Telah dua minggu kita berjaya melaksanakan ibadat puasa..Bermakna dua minggu lagi Aidilfitri akan menyusul.Sebenarnya terasa benar kelaianan kali ini.
Tidak teruja langsung untuk menyambut Aidilfitri nie..
Hingga ke saat ini persiapan raya entah kemana.Melihat orang lain bersemangat untuk sambut raya..jelespun ada..Semangat orang lain dengar lagu raya tapi diri ini dengar tapi tiada perasaan.
Mungkin tahun ini raya tidak bersama keluarga di kampung..faktor terbesar yang menyumbang kelunturan semangat untuk beraya..
Bukan tidak berpeluang dengan cuti..14 hari cuti persekolahan sudah cukup untuk diri ini pulang ,apatah lagi suami pun setuju kalau nak balik beraya di kampung..
tapi semangat menjadi turun ke negatif bila teringatkan beberapa perkara yang menghalang untuk diri ini pulang..
Nak tahu kenapa..
Kerisauan pada anak yang akan mengambil UPSR tak lama lagi selepas raya..Singkat sangat masa dah..kalau boleh beringat dari beberapa perkara supaya tidak berlaku benda-benda yang menyusahkan dia..
Yang kedua..insan tersayang pulak tu tak banyak cuti.Kalau balik raya sekejap je dengan insan tersayang buat apa kan.Kesian pulak kat dia duduk Sarawak sorang-sorang..Biar susah senang bersama..Lagipun ada hati yang perlu dijaga..kalau ikut tahun ni nak beraya di Kelantan.Lama dah tak menikmati pertama raya di rumah mertua..kalau tahun ni balikpun pasti balik Terengganu kut bila cuti suami takde..dari menjadi salah faham..biarlah raya ini berjauhan .sok-sok-sok...
Takpelah ramai lagi insan yang senasib dengan diri ini ...kesedihan di Aidilfitri tanpa insan tersayang adalah suatu yang amat menyakitkan...Fikirkanlah insan-insan yang telah kehilangan...betapa syahdu bila alunan takbir bergema..
Rasanya ini adalah terakhir raya kat kuching..Tahun depan mungkin dah tidak berkesempatan lagi.Kalau dengar ura-ura tu mungkin terlibatlah kami dengan perpindahan...adillah kan permulaan datang ke Kuching kami beraya di Kuching .Penutuppun eloklah raya kat Kuching ..Seimbang kata orang..nilah salah satu cara terapi menyedap kan hati orang tak boleh balik kampung. yang pasti seminggu dua ni janganlah gatal kaki lalu ikut lapangan terbang..jiwa pasti meronta tengok orang balik kampung..tapi tak tahan dekat nak cuti minggu depan..ramai yang akan tanya tak balik kg ke...hish soalan yang paling syahdu untuk aku tahun ni...dan akupun mula menjadi penglipurlara menjawab tiap soalan dengan penuh kesyahduan ..mohon simpatilah tu..
Sebenarnya satu faktor yang mengikat kaki ini tidak balik beraya adalah kerana ...takpelah tak yah citerlah..kesusahan kita biar kita je yang tahu..
Di mana nak cari duit ribu-ribu lemon tu ya..
nak juga letak besen tengah halaman rumah waktu malam..mana tahu ada rezeki bangun pagi duit penuh dalam besen tu..bertuahlah hidup ko ita kalau jadi macam tu..Tapi tak mustahilpun kerana segalanya adalah kehendak dan kuasa dari-Nya..
Tak berpeluanglah kali ni nak makan ketupat nasi mak di pagi raya...
Tak berpeluanglah kali ni nak makan ketupat nasi mak di pagi raya...
-Anak Pantai-
pejam mata bayangkan saat -saat terindah bersama insan-insan tersayang..itulah cara yang paling bekesan..
pejam mata bayangkan saat -saat terindah bersama insan-insan tersayang..itulah cara yang paling bekesan..
tapi kerinduan akan pasti semakin menebal..
sebak di hati siapa tahu..
sebak di hati siapa tahu..
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!