Jemari ini terus menari...entah apa dirasà..nak luahpun tak kena...cuma ada rakan guru yang meluahkan rasa terkilan bila tiada ucapan terima kasih dari orang lain.
Untuk apa kita rasa terkilan...tidak perlulah penghargaan manusia.Allah kan sentiasa melihat àpa yang kita lakukan.yang penting niat kita untuk apa .
Tak dinafikan dulu pernah rasa terkilan dengan segala yang dilakukan seperti tidak dihargai..dihina .dibenci menjadi umpatan orang lain sudah menjadi lumrah..apa yang dilakukan menjadi bualan orang .
walaupun niat kita murni sering dijadikan salah fàham orang..tapi itu dulu.Allah sentiasa bersama jika niat murni kita itu ikhlas.kekuatan menghadapi masàlah itulah yang nikmat besar yang kita dapat.kita tak mudah goyah dengan insan- insan yang ingin melihat kita jatuh..sebaliknya lagi besar ujian lagi hebat kita tunjukkan pada insan-insan yang mrmbenci kita..doakan yang baik-baik sahaja buat mereka.maafkan mereka dan jangan juga kita lupa .yang kita juga seperti mereka yang sentiasa membuat kesilapan..
Senyumlah senjata utama untuk diri sentiasa tenang..ditolak ke kiri kita tersenyum ditolak ke kanan pun senyum tetap terukir di bibir...
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Isnin, 25 Mei 2015
Dari Hati Ini..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!