Jemari terus
menulis menitipkan apa yang bermain diminda…tak terluah dengan kata-kata tapi
dalam hati sentiasa berbicara.
Hati sering
bertanya ada ke insan yang mengerti apa yang kita lalui dan kita
rasa..terkadang kita terpaksa bermonolog sendiri meluahkan segala yang terbuku di hati di
halaman bisu yang sentiasa menemani..
Tidak
mengapa asal hati dapat berbicara meluahkan apa yang dirasa di halaman ini
sudah biasa membuat diri ini tenang.
Alhamdulillah semakin hari semakin
Allah memberikan ketenangan pada diri ini.Semakin bertambah rasa ketabahan diri
yang sebelum ini amat goyah.sudah boleh menerima takdir yang berlaku ..dan
redha dengan Qada dan Qadarnya..pun begitu untuk mengatakan diri ini kuat
sepenuhnya adalah mustahil kerana kadangkala berderai juga airmata bila
sesekali diuji dengan cukup hebat.
Manis juga
ujian ini.dalam pahit dia mengajar erti penghambaan jiwa yang sepenuhnya pada
Ilahi.hati semakin dekat denganNya kerana kita tahu hanya Dia yang sentiasa ada
saat kita suka mahupun duka..Dia tidak pernah jauh dari kita tapi sebaliknya
kita yang selalu jauh dariNya.
Ya Allah andai dapat kuundurkan masa pasti ingin
sekali kuubah segala-galanya…itulah andainya…namun mana mungkin kita dapat
memutarkan kembali semua yang telah
terjadi..tak mungkin kan..namun bersyukurlah bila diuji kita semakin tabah ..
Pada diri ini..teruskan berdiri..aturkan langkah kaki
terus
berlari dan jangan berpaling lagi…tumpukan pada destinasi yang abadi.
..semalam adalah sejarah ,semalam adalah kenangan,semalam adalah serpihan
cerita yang harus dibukukan..
Untuk tenang..jangan fikirkan masalah kerana masalah
sentiasa hadir Cuma kita yang harus kuat
menepuhinya…maafkan semua orang yang menyakiti hati kita..doakan mereka
baik-baik sahaja..apapun yang orang berikan pada kita meskipun
pahit.tersenyumlah dan bersyukur kerana Allah sengaja menguj sejauhmana kita
sabar dan tabah dengan ujianNya
Alhamdulillah
dan Alhamdullillah manisnya ujian bila kita redha menerimanya..
-Anak
Pantai -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!