Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 12 November 2014

RESEPI APAM BERAS

Apam beras...pertama kali buat alhamdulillah menjadi
2 cawan nasi
3 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula putih
1 1/2 cawan air suam
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno
Caranya:
1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan gula, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam .Bancuhlah malam kukus pukul 5 pagi).
2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
4. Boleh di makan dengan kelapa parut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!