menulis ikut rasa hati sendiri......yang penting hati tenang bila jemari dapat menulis.
Perjalanan hidup ini macam inilah..tidak selalu bahagia dan tidak juga selalu sedih.kebahagiaan dan kesedihan sentiasa hadir cuma bagaimana kita mengatasinya...dalam duka ada bahagia..dalam bahagia ada duka..hmmm
Untuk menjadi yang terbaik perlu lah berusaha.bukannya hanya pandai berkata-kata tapi perlulah seiring dengan usaha yang bersungguh-sungguh..setiap kejayaan tidak akan datang bergolek umpama roda tapi perlu dihadapi seperti satu pendakian yang amat tinggi dan menempuh pelbagai kesukaran..
Sering kali diuji seringkali juga di keji namun kerana ketabahan diri serta rahmat dari-Nya...diri ini masih mampu berdiri...
Tiap kebaikan yang dilakukan kadangkala perlu dihebahkan dengan niat untuk mendidik orang lain melakukan kebaikan...Jangan segan lakukan kebaikan walau terkadang kebaikan disalah tafsirkan..
Ilmu yang baik tidak perlu disembunyikan ...jangan kedekut berkongsi ilmu,jangan bimbang orang lain akan mengatasi kita sebaliknya kita bersyukur dengan ilmu yang sedikit kita berikan mampu membuat hidup orang lain keriangan..
Korban kepentingan sendiri demi kebahagiaan orang lain sukar untuk dilakukan tapi amat bahagia jika dapat dilaksanakan...
Kesusahan menyedarkan kita .kesenangan mengalpakan kita..kadang kala kita perlu susah juga supaya kita tidak terus menerus hidup dalam kealpaan..
Selagi ada masa berubahlah demi diri sendiri dan orang lain..
Bersyukur seharusnya dalam semua perkara yang kita lakukan..kerana Allah amat menyukai hambanya yang bersyukur..
Fikirkanlah positif dalam semua perkara yang diberikan ...pasti segalanya akan berjalan lancar..
-Anak Pantai-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!