Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 1 Januari 2015

Ubi kayu

Cerita tentang ubi kayu...terkadang buat diri ini tersenyum pahit tapi adakalanya tersenyum manis...
Apatah lagi di musim-musim hujan begini..ubi kayu dijual merata- rata di tepi-tepi jalan...mudah je nak membelinya tapi harga ubi kayu sekarang mengalahkan harga ubi kentang..namun demi menuntut tekak yang nak makan ni tetap juga membelinya..
Bagi aku kemanapun aku pergi ubi kayu tetap dihati...makanan ruji kami tika dalam kesusahan dulu menyebabkan aku tidak mudah untuk melupakan ubi kayu.lapar je mak rebus ubi kayu..rebus tawar cicah pulok dengan ikan masin atau ikan jeruk..terkadang mak rebus terus letak gula ini yang aku suka..letak banyak- banyak gula lepas tu cari ubi yang lembik dan berair..fuyo  sedapnya..mak juga akan gaul ubi kayu dengar nyiur letak garam dan gula makan pula dengan ditemani air kopi...sedap hingga kenyang perut...
Tapi kini ubi kayu bukan menjadi pilihan ansk- anak walaupun aku cuba mendidik dia orang untuk menghayati ubi kayu ni..namun dipandang sepi..

####rindunya suasana dulu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!