Teman sekalian
Masa begitu pantas beredar
Sedar tak sedar kita semakin menginjak tua rupanya
Rupanya ada lagi pertemuan kita
Bila berjumpa banyak cerita kita kongsikan
Rupanya kita semua ada cerita yang menarik untuk dikongsi
Bila berjumpa kita imbas balik kenangan zaman sekolah dulu
Dan aku pastinya insan yang paling sedikit berkongsi cerita kerana diri ini tidak punya banyak kenangan manis
Apakan daya
Inilah takdirku
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Jumaat, 20 Februari 2015
Teman SeMKO 86-90
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!