Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 15 Oktober 2015

Kali Kedua Buat Telur Pindang

Resepi Telur Pindang @ telur rebus berempah
( Masakan Johor )


Telur Ayam atau itik 20 biji
Jintan Manis 1 sudu kecil
Biji Ketumbar 1 sudu besar
Cili Kering 10 batang
Bawang merah 8 ulas ( kulit bawang tidak dibuang-dicuci bersih )
Bawang putih 4 ulas ( kulit bawang tidak dibuang-dicuci bersih )
Serai 2 batang
Halia 2 inci
Lengkuas 2 inci
Daun Jambu Biawas ( muda ) segenggam atau seikat ( boleh beli dipasar borong )
Asam Jawa 2 sudu besar
Garam 3 sudu besar

Cara Membuat

1.Rebus terlebih dahulu telur .pastikan air biar mendidih dahulu barulah masukkan telur dan biarkan 3/4jam barulah diangkat dan disejukkan.

2.Bahan – bahan seperti jintan manis, biji ketumbar , cili kering, halia, bawang merah dan bawang putih ( berserta kulit sekali )dimasukkan ke dalam blender, kisar hingga kesemua bahan separuh halus.

3.Manakala daun jambu ditumbuk atau diramas sahaja. 

4.Panaskan periuk dengan menjerang air separuh periuk terlebih dahulu,pastikan air melebihi paras telur yang ingin direbus.Masukkan kesemua bahan tadi juga perahan asam jawa, masukkan garam dan rebuslah sehingga 4 jam lamanya dengan api yang sederhana, setelah siap bolehlah diangkat.

Info daripada chef- sebelum diangkat telur keluar dari periuk-sebaiknya setelah matikan api biarlah telur itu dalam periuk 15 minit,kemudian barulah diangkat.
Telur pindang sinonim dengan majlis perkahwinan, kenduri, juga boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sebagai lauk tambahan daan boleh juga untuk dijual.


**


Resipi Telur Pindang Warisan Keluarga
Bahan-bahan:

1. Telur Ayam
2. Ketumbar
3. Jintan Kasar
4. Jintan Halus
5. Garam Kasar
6. Cuka
7. Daun Senduduk
8. Daun Salam
9.Serai
10. Lengkuas
11. Halia
12. Kulit Bawang.

Cara Membuat:

1. Asingkan semua daun dari batang.
2. Campurkan bahan no 2,3,4 sehingga sebati dalam bekas yang sama.( bahan A )
3. Cincang halus bahan no 9, 10 dan 11 dan campurkan dalam bekas yang sama.( bahan B )

Cara Susunan Untuk Merebus:

1. Letakkan daun senduduk di bahagian dasar periuk dan ratakan ke seluruh kawasan dasar periuk.
2. Lakukan proses yang sama kepada daun salam.
3. Tabur dan ratakan bahan A dalam periuk.
4. Tabur dan ratakan bahan B dalam periuk.
5. Tabur dan ratakan kulit bawang.
6. Susun telur ayam secara teratur mengikut bentuk periuk. 
7. Ulangi langkah 1 hingga 7 sehingga lapisan terakhir.
8. Iskan air ke dalam periuk sehingga ke paras telur.
9. Setelah itu, taburkan garam kasar.( sekurang-kurangnya 6 beg mengikut jumlah telur).
10. Masukkan setengah botol cuka yang telah dicampur dengan air ke dalam periuk tersebut.
11. Setelah itu, mulalah merebus.

**** tempoh merebus 3 hari 2 malam****
****buka api seperti biasa.Apabila sudah mendidih kecilkan api hari terakhir****

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!