Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 27 Januari 2016

KERTAS KERJA PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA PPKI SMK KG JAWA


Untuk kalian yang ingin meneruskan impian ini...saya hadiahkan kertas kerja ini demi anak-anak istimewa kita..
hanya satu yang saya minta jika anda beragama islam sedekahkan fatihah untuk arwah ayah saya Mohamed bin Omar.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 
(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa





KERTAS CADANGAN
PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA
MURID BERKEPERLUAN KHAS

TARIKH : 4/ 1 – 25/11/2016



PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA
PROGRAM PENDIDIKANKHAS INTEGRASI
(BERMASALAH PEMBELAJARAN)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA, KLANG


1.0 PENGENALAN

Jika diberi ikan, ikan itu akan habis selepas dimakan tetapi jika diberi pancing maka ia

 akan memberi manfaat seumur hidup.Berpegang kepada kata pujangga itu, PPKI(BP)

SMK Kg Jawa mewujudkan  program latihan transisi kerjaya bagi membantu pelajar

daripada golongan orang kurang upaya (OKU) berdikari dan memiliki pekerjaan sendiri.

Program Transisi Pendidikan Khas adalah satu program kemahiran yang ditawarkan

kepada pelajar Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kg Jawa,Klang ,Selangor.Program

Transisi ini juga sebagai pelengkap kepada pendemokrasian pendidikan kepada pelajar

Pendidikan khas. Adalah diharapkan dengan mengikuti program ini pelajar Pendidikan

Khas akan lebih bersedia dan dapat menggunakan kemahiran mengharungi hidup di

masa depan sebagai salah satu punca pendapatan.

Program transisi sekolah ke kerjaya bagi murid BPKMP dibentuk berasaskan dengan latihan vokasional di sekolah menengah teknik dan vokasional dan dirancang dengan lebih spesifik kerana mengambil kira keupayaan dan kebolehan individu berkeperluan khas (Hamdan, 2003). Terdapat lima perkara yang menjadi kunci kejayaan dan amalan transisi ke arah kerjaya murid berkeperluan khas (MBK) iaitu sekolah, kesediaan pengalaman kerja, perkembangan kedewasaan dan kepimpinan, penglibatan ibu bapa dan aktiviti berkaitan (Blackmon, 2007). Kajian Tang(2004) menunjukkan MBK boleh memperolehi kemahiranpra vokasional melalui program transisi.





Mereka perlu dibimbing agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran,

berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari

potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat selaras dengan

Falsafah Pendidikan Khas  iaitu ke arah kehidupan bermakna.


Penyertaaan pelajar khas sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau

di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu

didedahkan kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, Program Transisi Kerjaya telah

dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar

khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat

mengaplikasikan kemahiran  di dalam menguruskan kehidupan.

PROGRAM KEUSAHAWANAN

Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah berbentuk

program pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi pendedahan dan

melihat sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka. Antara program luar yang dirancang

adalah aktiviti keusahawanan. Ia merupakan satu program percubaan untuk membantu

meningkatkan potensi diri murid-murid dari segi fizikal dan kognitif.

Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting di negara ini.Menyedari

kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang

dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan,Kementerian Pendidikan

Malaysia telah menunjukkan komitmen mereka terhadap pelaksanaannya.Komponen

Keusahawanan telah diperkenalkan dalam subjek Kemahiran HIdup Bersepadu di



Sekolah Menengah Rendah.Berdasarkan usaha tersebut Pendidikan Khas SMK Kg

Jawa ingin membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar khas .





2.0 MATLAMAT

Matlamat pendidikan keusahawanan sekolah ialah untuk membentuk pelajar khas

sebagai pencipta kerja yang berpotensi dan bukan sebagai sebagai pencari

kerja.Bekerja sendiri dan memiliki perniagaan adalah satu obsyen yang realistik untuk

pelajar Khas yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal.

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan,disiplin

dan kemahiran pengurusan yang perlu ada dalam diri para pelajar Pendidikan Khas.Ia

bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman mental serta ketahanan

fizikal setiap pelajar.Aktiviti ,produk dan modul yang disusun di dalam program ini

adalah bertujuan untuk menonjolkan bakat dan kemahiran para pelajar khas dalam

menempuh cabaran globalisasi yang bakal mendatang.


3.0 OBJEKTIF

a)    Membolehkan pelajar khas menjalankan kerja buat sendiri,menyenggara dan membaik pulih mudah dan menyedari potensi ke arah keusahawanan.


b).    Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar yang sejajar dengan nilai etika perniagaan.

c).    Memupuk sifat kreatif ,inovatif ,suka berusaha ,jujur,bekerjasama dan mengamalkan cara kerja yang bersistem ,tabiat kerja yang selamat,sihat dan bertanggungjawab.

d)    Memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasai pengalaman berniaga.

e).    Memberi peluang kepada pelajar khas untuk berinteraksi dengan pelajar perdana,masyarakat dan sebagainya.

f)     Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar khas.

g)   Melatih pelajar-pelajar khas dalam bidang perniagaan secara amali.

h)  Memberi pendedahan peringkat awal kepada pelajar-pelajar  khas tentang pelbagai cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan.


h)  Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan dan melatih mengamalkan nilai-nilai etika dan perniagaan.

j)    Melahirkan usahawan dari PPKI SMK Kg Jawa yang berkualiti dan berdaya maju menjelang tahun 2020.


4.0 TARIKH PERLAKSANAAN

Bermula 4 Jan 2016

5.0 TEMPAT

Tempat yang telah dipilih untuk aktiviti ini adalah kelas PPKI A kerana kedudukannya yang strategik untuk pelajar khas dan pelajar perdana.Kelas ini dipilih juga kerana tempat yang terbuka dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan.


6.0 KUMPULAN SASARAN

25 orang MBK dari PPKI (BP) SMKKJ yang berumur 16 tahun ke 19 tahun

7.0 SASARAN JUALAN

Pelajar Pendidikan Khas,Pelajar Aliran Perdana ,Guru Khas serta para pelawat dari sekolah-sekolah yang lain.








8.0 PRODUK JUALAN DAN RASIONAL

Antara produk jualan yang bakal dipamerkan dan dijual ialah:
·         Kraftangan hasil pelajar khas
·         Lukisan Hasil pelajar
·         Hasil jahitan (kraftangan Felt)
·         Hasil Masakan
·         Hasil pertanian
·         Barang makanan ringan seperti keropok,kerepek yang dibuat sendiri atau yang dibeli secara borong dan dibungkus semula oleh pelajar khas.
·         Penjualan aiskrim Malaysia dari luar dengan kerjasama pembekal aiskrim
                 

Rasional jualan produk yang disebutkan adalah untuk membuktikan kepada masyarakat yang para pelajar khas mampu bersaing dalam menghasilkan produk dan mampu untuk menampung keperluan diri sendiri kelak.Semua keuntungan hasil dari jualan ini juga akan digunakan untuk menampung pembelian alatan pelajar dan keperluan para pelajar khas.

9.0 KEPERLUAN LOGISTIK
a) Meja
b) Rak
c) Mesin kira
d) Buku kira-kira
e) Papan Putih
f) Bilik
g) Mesin Pemotong Kerepek



















10 .0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL
PERKARA
KUANTITI
AMAUN
Pendapatan


1
Loan daripada guru-guru pendidikan khas

RM 1000
2
Sumbangan

RM 300

Jumlah Pendapatan
RM  1300.00




Perbelanjaan


1
Modal untuk membeli barang jualan:



a.    Ais krim
RM 26 x 15 =
 RM    390.00

b.    Makanan

RM    150.00

c.    Bahan mentah

RM    210.00

d.    Bungkah Cendawan Tiram

RM   500.00

e.    Keperluan lain

RM    50.00

Jumlah Perbelanjaan

RM    1300.00





11.0 PELAN PERLAKSANAAN

Bagi memastikan perlaksanaan mengikut perancangan sebuah jawatankuasa kerja telah dilantik untuk menjayakan program ini.

            JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung       : Tuan Haji Mohammed Nashan B Singgan (Pengetua)
Penasihat      : Puan Normala binti Misman ( Penolong Kanan Pendidikan
  Khas)
Pengerusi     :Chin Li Hoong
Setiausaha   :Norzita Mohamed
Bendahari     : Faridah Abdul Rahman

AJK12.
Guru PPKI
PPM PPKI
Eshwa Ruben A/L Krisnan (Murid PPKI)
Haziq Bin Abd Aziz (Murid PPKI)
Mansur Abd Nasir (Murid PPKI)
Nurul Ain Nadhirah Mohamed Rafi (Murid PPKI)
Sharmilla A/P Veerapan (Murid PPKI)
Sri Kareshman MuthalIAR A/L Doraisamy (Murid PPKI)


12.0 CADANGAN PENGISIAN PROGRAM TRANSISI MURID BERKEPERLUAN KHAS PPKI SMKKJ TAHUN 2016

Fasa 1:           Mengkaji, menetapkan jenis/ aktiviti yang sesuai untuk dijalankan sebagai pengisian Program Transisi MBK PPKI SMKKJ.
Cadangan penghasilan dan penjualan bahan-bahan berikut di waktu rehat PPKI dan aliran perdana pada setiap hari/ hari Selasa dan Khamis.  
a)    Menjual ais krim
b)    Menjual barang-barang keperluan murid
c)    Menghasil dan menjual makanan (bun, pizza)  
d)    Penghasilan dan penjualan cendawan tiram kepada guru-guru dan
Fasa 2:           Pendedahan kepada kemahiran-kemahiran yang perlu untuk              bekerja.
Fasa 3:           On the Job training
Fasa 4:           Penilaian dan penambah baikan program

MINGGU
TAJUK
PEMBELAJARAN/
KEMAHIRAN

CATATAN
Minggu 1
4/1 -8/1



Minggu 2
11/1 -15/1
·         Pengenalan kepada projek keusahawanan PPKI


Minggu 3
18/1 -22/1
·         Kenalpasti kumpulan sasaran


Minggu 4
25/1 -29/1
·         Kenalpasti maklumat tentang barang yang sesuai dijual – membuat perbandingan

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 5
1/2 -5/2
·         Kenalpasti maklumat tentang barang yang sesuai dijual – membuat perbandingan

Minggu 6
6/2 -12/2
CUTI TAHUN BARU CINA
Minggu 7
15/2 -19/2
·         Kenalpasti sumber bekalan - menyenaraikan

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 8
22/2 -26/2
·         Kenalpasti sumber bekalan - membanding

Minggu 9
29/2 -4/3
·         Membuat rancangan jualan - modal

Minggu 10
7/3 -11/3
·         Membuat rancangan jualan - kualiti

12/3 -20/3 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA
Minggu 11
21/3 - 25/3
·         Membuat rancangan jualan – cara menjual

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 12
28/3 – 1/4
·         Membuat rancangan jualan – cara menjual

Minggu 13
4/4– 8/4
·         Cara menyediakan barang jualan – pengasingan barang

Minggu 14
11/4– 15/4
·         Cara menyediakan barang jualan – pecah pukal

Minggu 15
18/4– 22/4
MINGGU PENDIIDKAN KHAS
2016
Minggu 16
25/4- 29/4
·         Cara menyediakan barang jualan – pembungkusan

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 17
2/5- 6/5
·         Kemahiran membaca label pembalut

Minggu 18
9/5- 13/5
·         Kemahiran membaca label pembalut

Minggu 19
16/5 – 20/5
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PPKI 2016
16/5 – 24/5
Minggu 20
23/5- 27/5
·         Cara-cara mempromosikan barang - pembungkusan

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
28/5 -12/6 CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2016
Minggu 20
23/5- 27/5
·         Cara-cara mempromosikan barang - poster

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 21
13/6- 17/6
·         Cara-cara mempromosikan barang – jualan murah

Minggu 22
20/6- 24/6
·         Menguruskan jualan – melayan pelanggan

Minggu 23
27/6- 1/7
·         Menguruskan jualan – melayan pelanggan

Minggu 24
4/7- 8/7
CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI
Minggu 25
11/7- 15/7
·         Etika jualan

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 26
18/7- 22/7
·         Etika jualan

Minggu 27
25/7- 29/7
·         Merekodkan barang jualan

Minggu 28
1/8- 5/8
·         Merekodkan barang jualan

Minggu 29
8/8- 12/8
·         Merekodkan pendapatan dan perbelanjaan

Minggu 30
15/8- 19/8
·         Merekodkan pendapatan dan perbelanjaan

Minggu 31
22/8- 26/8
·         Mengira untung atau rugi

Minggu 32
29/8- 2/9
·         Mengira untung atau rugi

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 33
5/9- 9/9
·         Mengira untung atau rugi

10/9- 18/9  CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA
Minggu 34
19/9- 23/9
·         Menyediakan akaun ringkas

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 35
26/9- 30/9
·         Menyediakan akaun ringkas

Minggu 36
3/10 – 7/10
·         Menyediakan akaun ringkas

Minggu 37
10/10-14/10
·         Menyediakan akaun ringkas

Minggu 38
17/10- 21/10
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PPKI
Minggu 39
24/10- 28/10

28/10 -1/11 CUTI HARI DEEPAVALI
Minggu 40
31/10- 4/11
·         Penilaian

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 41
7/11- 11/11
·         Penilaian

Minggu 42
14/11- 18/11
·         Rancangan tahun hadapan

Minggu 43
21/11- 25/11
·         Rancangan tahun hadapan

26/11/2016-1/1/2017 CUTI AKHIR TAHUN 2016










13.0 PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI SEKIRANYA DIJALANKAN.

a)      Bersesuaian dengan misi dan visi PPKI SMK Kg Jawa iaitu yang menitikberatkan kemahiran ke arah berdikari.Adalah amat wajar program keusahawanan ini dimulakan.

b)      Berdasarkan ketidakupayaan pelajar menguasai bidang akademik adalah amat wajar memupuk kesedaran dan persediaan memilih keusahawanan sebagai satu alternatif  kepada kerjaya mereka pada masa hadapan.

c)      Mengambil pandangan daripada ramai pengkaji tentang keperluan komponen keusahawan untuk para pelajar khas tidak dapat disangkal lagi.Human (1988) umpamanya menyarankan agar latihan keusahawanan perlu untuk memberi pendedahan kepada para pelajar semasa usia masih muda.Sexton dan Kasarda (1992)berpendapat para pelajar memerlukan kefahaman konsep yang berkaitan dengan keusahawanan serta penerapan ilmu pengetahuan perniagaan merentasi bidang lain agar dapat mengenal pasti bakat yang ada serta merangsang kemahiran  dan perubahan sikap.Meyer (1992) menyarankan adalah sesuatu yang bijak untuk melatih atau menyediakan pelajar khas untuk proses keusahawanan kerana apabila mereka tamat persekolahan nanti ,minat untuk memulakan perniagaan akan wujud.

e)      Menerusi program ini diharap dapat membantu pelajar khas menukar corak pemikiran minda mereka dalam bekerja makan gaji,mengharapkan bantuan kerajaan dan menangih simpati kepada pemikiran uasahawan yang berjaya yang mampu bersaing dengan insan biasa.

f   Program ini perlu dilaksanakan kerana ia adalah penting dan merupakan satu aktiviti pembelajaran yang menarik kerana hampir keseluruhan pelajar khas mempunyai kekurangan dari segi  kemahiran dan peluang untuk melakukan aktiviti jualan hasil ciptaan mereka. Tambahan lagi, hasil tangan murid-murid ini adalah hasil dari pembelajaran mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Seni,Kemahiran Hidup (Masakan /Jahitan/Pertanian). Apabila hasil tangan ini dijual, murid-murid akan mendapat kesedaran tentang kepentingan dan kaitan mata pelajaran Pendidikan Seni dalam kehidupan sebenar. Semasa menjalankan program ini, murid-murid juga akan menyedari kepentingan penggunaan mata pelajaran Matematik semasa proses jual beli dijalankan.


14.0 RUMUSAN
Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di samping menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan mereka.Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan sokongan padu pihak pengurusan terutamanya dari segi kewangan,masa serta sokongan daripada guru-guru khas .Dengan adanya sokongan ini dapat memberikan gambaran yang positif terhadap keupayaan pelajar khas ini.Selain daripada itu,ia juga merupakan salah satu cara yang terbaik yang dapat guru-guru lakukan khas untuk pelajar yang kurang upaya ini.


Disediakan oleh,                                                     


_________________                     

Pn Norzita Mohamed                                             
Guru              
Program Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa

Disediakan oleh,                                                     


_________________                     

Pn Chin Li Hoong                                      
Guru              
Program Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa


Disokong / Tidak Disokong oleh,



_______________________________
Puan Normala binti Misman
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Program Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa




Dilulus / Tidak Lulus oleh,



_______________________________  
Tuan Haji Mohammed Nashan B Singgan
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa.

 KER

2 ulasan:

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!