Hati terfikir bagaimana pokok kaktus boleh hidup di padang yang gersang ,yang pastinya jauh dari untuk mendapatkan keperluan air..Tapi itu semua adalah kehendak Ilahi..Allah yang Maha Kaya ,Maha Pencipta ,semuanya boleh terjadi..
Apakah kelebihan kaktus ni...
Hanya pokok yang hodoh.berduri tapi akhirnya menumbuhkan bunga yang cantik dan berbau harum.
Tidak perlu disiram setiap waktu ,mudahnya perjagaan dia.
salah satu spesis mahkluk Allah yang boleh bertahan hidup di padang pasir..
Memiliki kelebihan menyimpan air di dalam akar,daun dan pangkal pokok dalam tempoh masa yang lama dan kuantiti air semaksima mungkin selepas hujan yang sedikit.
Allah jadikan pula duri-duri yang tajam sebagai pelindung daripada haiwan pemangsa selain daripada berfungsi menghalang tiupan angin kuat dan mengurangkan penyejatan air di dalam pokok.
Sesuai dengan makna kaktus ini dalam bahasa arab iaitu"sabar" sememangnya pokok ini mempunyai sifat yang sabar..Menunggu jangkamasa yang lama untuk melihatnya berbunga dan dipandang cantik..
akhirnya menjadi kesayangan orang..
Begitu juga diri ini..bila difikirkan elok juga menjadikan diri setabah kaktus...Harus sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada diri..Bila difikirkan...setiap kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa diharungi dulu kepayahan dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Yang penting bina keuatan diri untuk menutup kekurangan dan kelemahan pada diri..Kekurangan rupa boleh ditutupi dengan kecerdasan dan ilmu yang berguna.Dan paling kita tidak harus lupa minta lah selalu daripada Allah agar apa yang ditentukan olehNya dapat kita rentasi dengan mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!