Seronok ajar murid-murid PKBP 2 buat karaftangan.Yang seronoknnya dapat lihat hasil yang dia orang buat sendiri.

Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Nie gambar kat pantai Pagar Besi ...Tempat rumah aku sekarang.Yang pasti Batu Rakit tetap abadi di hati.
Dalam sotong ada tulang dia...Dulunya tulang itu ada harganya...ini juga antara sumber pendapatan aku...Bila balik sekolah waktu petang pasti aku dan kakak akan menyusuri pantai mengutip tulang-tulang sotong itu dan disimpan dalam guni..Tulang sotong itu pun tak semua orang beli.Kalau dada tulang sotong tu tinggi baru ada harga.Kalau tak jual tak laku.Seingat aku nilainya seratus keping dengan harga RM 10.00.Tapi bukan senang untuk ku mendapatkan seratus tulang itu..Kena kumpul berminggu-minggu jugak.Kenapa jiwa aku dekat sangat dengan ombak dan pantai inilah antara faktornya....Omabk dan laut tempat aku melepaskan perasaan,ombak dan laut banyak menyimpan cerita duka dan sukaku..Tak lupa aku teringat peristiwa-peristiwa ketika mencari tulang sotong ini.Lucupun ada.Antaranya aku dan Kak Jan pernah dikejar anjing ,Litang pukang aku dan kakak lari panjat pokok kelapa.Aku jugak pernah dikejar oleh penagih-penagih dadah yang menghisap dadah di pantai..Pernah jugak satu ketika kami berjalan-jalan menyusuri pantai mencari tulang sotong tu sampai berkilometer...penat tuhan yang tau..Tapi kerana itu aku amat menghargai kesusahan ini...Sekuntum mawar merah sebuah puisi......