Kerana kepala tak seberapa ok ,pukul 10.00 tadi aku keluar curi dari sekolah pergi beli bawang merah dan bawang besar..Aktiviti hari ini aku ajar dia orang kupas bawang..Banyak peristiwa lucu berlaku.Ada yang takut pegang pisau,tangan keras macam kayu ,mata berair-air kerana tak tahan tajamnya air bawang walau bawang tu telah direndam air terlebih dahulu.Nak ajar ABC susah sangat tapi secara tak langsung semacam terapi untuk aku apabila keseronakkan dia orang dengan aktiviti tu mengurangkan beban sakit migrain ku ini...Minggu depan aku nak aktiviti yang lebih canggih lagi..
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
nak masak aper tur? ada majlis kenduri ker?
BalasPadamTak masakpun.Hanya ajar dia orang bagaimana nak kupas bawang dan tumbuk bawang tu. Yelah budak-budak istimewa banyak kekurangannya.Bawang yang siap dikupas saya bg je sapa2 yg nak buat balik..Camana saya nak follow blog Abe Atok ekk
BalasPadam