DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERUSAHA EN RAMBLI HJ HASBI ,PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DEMAK BARU KE DEWAN.
MURID-MURID DAN GURU DI MINTA BERDIRI.
ALU-ALUAN
Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...WBT.
Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..
Yang Berusaha Encik Rambli bin Hj Hasbi
Pengetua SMK Demak Baru ,Kuching
Yang Dihormati Pn Misia Hj Zain
Penolong Kanan Pentadbiran
En Razalie Badar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En Selamat Masuni
Penolong Kanan Kokurikulum
En Jamal shukuri Bolhassan
Penolong Kanan PPKI
En Bolhari Bojeng
Wakil PIBGj
Ketua-ketua bidang,guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bertemakan I Malaysia 1 Ummah, yang dianjurkan oleh Paniatia Pendidikan Islam SMK Demak Baru.
BACAAN DOA
MENANDAH TANGAN POHON PERKENAN
AGAR MAJLIS BERJALAN LANCAR
AL-FATIHAH KITA LAFAZKAN,
APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.
Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini,majlis dengan segala hormatnya ,mempersilakan al-Fadhil Ustaz Badrul Hisyam bin Majid untuk menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.
Amin ,Ya Rabb al-Alamin.Semoga majlis mendapat keberkatan Robbul izzati.
UCAPAN ALU-ALUAN KETUA BIDANG
Hadirin sekalian,majlis menjemput ustazah Raesah binti Akeng, Ketua Bidang Kemanusiaan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Dengan segala hormatnya dipersilakan.
NUN DI SANA INDAHNYA KOTA
KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA
INDAH SUNGGUH BICARA KATA
MOGA JADI IKTIBAR PADA SEMUA
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Raesah binti Akeng di atas ucapan yang telah disampaikan.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada En Bolhari bin Bojeng,selaku wakil PIBG SMK Demak Baru.Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En Bolhari Bojeng atas ucapan itu tadi.
UCAPAN PERASMIAN
BUAH LANGSAT DI TEPI BUSUT
MARI DIMUAT DI ATAS PETI
BESAR HAJAT KAMI MENJEMPUT
BESAR NIAT DI DALAM HATI
Tibalah masa yang dinantikan.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En Rambli bin Hj Hasbi,untuk menyampaikan ucapan.
Dengan penuh hormat dan takzim,majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan .sebagai simbolik majlis maulidur rasul pada pagi ini dipersilakan Tn pengetua diiringi oleh penolong-penolong kanan,wakil PIBG bagi acara memotong pulut kuning(gimik di atas pentas/tayangan audio visual)....satu tepukan untuk kita semua.
Sekali lagi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Pengetua atas perasmian itu tadi.
BACAAN AI -QURAN
Hadirin sekalian
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ayat suci al-quran yang akan disampaikan oleh adik Qamarul Izzat dan ditafsirkan oleh adik Zulhelmi Majeni. Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Qari dan penterjemah atas bacaan ayat suci al-quran itu tadi.
BACAAN BERZANJI/MARHABAN
Bagi meneruskan majlis ,dengan ini dipersilakan Badan Pengawas untuk menyampaikan bacaan berzanji,diikuti marhaban dan selawat. Untuk itu ,di minta para hadirin agar dapat berselawat bersama-sama.Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada barisan Badan pengawas atas persembahan itu tadi.
PERSEMBAHAN NASYID
Persembahan pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput kumpulan nasyid daripada pelajar Pendidikan Khas dengan lagunya yang bertajuk Ya Rasulullah.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pelajar Pendidikan Khas atas persembahan itu tadi.
Para guru dan pelajar sekalian.
Seterusnya tibalah masa ke acara penyampaian hadiah dan Anugerah Maulidur Rasul.Pihak majlis mempersilakan En Rambli Hj Hasbi diiringi oleh penolong-penolong kanan ke pentas bagi menyempurnakan upacara.Dipersilakan..
HADIAH PERTANDINGAN BANNER
Tempat ketiga...................................................
Tempat kedua...................................................
Johan.................................................................
Untuk pengetahuan markah diberikan berdasarkan kreativiti dan kekemasan.Tahniah diucapkan kepada persatuan/kelab.............................................
HADIAH BERCERITA KISAH NABI
Dipersilakan tempat ketiga di menangi oleh adik...............................................dari tingkatan....................
Seterusnya tempat kedua dimenangi oleh...........................................dari tingkatan...................................
dan Johan pertandingan bercerita kisah nabi diberikan kepada adik....................................dari tingkatan.........................
Tahniah diucapkan.
HADIAH BACAAN SAJAK/PUISI
Dipersilakan tempat ketiga bagi pertandingan bacaan sajak/puisi dimenangi oleh..........................................dari tingkatan.....................................
Naib Johan........................................................dari tingkatan........................................................
dan Johan........................................................................dari tingkatan............................................
Seterusnya kita beralih ke Anugerah yang dinanti-nantikan iaitu Anugerah maulidur Rasul 2001.Penerima akan menerima sijil,piala dan wang tunai sebanyak RM150 sumbangan PIBG.Anugerah pada tahun ini diberikan kepada Adik...............................................................atas sumbangan dan khidmat bakti beliau yang tidak berbelah bagi terhadap sekolah.
Dipersilakan Adik.............................................untuk menerima anugerah..
Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua kerana sudi menyampaikan hadiah dan anugerah pada pagi ini.Tahniah sekali lagi diucapkan kepada penerima hadiah dan anugerah.Semoga ianya menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar yang lain.
NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU
Dengan berakhirnya penyampaian hadiah dan anugerah itu tadi,maka berakhir maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.
MAJLIS BERAKHIR PENUH INAYAH
MENJADI KEBANGGAAN ANUGERAH DI NOBAT
SEMOGA YAKIN TERUS ISTIQAMAH
SEMANGAT KENTAL MENJADI AZIMAT.
INDAH TERUKIR CIPTAAN SENI
LEMBUT BAGAIKAN SENTUHAN BAYU
JARI SEPULUH DISUSUN KINI
ANDAINYA ADA KATA TERLALU.
sebelum kita bersurai,marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Ibu pertiwiku.
SEkian ,Terima kasih daun keladi tahun hadapan kita sambut lagi..
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT.
salam..teks yang lengkap..mohon ambil buat panduan boleh..? mintak halal ye..terima kasih..
BalasPadamAmbillah Fatin...Memang tujuan untuk membantupun
BalasPadamsy guru pelatih. menimba ilmu pengacaraan dr kitak cikgu. TQ for sharing cikgu. :)
BalasPadamsalam...best teks ucapan ni...pinjam teks ucapan ni boleh tak utk sambutan maulidur rasul sekolah saya...mintak restu halalkan perkongsian ilmu ni ye...terima kasih...=))
BalasPadamBuat teman-teman..saya halal kan apa sahaja yang saya tuliskan di blog ini sememang nya niat saya untuk membantu..
BalasPadamsalam..cikgu terima kasih sebab sudi berkongsi ilmu pengacaraan..
BalasPadamSama-sama
BalasPadamtkasih yer,..mohon share
BalasPadamok..ambillah mmg niat untuk membantu pada siapa yg memerlukan
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamMohon teks ucapan ni utk panduan dan rujukan pelajar yg saya lantik sebagai pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sek saya.
waaalaikumusslam..ambilah cikgu mana yg baik tu boleh digunakan ya.Semoga segalanya berjalan lancar
Padamtrima kasih ats perkongsian ilmu yg sngt berguna ini. smoga Allah membalas jasa ckgu
BalasPadamsama-sama ...semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada kita
PadamAssalamualaikum puan, mohon dijadikan teks ini sebagai rujukan/panduan untuk pelajar yg dilantik jadi pengacara majlis untuk majlis sambutan maulidur rasul peringkat kolej saya. terima kasih banyak2...
BalasPadamWaalaikumussalam ..ambillah cikgu Kaktus..mmg niat saya untuk semua yg memerlukan ..
Padamteks yang baik. mohon izin jadikan panduan boleh yee cikgu
BalasPadamAmbillah cikgu saya izinkan....mana yg sesuai cgu gunakanlah
Padammohon share yer..tq
BalasPadamboleh ...jika dapat membantu..tq sebab kunjungi blog saya ya
PadamSalam. Minta izin untuk saya gunakan di sekolah saya. Moga Allah memberkati amalan cikgu.
BalasPadamambillah cgu saya izinkan ...semoga dapat membantu cikgu
PadamSalam. Minta izin untu saya gunakan di sekolah saya. Moga Allah berkati usaha cikgu.
BalasPadamAmbillah Cgu Maulana..saya ikhlas
BalasPadamSalam.minta izin untuk digunakan sebagai panduan di sekolah saya yee cikgu..terima kasih atas perkongsian ilmu ini.
BalasPadamwaalaikumussalam..ambillah cikgu..semoga ianya dapat membantu
BalasPadamthanks ye berguna sgt buat cikgu2
BalasPadamSama2..terima kasih kerana mengunjungi blog saya..
Padamassalammualaikom..izinkan sy mgunakan teks nie sbgai panduan ye..terima kaseh...)
BalasPadamwaalaikumussalam Ct...ambillah Ct mana yang dapat membantu ...semoga melancarkan tugas yang diamanah kan
Padamassalamualaikum cikgu mohon izin menggunakan teks ucapan cikgu ye
BalasPadamwaalaikumussalam...ambillah saya izinkan semoga ianya dapat membantu
Padamsalam, mohon share teks mc ini..kebetulan sya d beri tugas last mnit utk memikul tggjwb mengendalikan majlis d kg..huhuhu belum ada pengalaman..tp bila sya seacrh kat google n type , sya berkenan dgn teks ini...moga ianya akan berjalan lancar...tq
BalasPadamAmbillah ya,,saya ikhlas .Semoga majlis berjalan lancar
PadamTerima kasih di atas perkongsian yang cikgu berikan. Semoga usaha/perkongsian cikgu mendapat keredaan Allah dan mendapat ganjaran yang sewajarnya.
BalasPadamsama2...semoga kita sama2 mendapat ganjaran dariNya..Selamat Maju Jaya untuk anda ManShato
Padamizinkan saya mengambil pantun dari laman tuan,terima kasih
BalasPadamya..en Maidin Othman...mana yang dapat membantu tu dipersilakan
PadamMohon izin utk copy (yg berkaitan) teks ucapan ni...:)
BalasPadamambillah saya doakan segalanya berjalan lancar
Padamsalam cikgu saya nak minta izin nak jadikan teks cikgu ni sebagai contoh untuk saya boleh tak?
BalasPadamsilakan cikgu...selamat maju jaya
Padamsalam cikgu.... saya suka pantun2 2... mohon kongsi ye... t'kasih...
BalasPadamYe..silakan
Padamassalammualaikum..mohon izin share teks ucapan ini ye cikgu
BalasPadamYe boleh...yg baik jadikan panduan...ye selamat maju jaya:)
PadamAssalamualaikum w.b.t
BalasPadamCikgu, saya mohon untuk copy bahan2 dalam blog ni untuk panduan sebagai guru ganti nanti..tahniah juga untuk blog yang banyak memberi manfaat kepada rakan blogger yang lain. terima kasih
Ya Cikgu...silakan ya..Semoga menjadi guru yg disayangi..
Padam