Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 14 September 2013

Struktur Pengurusan Majlis

Struktur Pengurusan Majlis

  • Perancangan
  • Persiapan
  • Raptai & Pelaksanaan
  • Penilaian (Post Mortem)
  • Penghargaan
Perancangan Pemilihan tarikh
Masa dan tempat
Penubuhan Jawatankuasa dan agihan tugas
Tetamu Kehormat
Bajet
Program
Persiapan Senarai jemputan dan kad
Buku program dan atur cara pentadbiran
Kod pakaian
Peralatan dan kemudahan lain
Pengangkutan dan penginapan
Permaidani merah
Liputan media
Alat siar raya
Sambutan
Pengacara majlis
Bacaan doa
Cenderamata
Jamuan
Penyambut tetamu
Raptai & Pelaksanaan Raptai
  • Biasanya diadakan sekali atau dua kali sebelum acara sebenar berlangsung
  • Tujuan utama ialah bagi memastikan majlis sebenar akan berlangsung dengan lancar sebagaimana dirancang
  • Semasa raptai diadakan, senarai semak perlu disediakan bersama atur cara majlis sebagai panduan semasa mengadakan raptai agar kelemahan dapat dikenalpasti segera
  • Seorang atau lebih pegawai dilantik bagi mengendalikan perjalanan keseluruhan majlis
  • Semua Pengerusi bagi setiap Jawatankuasa perlu hadir semasa raptai
Pelaksanaan Susunan Tempat DudukPrinsip 1i) STD hendaklah disusun mengikut kekananan. Keutamaan bermula dari kanan tetamu kehormat sama ada bersebelahan, beriringan atau bersetentangan
ii) Dif yang paling hampir sekali dengan Tetamu Kehormat ialah dif yang terkanan & STD bermula dari sebelah kanan TK
iii) Isteri duduk di sebelah kiri
iv) Jumlah Dif di atas pentas dihadkan kepada 3,5,7 (jemputan seorang) atau 4,6,8 (jemputam dengan isteri)

Prinsip 2i) Jumlah dif-dif atas pentas khas hendaklah dihadkan, tujuannya ialah untuk memberi tumpuan kepada mereka yang berkenaan sahaja
ii) Hos akan duduk di sebelah kanan Tetamu Kehormat
iii) Cara Susunan Keutamaan hendaklah dimulakan dari kanan ke kiri
STD di atas pentas hendaklah ditentukan dengan peranan dan tugas yang dimainkan oleh VIP

Prinsip 3i) Dalam majlis menggunakan meja panjang tetamu wanita tidak duduk mengetuai kecuali susunan keutamaan itu adalah susunan keutamaan wanita itu sendiri
ii) Wanita tidak duduk di hujung meja khas/panjang
iii) STD di meja bulat hendaklah dipenuhi dalam satu bulatan 360 darjah kecuali dalam keadaan di mana meja Di Raja hendaklah kerusi yang membelakangkan meja Di Raja dikosongkan
Penilaian
(Post Mortem)
i) Dibuat selepas selesai sesuatu majlis
ii) Bertujuan mengenalpasti kelemahan dan kejayaan sesuatu majlis
iii) Pemerhatian dan komen akan direkod untuk rujukan masa depan
Penghargaan i) Sebagai tanda menghargai penglibatan semua yang terlibat dalam menjayakan sesuatu majlis
ii) Boleh dibuat dalam pelbagai betuk :
  • Sijil Penghargaan
  • Majlis Penghargaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!