Sejujurnya sejak duduk kat Kuchinglah saya mengetahui benda alah ni..memang sebelum ni langsung tidak mengenali.Rupanya kerepek ini sangatlah sedap dan yang pentingnya lagi buat dia sangat senang..bila lihat anak-anak rupanya suka begitu dengan en suami saya ni...
Menjadi rupanya ..tak rugi duduk kat saraawak ni banyak ilmu yang dipeolehi...
Jomlah cuba...kalau dah rasa pasti nak lagi..
Inilah rupa seaweed
Kulit popia
Terlebih sapu telurlah pulak
Seaweed
Anak dara ni yang sama membantu dan sorang tu tukang menyibuk
Potongkan jadi kecil .Potongan sukahati...
Goreng dengan kepanasan yang sederhana
Siap untuk di makan..
Di bawah ini saya kongsikan resepinya..
Bahan-Bahan
kulit popia
seaweedserbuk lada sulah(kalau taknak letakpun tak apa)
telur
Caranya:
1. Pukul telur dengan serbuk perasa sehingga sebati. Ini diguna sebagai pelekat kulit popia nanti'
2. Sediakan kulit popia, sapukan telur yang telah dicampur perasa dengan menggunakan berus atau sudu
3. Susunkan seaweed dan sapukan sekali lagi telur dan lekatkan dengan sehelai kulit popia seperti dalam gambar di atas.
4. Setelah itu
guntingkan kecil-kecil dan goreng.
sedia untuk di makan.
-Anak Pantai-
tumpang tanya sis..kat mana sya bleh dapatkan seaweed tu yea
BalasPadamdi pasaraya2 bahagian sagu biji, asam keping ,keropok keping...dan sewaktu dgn nya..kalu kat Sarawak ni saya beli kat choice
PadamSalam kak.. serbuk perasa apa yang paling sedap nk taruk dalam telur tu? Cukup rasa atau ajinomoto?.sy pernah makan kerepek ni, tapi rasa mcam ikan bilis perasanye.ada idea?
BalasPadamSaya Hanya letak serbuk lada sulah Sahaja sebab sewed tu mmg dah masin
BalasPadamasalam kak. kulit popia tu jenama ape ye?
BalasPadamSaya pakai yang plastik warna biru...mungkin orang lain suka warna lain
PadamAkak pakai seaweed brand ape ye?
BalasPadamSedapp nyaaaa
BalasPadamcubalah
Padam