Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 10 November 2016

Petua Kejayaan versi diriku

Petua Kejayaan

Jadikan Keikhlasan itu senjata dalam semua perkara yang kau lakukan. Bila ikhlas hasilnya pastilah tip top sebab kau lakukan tanpa harapkan balasan dan pujian orang.

Selalu cabar diri sendiri untuk melakukan yang terbaik sebolehnya buat sehabis baik.Di situ kita dapat mengukur di mana kekuatan dan kelemahan kita.

Buat sesuatu jangan menanti arahan ...sebolehnya buat dahulu sebelum orang lain yang memberi arahan buat kita.

Jangan sesekali memperlekehkan idea dan cadangan orang lain sebaliknya jadikan cadangan orang lain itu sebagai salah satu senjata untuk ke arah kecemerlangan hidup dan kerjaya kita

Senyum dalam apa keadaan walaupun dalam keadaan sukar kerana senyuman itu satu terapi yang amat mujarab.

-Anak Pantai-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!