Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 16 September 2012

Kunjungan Kucing Memberikan kita pahala

 
Bersyukurlah kerana kita insan yang terpilih oleh Allah menjadi tempat kunjungan kucing-kucing yang terbiar datang ke rumah kita
Selama ini kita seakan terlupa dan cukup marah jika dikunjungi oleh kucing terbiar.Nampaknya kelibat kucing tu..pasti batang lidi cepat je kita genggam dan mulalah kucing tu menjadi mangsa..Sedangkan sebaliknya tanpa kita sedari Allah ingin memberikan kita pahala percuma tanpa kita membuang duit untuk kucing itu.
Hanya lebihan makanan kita  je yang kucing harapkan bukan minta makanan barupun..kita marah kucing bila esok kucing tu datang lagi..Hakikatnya yang membukakan pintu hati kucing ke rumah kita adalah Allah.Kerana Allah tahu sifat kita yang pemurah berbanding dengan orang lain.Jangan kerana rungutan kita setiap hari Allah menutup pintu hati kucing tu untuk bertandang lagi..tanpa kita sedari pahala yang amat mudah kita dapat sebelum ini sudah tiada lagi..Doa dari kucing pun tak lagi kita dapati..
Sedarlah kawan-kawan ..ubahlah sikap kita selepas ini..Mari sama-sama membantu kucing atau apa sahaja mahkluk Allah di muka bumi ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!