Salam perpisahan 2014
Pergilah..bawakan bersama cerita duka itu
Agar tidak lagi jiwa ini bercelaru dan resah memikirkan tentangnya...
Selamat bertemu 2015
Kutunggu hadirmu
Berikanlah harapan sinar terang itu milik kami
Melawan arus kehidupan dengan pelbagai cerita
2015..
Dalam anjakan usia...seiring jua dengan matangnya fikiran dan tindakan
Jadikan diri ini tidak mudah goyah dengan segala ujian yang mendatang..
Jauhkan diri ini dari insan- insan yang membawa kehancuran
Semoga Ilahi sentiasa bersama memandu tiap langkahku agar tidak tersungkur untuk sekian kali...
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Khamis, 1 Januari 2015
2015...Selamat Datang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!