Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 14 November 2016

GULAI AYAM NASI BERLAUK


1 ekor ayam

Bahan Kuah:
6-7 ulas bawang merah
4 hirisan lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
3 batang serai ditumbuk
1 sudu kecil cili kering kisar/2 tangkai cili kering
1 keping asam keping
1 kotak santan kotak & air secukupnya
2-3 batang lada hijau solok - lagi sedap
1 batang timun - hiris serong

Garam dan secubit gula

Kisar bawang merah, lengkuas, kunyit dan lada kering  halia hingga hancur   dan tuang terus ke dalam periuk bersama 3 cawan air .

Bila naik bau, masukkan santan, timun dan lada hijau serta asam keping. Kemudian masukkan ayam Masak sehingga kuah sedikit naik minyak. Sesuaikan rasa. Gulai ini lebih sedap jika ada rasa masin dan sedikit manis .

Setelah kuah naik minyak, bolehlah angkat. Hidangkan bersama nasi putih, timun, lada dan juga sambal berlada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!