Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 30 September 2019

Resepi Donut Big Apple

Resepi Donut Big Apple

Bahan-bahan :

1/2 cawan air suam,
2 sudu besar gula,
2 sudu besar susu pekat,
1 paket mauripan,
Secubit garam,
1/2 kg tepung gandum/high protein/superfine,
2 sudu besar butter,

1 sudu besar ovallate,
2 sudu besar susu tepung,
1/2 sudu kecil baking powder,
Cara-cara :
Untuk membuat doh, mula-mula campurkan air suam, gula, susu pekat, mauripan dan secubit garam.
Doh dikacau sebati dan diperap selama 10 minit sehingga berbuih.

Dalam bekas lain, sebatikan tepung gandum dengan butter, ovallate, susu tepung dan baking powder.
Kemudian campurkan bahan air tadi ke dalam tepung dan uli sehingga jadi doh. Uli sekejap saja yang penting bahan sebati.
Lalu tutup dengan kain basah hingga 30 minit. Tutup sehingga doh naik.

Jika doh sudah naik, boleh dibentuk.
Tunggu naik dulu baru goreng dengan api sederhana. Yang penting minyak kena panas betul. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!