MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PPKI(BP) SMK DEMAK BARU
Pengenalan:
Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah atau program banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin,sahsiah dan komitmen murid-muridnya. Sehubungan dengan itu, Pengurusan Hal Ehwal Murid PPKI SMK Demak Baru telah menetapkan beberapa matlamat yg perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut adalah:-
1- Mempastikan murid PPKI mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan dikemaskini.
2- Mempastikan semua murid PPKI sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
3- Mempastikan murid PPKI mendapat layanan yang adil dan seimbang daripada guru-guru dan pembantu.
4- Memastikan murid PPKI tidak terlibat dengan kegiatan tidak bermoral.
5- Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yag dirancang oleh pihak sekolah.
6- Mempastikan murid PPKI sentiasa menjaga keselamatan diri,keluarga dan harta benda sekolah
7- Mempastikan murid PPKI sentiasa menjaga kesihatan diri dan mementingkan kebersihan diri dan sekitar
DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PPKI (BP) SMK DEMAK BARU
Dasar 1- Tenaga Pengajar
1.1- Semua guru PPKI dan pembantu di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua kepada semua murid khas.
1.2- Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua bentuk dan aspek tindakan dan keputusan yang dibuat.
1.3- Semua guru PPKI dan pembantu perlu melayan semua murid PPKI dengan adil,saksama,bertimbang rasa dan kasih sayang.
Dasar 2- Kemasukan Murid
2.1- Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum dan jantina tanpa mengira kecacatan setelah medapat kelulusan dari
Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri.
2.2- Setiap murid PPKI akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran.
2.3- Setiap murid PPKI akan ditempatkan di kelas berdasarkan prestasi akademik dan tahap mental murid
2.4- Setiap murid dikehendaki hadir pada hari pendaftaran sekolah.
Dasar 3- Disiplin Murid
3.1- Murid PPKI yang selalu melanggar peraturan sekolah akan dihadapkan ke lembaga disiplin sekolah dan juga diberi tempoh bertenang di rumah.
3.2- PPKI akan mengamalkan pendekatan “Nasihat dan Bimbingan” dalam menangani masalah disiplin.
3.3- Ibu bapa atau penjaga akan dipanggil sekiranya anak jagaan mereka banyak melakukan kesalahan.
Dasar 4- Keselamatan Murid
4.1- Keselamatan murid PPKI akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dari jam 7.00 pagi hingga waktu persekolahan.
4.2- Semua murid PPKI akan dilindungi oleh Skim Insuran Takaful.
Dasar 5- Kesihatan Murid
5.1- Sekolah akan memastikan tahap kesihatan murid sentiasa baik melalui program yang dirancang seperti berikut:
5.1.1- Pemeriksaan gigi dan mata
5.1.2- Pemeriksaan kesihatan sekolah
5.1.3- Ceramah dan kempen
5.2- Kebenaran diberikan kepada ibu bapa dan penjaga untuk membawa murid yang sakit mendapatkan rawatan di hospital.
5.3- Murid PPKI yang sakit semasa berada di sekolah akan diberikan rawatan dan penjagaan yang sempurna di bilik rawatan.
Ibu bapa dan penjaga akan dihubungi.
5.4- Pemeriksaan kesihatan seperti rambut,kuku dan sebagainya akan sering dilaksanakan.
Dasar 6- Kebajikan Murid
6.1- Murid yang menghadapi masalah akan sentiasa dibantu melalui jawatankuasa yang dibentuk diperingkat sekolah.
6.2- Pihak sekolah akan sentiasa bermurah hati membuka pintu kepada mana-mana individu ,kumpulan yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan dan sumbangan kepada murid.
6.3- Pihak sekolah tidak akan menghebahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua betuk hebahan terhadap sebarang keburukan Individu murid di kelas PPKI
(Ahli Jawatankuasa HEM PPKI –rujuk lampiran)
PROGRAM / AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2011
PPKI(BP) SMK DEMAK BARU.
1. Pendaftaran Murid PPKI
Pendaftaran dan orientasi murid baru PPKI telah dijalankan sepanjang bulan Nov dan Dec tahun 2010. Orientasi murid dijalankan pada hari pertama persekolahan dengan diberikan pendedahan awal tentang kelas dan kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan suasana persekolahan yang baru.
2. Program Kesihatan
Murid PPKI diberikan rawatan kesihatan seperti rawatan pergigian,suntikan ,dan ceramah oleh pihak kesihatan yang datang ke sekolah.
3. Bantuan Elaun Murid
Pihak PPKI SMK Demak Baru juga mendapat bantuan ,sumbangan daripada pihak luar seperti PIBG, orang perseorangan, dan pelbagai lagi dalam membantu murid-murid PPKI dan program yang dijalankan di PPKI.
4. Gotong –royong
PPKI sentiasa terlibat dalam gotong royong yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Di samping itu juga sering mengadakan gotong royong di peringkat program PPKI seperti di dalam kelas dan kawasan persekitaran PPKI.
5. Pertandingan Kebersihan Kelas
Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun.Pengurusan kelas terbaik akan diberikan anugerah pada Majlis Motivasi dan Kecemerlangan Murid yang diadakan di hotel pada bulan Oktober /November.
6. Sambutan Hari Guru
Sambutan Hari Guru untuk memberi penghargaan kepada guru-guru selain mengajar murid PPKI berterima kasih kepada guru yang mengajar mereka.
7. Sambutan Hari Jadi
Sambutan Hari Jadi murid dilakukan sebanyak tiga kali iatu pada bulan April,Julai dan November.
8. Sambutan Bulan Kemerdekaan
Pihak PPKI turut terlibat dalam Sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah.Selain itu juga PPKI sendiri mengadakan aktiviti kemerdekaan ini dengan mengadakan kempen mengibarkan Jalur Gemilang di dalam kelas dan persekitaran,pertandingan melukis dan mewarna, dan sebagainya.
9. Perhimpunan Bulanan
Perhimpunan untuk semua guru dan murid PPKI diadakan setiap bulan untuk memastikan tahap disiplin murid PPKI terkawal.Perhimpunan dilakukan di hadapan kelas PPKI.
10. Pengemaskinian Data Maklumat Murid
Maklumat murid PPKI sentiasa dikemaskinikan sepanjang tahun dan akan di rekodkan dalam Sistem Maklumat Murid.
11. Program Nilai Murni
Bacaan Yassin diadakan setiap hari Khamis untuk murid yang beragama Islam dan Solat berjemaah setiap hari Isnin yang diketuai oleh Ustaz Badrul Hisyam Bin Majid.
Disediakan oleh:
......................................... ..
(NORZITA MOHAMED)
Setiusaha HEM PPKI(BP)
SMK Demak Baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!