Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 18 Januari 2015

Timba dan perigi

Timba dan perigi satu ketika dahulu meninggalkan seribu kenangan pada diri ini...penuh suka dan duka.
Apatahnya..kemiskinan yang melingkari  dan  kehidupan tika dan saat itu.
Menumpang perigi orang....untuk aktiviti mandi dan mencuci pakaian dan segalanya..
2 buah perigi yang digunakan.satu terpaksa melintas jalanraya yang besar untuk ke perigi dan satu lagi melintasi sebuah rumah orang lain untuk ke sana.
Ketika itu usia remaja.diri tidak terlepas diusik insan-insan nakal yang cuba mendekati..ketika itu malu dan rimas dengan suasana yang seperti itu.namun apa boleh buat..tempuhi dengan muka yang at tebal...kerana perigi ini dilontarkan satu teka teki..disuruh memilih satu daripada kotak dan kotak emas menjadi pilihanku.sampai sekarang jawapan itu masih blm kutemui.

Mengarut pulak...cerita dan perigi..aku suka guna timba besi ini ringan dan kecik.tapi arwah ayah ada juga membuatkan timba dari plastik bekas sabun atau minyak masak.paling aku suka guna perigi atau telaga ni bila musim hujan.bukannya apa perigi biasanya akan menjadi dalam hingga kita dapat cedok macam tu je..senang sikit nak cedok air dan taklah penat sangat nak karai nya...

Bila musim kemarau ini yang buat penat sikit..telaga akan menjadi dalam..penat untuk kita mencedok air..seingat aku dulu tapak tangan habis jadi keras dan mengerutu...hmm kenangan mengusik jiwa dan terlalu mahal harganya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!