Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 19 Julai 2010

Buat Seorang Kekasih

Terkadang hanya lagu yang dapat menjawab segalanya.........

Menu Petang Bersama Pisang Goreng dan Roti Jala

Menu untuk makan petang semalam aku buat pisang goreng.dan roti jala..Apabila tengok ada pisang tanduk yang dibeli kat Pasar Tani teringin pulak nak buat pisang goreng..Rupanya selera benar anak aku makan.Yelah aku guna resepi mak aku..Rasanya belum jumpa lagi goreng pisang yang sedap macam mak buat..
Sambil  buat pisang goreng ,satu dapur lagi aku tebar roti jala..Rupanya ada sedikit tepung gandum dalam almari tapi tak banyak.Kesian pada suami dan anak-anak aku buat juga ..Nampak kegembiraan mereka bila lihat aku duk tebar roti jala sambil anakku Adam dan Alif siap sebut lagi kenapa tak buat banyak-banyak,lama dah mak tak buat roti jala.Biasanya roti jala itu digulung tetapi untuk psikologikan anak-anak ,aku lipat menjadi segitiga.Nampaklah seakan banyak.Tapi memang ada rungutan daripada anakku Alif.Kenapa mak tak gulung roti tu..Apapun kubahagia dapat tunaikan hajat mereka.Benarlah kata orang masakan ini boleh menambahkan ikatan kekeluargaan dan kasih sayang.

Ahad, 18 Julai 2010

Bukan Kuminta

Telah seminggu tekakku sakit..Batuk tak henti..Bercakap je mulalah aku batuk..Tapi yang buat aku terkilan batukku ini menganggu pendengaran orang..Bila orang telefon aku ,dengarlah aku batuk.Sampai ada setengah tu siap sebut lagi bising dan menganggu pendengaran telinga je..Serba salah jadinya aku.Tak nak jawab nanti kata aku sengaja lah,sombonglah.Bila jawab kata aku lak yang tak boleh cakap..Dah tau aku batuk memanglah sedikit terganggu.Dah tau aku batuk kenapalah telefon kan..Last-last aku jugak yang terasa..Sabor jelah..

Nasi minyak Sarapan Pagi

Hajat hati tadi lepas buat gulai ayam,nak buat roti jala untuk anak-anak.Buka Almari rupanya tepung gandum takde.Terpaksalah tukar menu.Nasi minyak,gulai ayam,acar kobis dan telur separuh masak.Minuman pagi pulak teh kurang manis..
Gulai Ayam dan Nasi Minyakku
Acar Kobis dan Telur Separuh Masak..Nak buat acar timun,rupanya timunku dah habis..
Air Teh dan Lauk sarapan pagi minggu aku dan keluarga hari ini...

Dapur Berasap Kembali...

Sebenarnya lama jugak aku tak masak kat rumah .Bukannya malas tapi halangan masa yang menyebabkan aku tak sempat nak masak betul-betul kat suami dan anak-anak..Terkadang tu makan telur separuh masak je dengan kicap dan nugget.Suami aku pulak dan Alif anak ku yang kedua dah selalu sebut lama dah aku tak buat roti jala untuk mereka..Hari ini aku akan cuba tunaikan..Yelah aku kena praktikkan balik kemahiran yang sedia ada maklum bulan Ramadan akan menjengah lagi...
Sebenarnya inilah pertama kali aku buat gulai lemak kaki ayam,Biasanya gulai lemak kunyit kuah( orang Terengganu sebut) ikan je..Tapi yang syoknya anak aku cakap sedap...Biasanya kaki ayam tu aku goreng ,atau buat kari dan sesekali goreng tumis merah..Lain kali boleh le buat lagi. 
Semalam pulak aku buat Sup Tulang dengan Kerabu Jantung Pisang,Bila aku buat kerabu ni pasti aku ingat dekat mak..Makanan kegemaran dia.Buatlah apa sahaja kerabu pasti dia suka..Teringat waktu aku remaja dan masa duduk kat rumah dulu..Aku selalu buat kerabu untuk mak.Pelbagai kerabu aku buat seperti kerabu ikan bilis,kerabu sotong,kerabu perut,kerabu manga,kacang botol dan macam-macamlah..Mak selalunya tak sabar-sabar akan meratah kerabu..Hai terasa sedihlah pulak bila teringat suatu ketika dulu..Kini aku tak dapat buat kerabu untuk mak setiap hari...


Kerabu peria nie pertama kali aku buat..Itupun bila suami aku berkeinginan nak makan setelah dia makan kerabu peria kat ofisnya.Nasib baik aku dah tau asas-asas nak buat kerabu..Tapi dalam fikiran tu berbelah bahagi kerabu peria yang macam mana suami aku maksudkan..Aku cuba buat kerabu ini dulu..Kalau dia kata bukan terpaksalah aku buat lagi cara lain pulak..Alhamdulillah rupanya kerabu yang aku buat inilah yang dia nak makan..Berselera benar dia makan hari tu sampai habis kerabu tu diratahnya...

Kursus ICT dalam P&P

Hari tu kursus perkembangan staf lagi..tiap-tiap minggu ada kursus kat sekolah,Minggu sebelum ni Kursus Pengurusan Stress..Rupanya ramai cikgu yang stress ,sampai terkejut penceramah hari tu..Minggu ni lak kursus ICT dalam P&P..Dalam berkursus tu sempat lagi kita orang ambil gambar..Tapi bestnya minggu ni kursus tak stress sebab tu semua muka senyum je sampai ke telinga..
Tersenyum dan penuh bersemangat Cikgu Ana,Cikgu Zaimash dan Cikgu Nurul...
Kat atas tu atas guru-guru lelaki yang ada kat kelas Pendidikan Khas.Cikgu Badrul ,Ustaz Badrul dan Cikgu Hassan.


Sabtu, 17 Julai 2010

Tahniah Kadet Pertahanan Awam(KAPA)Pend.Khas

Julung kali anak-anak murid ini berkhemah setelah ditubuhkan awal tahun ini..Apa yang membanggakan satu-satunya Pendidikan Khas yang  turut serta bersama dengan pelajar aliran perdana .Sebanyak 14 buah sekolah Peringkat Negeri Sarawak telah mengambil bahagian.Pendidikan Khas SMK Demak Baru mendapat tempat ke lapan dari 14 buah sekolah yang bertanding...
Sebahagian pelajar Pendidikan Khas yang terlibat menerima sijil penyertaan JPA3 daripada En Ramli Hj Hasbi,pengetua SMK Demak Baru..

Khamis, 15 Julai 2010

Pergi Tak Kembali..(Takziah buat Kak Ita)

Al Fatihah buat Arwah ibu kakak iparku,Kak Ita yang baru saja kehilangan ibu tercinta pada pagi tadi..Tak sangka dapat mesej dari Joe..Perginya secara tiba-tiba..Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan di tempatkan di samping insan-insan yang soleh..

Jasa Bonda

Ketika memandu untuk ke tempat sekolah..terdengar lagu nie dimainkan di Klasik Nasional..Kebetulan anak sulungku Alya ada sama.Lantas aku kata lagu ini aku tujukan buat dia..Aku minta dia dengar betul-betul lirik lagu tu."Marah bukan kebencian tapi tanda sayang"Itu yang aku tekankan padanya,marahku sebagai ibunya selama ini bukan tanda aku membencinya tetapi kerana sayangku padanya aku tak mahu dia gagal dalam hidupnya..Harap dia faham apa maksudku..Dalam masa yang sama fikiran terus melayang pada mak di kampung sana...Terharu sungguh aku bila dengar lagu nie..kerana pernah dulu bila mak marah kat aku ,pasti aku rasa mak tak suka aku..Tapi bila aku dah jadi ibu macam mak..baru aku faham marah seorang ibu kerana terlalu sayangkan anaknya..Tapi alhamdulillah kerana pengorbanan mak ,aku kini menjadi seorang pendidik walau hanya untuk pelajar istimewa ...tapi aku bahagia..Pada mak...rindu padamu tak pernah padam..terima kasih atas segala pengorbananmu..Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa Mak..jua ayah...

Rabu, 14 Julai 2010

Wahai Pelajar ...Mengapa Kegelapan Pilihanmu

Terkadang aku betul-betul kecewa dengan sikap sesetengah pelajar kini..Pantang dicuit sikit sudah menunjukkan belangnya.Walaupun hanya menjeling pasti akan penumbuk hinggap kat muka ..Itu belum tentu lakonan terbaik di depan ibu bapa mengalahkan aktor Que Haidar atau Rosham Noor..Padahal di sekolah anak macam hantu,ponteng kelas ,lawan guru sudah menjadi tabiat mereka..Ibu bapa tanpa usul periksa datang menyerang tapi akhirnya muka merah bagai buah saga kerana termalu anak sendiri rupanya perangai mengalahkan hantu..Seminggu kepala aku dah dijergah migrain..baru pagi tadi macam dah ok sikit..tertiba hari ini kes disiplin datang bertimpa-timpa..Lantas kepala kembali berdenyut.Salah satu kes tadi betul-betul buat aku sedih..Bayangkan sekolah dah tingkatan 4,apabila aku tanya apa pekerjaan ayahnya dia jawab tak tahu...Patutlah sesuka hati je buat perangai kat sekolah ,pekerjaan ayah sendiripun tidak diperdulikan..Dimana timbulnya semangat untuk belajar bersungguh-sungguh..Apa yang menyedihkanku majoriti pelajar yang melanggar peraturan sekolah ini datang dari keluarga yang di belenggu kemiskinan..Tapi malangnya kemiskinan itu tidak memberikan motivasi buat mereka..Lantas kenangan silam muncul kembali..terkenang di zaman kemiskinan ku dulu ,Allah memilih ku untuk menjadi salah seorang insan yang berjaya walaupun dibelenggu dengan dugaan yang bertimpa...Allah tinggikan semangatku untuk terus berusaha tanpa jemu..Ya Allah aku berdoa padaMu..Kau lapangkanlah hati anak-anak muridku agar mudah bagi mereka menuntut ilmu,jua kau tingkatkanlah kesedaran bagi mereka agar menjadi anak dan pelajar yang berjaya..Tabahkan hati mereka dalam menuntut ilmu serta kau jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang mempunyai akhlak yang terpuji....

Isnin, 12 Julai 2010

Terima Kasih Atas Kunjungan....

Abe Atok berkata... Terima kasih cikgu,
kerana sudi ajar saya
Sejak dari darjah satu
hingga jadi manusia..
mintak halal segala ilmu
cikgu bagi selama masa
walau jasa sebesar debu
hingga saja boleh berjaya..
"Petikan dari sebuah lagu dikir barat"

Nama pena saya pun Abe Atok,
Tapi tak tahu r ucapan trima ksih tu
ditujukan pada
abe atok yang mana satu..
prasan la plak saya...hehehe..
yang pasti saya selalu transit
keruangan cikgu.. 


sekampung.. berkata...
Firstly...sye bangga bile ade insan sekg yg ada blog dan dpt lah kirenya sye kongsi ruangan yang sama utk mengingati atau mengimbau setiap kenangan sye semasa di besarkan di kampung Batu Rakit.Walaupun sye tak mengenali insan yg bernama ita namun kenangannya terlalu dekat dihati.terasa mcm pernah kenal atau jumpa.Sye rasa ita lbh junior dr sye..Takpelah...tak penting itu semua..yg penting sye nk berkongsi cerita ttg gmbr no 4.sye rase btg kayu reput tu pernah jd tempat sye bakar ikan yg dpt dr aktiviti ngail ptg2.ikn 'kerong'keras.Gambar no 5 lak,ia diambil dkt dgn pulau Bidong diwaktu mlm.mmg aktiviti candat sutung paling glamer kt bt rakit.Kerana sye sndri prnh merasainya.skrg pun mesti gian nk g cndat ble tibe musimnya.Skrg ni tak blk kg dh nk candat sutung.pulau kapas jd galang ganti.Foto no 6 lak pemandangan batu rakit dan pasir pantai yg memutih..mmg bt itu tak prnh tenggelam walau musim tengkujuh sekalipun mcm hati ita pd seseorang..pantai tu tmpt ita dan kwn sekampung ita bemain-main sambil mata menjeling pada seseorang...
Persahabatan tidak memerlukan pertemuan kalau lahir dari yang tulus ikhlas...Terima Kasih Sekalung Budi buat Abe Atok..dan Sekampung Walaupun saya seorang guru banyak perkara saya nak belajar daripada kawan-kawan di alam maya.Terima kasih jugak kepada" Sekampung"sentiasa mengikuti coretan di blog ini..Dan Terima kasih buat semua yang sudi berkunjung...

Aktiviti Kupas Bawang PKBP 2

Kerana kepala tak seberapa ok ,pukul 10.00 tadi aku keluar curi dari sekolah pergi beli bawang merah dan bawang besar..Aktiviti hari ini aku ajar dia orang kupas bawang..Banyak peristiwa lucu berlaku.Ada yang takut pegang pisau,tangan keras macam kayu ,mata berair-air kerana tak tahan tajamnya air bawang walau bawang tu telah direndam air terlebih dahulu.Nak ajar ABC susah sangat tapi secara tak langsung semacam terapi untuk aku apabila keseronakkan dia orang dengan aktiviti tu mengurangkan beban sakit migrain ku ini...Minggu depan aku nak aktiviti yang lebih canggih lagi..

Migrain Oh Migrain

Dua tiga hari nie..badan terganggu dengan sakit sendi, demam ,kepala yang berdenyut terasa macam disedut .Pepagi lagi kelas PKBP 4 dah mula menanti..Mengajar pada hari ini macam diawangan..Tapi kugagahi jua demi tanggungjawab..Setengah jam di dalam kelas kepala bertambah denyutnya..Lantas aku memohon maaf daripada pelajar kerana aku terpaksa beredar untuk mengisi perut kerana perut kosong mana mungkin dapat kutelan ubat migrain..Sejak kebelakangan ini migrain semakin galak menganggu diri.mungkinkah kerana tekanan kerja atau tekanan perasaan tanpa aku sedari..Apapun aku kena tetapkan dalam hati Sakit Itu Nikmat baru dapat kutempuhi ujian ini..