Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 18 Ogos 2013

Resepi Lepat Pisang Kasih Sayang..(Sebab buat dari hati )hihi

Petang tadi ,selepas buat kerepek seaweed..tertiba hujan turun dengan lebatnya..dalam hati bagus je kalau saya buatlepat pisang ..buat kejutan sikit untuk en suami sebab bila dia bangun tidur lepat pisang dah terhidang atas meja....sebab pagi tadi masuk je en suami kat dapur permintaan dia nak suruh saya buat lepat pisang..sebenarnya permintaan dia sama dengan keinginan saya ..serasi betulalh.selalunya kami macam nilah apa yang terlintas saya nak masak itu yang akan terlintas difikirannya jugak..



Bahan-Bahan
12 biji pisang (sukahatilah pisang apapun janji pisang bukan betik ya.opps.)

1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
3/4 cawan gula pasir - boleh dikurangkan kalau pisang dah manis. saya guna 1/3 cawan

secubit garam
telur(kalau suka tak letakpun tak apa)




Cara Membuatnya   

  • Panaskan kukusan/salai daun pisang supaya lembut
  • Lecek pisang .
  • Masukkan santan. Kacau sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tengok kalau adunan sudah pekat tidak perlulah  habiskan kesemua tepung. Kalau masih cair boleh tambah tepung sikit lagi.
  • Ambil dua sudu besar adunan, letak atas daun pisang.
  • Lipatlah macam lepat pisang yang selalu kita tengok tu. (sambil-sambil tu boleh lah panaskan periuk kukusan)
Atur lepat dalam loyang pengukus.Kukus selama 30-45 minit atau sampai kuih masak.
Cubalah ya..yang penting buat dengan kasih sayang...
En suami..awak suka tak..
Kih-kih..
-Anak Pantai-
  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!