkat sekolah.

6.2- Pihak sekolah akan sentiasa bermurah hati membuka pintu kepada mana-mana individu ,kumpulan yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan dan sumbangan kepada murid.

6.3- Pihak sekolah tidak akan menghebahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua betuk hebahan terhadap sebarang keburukan Individu murid di kelas PPKI




(Ahli Jawatankuasa HEM PPKI –rujuk lampiran)

PROGRAM / AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2011
PPKI(BP) SMK DEMAK BARU.


1. Pendaftaran Murid PPKI
Pendaftaran dan orientasi murid baru PPKI telah dijalankan sepanjang bulan Nov dan Dec tahun 2010. Orientasi murid dijalankan pada hari pertama persekolahan dengan diberikan pendedahan awal tentang kelas dan kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan suasana persekolahan yang baru.

2. Program Kesihatan
Murid PPKI diberikan rawatan kesihatan seperti rawatan pergigian,suntikan ,dan ceramah oleh pihak kesihatan yang datang ke sekolah.

3. Bantuan Elaun Murid
Pihak PPKI SMK Demak Baru juga mendapat bantuan ,sumbangan daripada pihak luar seperti PIBG, orang perseorangan, dan pelbagai lagi dalam membantu murid-murid PPKI dan program yang dijalankan di PPKI.

4. Gotong –royong
PPKI sentiasa terlibat dalam gotong royong yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Di samping itu juga sering mengadakan gotong royong di peringkat program PPKI seperti di dalam kelas dan kawasan persekitaran PPKI.

5. Pertandingan Kebersihan Kelas
Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun.Pengurusan kelas terbaik akan diberikan anugerah pada Majlis Motivasi dan Kecemerlangan Murid yang diadakan di hotel pada bulan Oktober /November.

6. Sambutan Hari Guru
Sambutan Hari Guru untuk memberi penghargaan kepada guru-guru selain mengajar murid PPKI berterima kasih kepada guru yang mengajar mereka.



7. Sambutan Hari Jadi
Sambutan Hari Jadi murid dilakukan sebanyak tiga kali iatu pada bulan April,Julai dan November.

8. Sambutan Bulan Kemerdekaan
Pihak PPKI turut terlibat dalam Sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah.Selain itu juga PPKI sendiri mengadakan aktiviti kemerdekaan ini dengan mengadakan kempen mengibarkan Jalur Gemilang di dalam kelas dan persekitaran,pertandingan melukis dan mewarna, dan sebagainya.

9. Perhimpunan Bulanan
Perhimpunan untuk semua guru dan murid PPKI diadakan setiap bulan untuk memastikan tahap disiplin murid PPKI terkawal.Perhimpunan dilakukan di hadapan kelas PPKI.

10. Pengemaskinian Data Maklumat Murid
Maklumat murid PPKI sentiasa dikemaskinikan sepanjang tahun dan akan di rekodkan dalam Sistem Maklumat Murid.

11. Program Nilai Murni

Bacaan Yassin diadakan setiap hari Khamis untuk murid yang beragama Islam dan Solat berjemaah setiap hari Isnin yang diketuai oleh Ustaz Badrul Hisyam Bin Majid.


Disediakan oleh:

......................................... ..
(NORZITA MOHAMED)
Setiusaha HEM PPKI(BP)
SMK Demak Baru.

Ahad, 6 Februari 2011

Buat Kalian...

Great Weekend
Pagi minggu yang tenang..sementara menantikan azan Subuh berkumandang,lantas tangan mencapai laptop ,teringin untuk mencoretkan sesuatu sebagai terapi ketenangan untukku setiap hari.Pastinya antara kita mencari ketenangan dengan cara yang tersendiri. Yang pasti ianya membuatkan kita rasa lapang..Sebelum mata terpejam semalam dalam hati telah berazam ada sesuatu yang perlu diri ini lupakan..Memang payah untuk jalani satu tranformasi dalam hidup lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan.Hati seringkali tertanya..kuatkah diri ini untuk hadapi situasi ke arah itu.tapi belum cuba belum tahu kan.Justeru pagi minggu yang damai ini hati ini telah bertekad...Oh ya ,sebelum terlupa...rindu pada keluarga di kampung membara. Semalam Allah menghadiahkan satu mimpi yang indah apabila dapat bertemu dan bermesra bersama kalian terutama mak...
Terlebih dahulu maaf pada diri ini pada insan -insan yang
  membuat kalian terluka..
I'm sorry
 Sememangnya payah untuk dinyatakan..untuk diluahkan kenapa....Tapi percayalah tiada ruang benci yang akan diri ini simpan buat kalian..
HARAPANKU...kalian sentiasa
Be Positive


Take Care
Jaga diri walau di mana kalian berada.
Take care of yourself
Senyumlah walau disaat ianya menyakitkan..Kerana senyum itu pengubat luka.

You can do what you have to do
Berjaya dalam segala bidang yang kalian ceburi...
6.gif 
Jauh di lubuk hati kecil ini amat menghargai kehadiran kalian di sisi..menghiasi hari-hariku.Terima kasih ..terima kasih dan jutaan terima kasih atas segala budi yang telah kalian taburkan...Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
pic21.gif 
Terima kasih atas segala kenangan......
islam10.gif 
Semoga diri kalian sentiasa dirahmati Allah hendaknya...
Yang pastinya.........
Lonely without you, missing you... 
Sunyi tanpa kalian...
Miss You 
Akhirkata....Tiap yang bermula pasti akan berakhir...Yang kini hanya tinggal memori...
Time To Say Good Bye

Child Wishing You Goodbye
Anak Pantai