Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 11 November 2014

Bahasa-Bahasa Figuratif yang sentiasa Digunakan Dalam Pengacaraan

1.Dilihat pokok dari buahnya
   Dilihat manusia dari bahasanya

2.Majlis merakamkan setinggi -tinggi penghargaan dan terima kasih.

3.Semakin meruntun selera

4.Menyemai semangat kecintaan terhadap tanah air

5.Satu budaya warisan mekar menghias taman tamadun bangsa

6.Kumpulan EWASARA baru saja melancarkan album mereka yang pertama

7.Sekarang saat yang ditunggu-tunggu telah tiba

8.Aktiviti bagi memenuhi hasrat dan agenda tersirat

9.Sampai kita ke pokok acara

10.Seagai rakaman rasa kasih mengabdikan kenangan

11.Sebagai pembuka tirai acara

12. Doa dipanjat semoga majlis bertambah berkat

13.melupakan segala yang pahit dan mengaut yang ,manis-manis untuk dibawa pulang

14. Tuan-tuan dan puan -puan kerana sudi hadir mewarnakan perayaan kita pada tahun ini

15. sebagai menutup sampul perayaan kita pagi ini

16.sekarang tiba kita acara yang ditunggu-tunggu

17.Hadiah pertama disandang oleh

18.menjamu selera

19.nyayian yang begitu mendayu dan syahdu

20.Pelajar contoh 2014 jatuh kepada....

21.Tiba masanya kita ke arena kemuncak

22. Sebagai penutup tirai kita pada pagi ini

23.Semoga seri budaya kita tak luput ditelan arus kemodenan

24.......dipersilakan untuk menyempurnakan majlis

25.kita akan hanyut dan alpa dibawa arus kemodenan

26. kita sama-sama mnyingkap kemabali tirai sejarah lama

27....agar ianya meniupkan semangat anak-anak

28. Saat dinanti saat ditunggu
      Tuan bestari istimewanya tamu

29. Sampai hajat dihati
      menjemput tuan datang ke mari

30. terurai rasa yang resah
      terlerai rasa yang gelisah
      bijak sungguh tuan bermadah
      madah indah penuh amanah

31. disulam puisi kata-kata
      disulam majlis dengan amanat

32.berucap sudah bermadah sudah
     eloklah pula ditambah seri

33. untaian madah kata aluan
      untaian ingatan sepanjang zaman

34. titis hujan dibumi tercinta
      pelangi pagi menyeri wajah
      setaman cempaka
      wangi sempurna
      bersusun kasih
      berjunjung sayang
      menenun bakti
      menyulam budi
      sesantun susila
      sehalus sutera hati

35 . Selesai sudah upacara seri
       upacara indah penuh bererti

36. Adat berbahasa menyampaikan pesan
      Adat upacara menyampaikan ucapan

37. yang ditunggu sudah tiba
      yang dinanti sudah tersedia

38. dilafaz salam diucapkan selamat
      bersama-sama mendapat berkat
      majlis mulia majlis bererti
      mendaulat bahasa negara kita.

39. penyeri majlis pembuka acara
      persembahan syair dan persembahan koir

40. menurut adat dan tradisi pelancaran
      diafaz ikrar bahasa kebangsaan
      disusuli oleh upacara penyerahan
      kepada ketua menteri ikrar diserahkan

41. berjabat tangan tanda mesra
      palu-paluan pelbagai bunyi
      jemputan diterima penuh budi bahasa
      hadirmu tuan menambah seri

42. terukir salam nan ikhlas
      terungkap kata nan sopan

43. tersimpan di dalam hati
      termeterai diingatan
      pesanmu tuan tetap berharga
      majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

44. kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan

45. masakan kami lupa tujuan mengundang
      bicara pemimpin yang tidak pernah gersang
      menyemarak semangat terangsang
      untuk dibilas diperahpun tidak
      hampasnya untuk dibuang
      amanat dato sebagai pesanan
      kepada anak didik yang tersayang.

46. orang berbudi kita berbahasa
      orang memberi kita merasa

47. hebat jua lakonan tadi
      buat orang tak  kering gusi

48. Bismillah awal bicara
      dibuka majlis indah serinya
      majlis bersama anugerah sastera
      menempa sejarah ulung kalinya

49. sungguh bernas ucapanmu tuan
      setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan

50. ucapan disampaikan penuh bermakna
      semoga menjadi dorongan untuk semua

51. orang berbudi kita berbahasa
      budi suci perlu diperlihara

52. terhulur salam nan ikhlas
      terungkap rasa nan sopan
      dimulakan dimajlis ini
      majlis bernama Majlis motivasi dan Kemerlangan murid

53. Bismillah mula asal yang baku
      demikian kata orang tua
      demikian jugalah dimulakan majlis ini

54. disulam puisi dengan kata
      disulam majlis dengan amanah

55. untaian madah kata aluan
      untaian ingatan sepanjang zaman

60. sampai juga hajat dihati
      menjemput tuan datang ke mari.

61. berucap sudah bermadah sudah
      eloklah pula ditambah seri

62. terurai rasa rasa resah
      terlerai rasa gelisah
      bijak sungguh tuan bermadah
      madah indah penuh amanah.


63. selesai sudah upacara seri
      upacara indah penuh bestari

64.adat berbahasa menyampaikan pesan
     adat upacara menyampaikan ucapan aluan


65. yang ditunggu sudahlah tiba
      yang dinanti sudah tersedia
      acara kemuncak majlis ini
      ucapan dan amanat ketua menteri
      tokoh unggul yang kita cintai.

66. dilafaz salam diucapkan selamat
      bersama-sama mendapat berkat
      majlis mulia majlis bererti
      mendaulat bahasa negara ini

67. ampun maaaf kami pohonkan
      andai terdapat kesilapan
      terima kasih juga kami ucapkan
      jumpa lagi tahun hadapan

68. sudah menjadi tradisi sesebuah institusi
      yang berjaya penghormatan diberi
      yang cemerlang pasti dijulang
      yang akan pergi dirai

69. kalau tidak dipecahkan ruyung
      manakan dapat sagunya.

70. tiada lagu tanpa irama
      tiada irama pincanglah ia

71. setiap yang baik pasti dibalas baik
      yang rajin pasti mendapat ganjarannya
      bak kata pepatah
      menabur biji tentu ada hasilnya

72. setiap bermula pasti berakhir
      yang kurang manis dijadikan sempadan

73. tiada seri malam tanpa bulan bintang. begitulah dengan majlis kita pada petang ini tanpa                     mendengar ucapan YB Menteri.

74 . atap sudah rumah pun sudah
       kini masanya menaikkan bendera
       berjabat sudah berucappun sudah
       tiba masanya menjamu selera

75. majlis diteruskan dengan cabutan bertuah.untuk itu kita mempersilaka....................YDP  PIBG           untuk mencabut nombor-nombor bertuah.

76. burung nuri burung tempua
      jinak-jinak burung merpati
      insyaAllah  kiranya dipanjangkan usia
      tahun hadapan berjumpa lagi.

77. terbang tinggi burung merpati.
      terbang melayang melewati awan
      tetamu kehormat sudah menanti
      untuk berucap penuh wawasan
     

     


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!