Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 30 Mac 2010

Malam Itu Milik Kita....

You Are My Last Thought At Night 
Buat teman yang ada pada malam ini...yang baca bloq nie...tq.Semoga tidur kalian selepas ini diulit mimpi yang indah..Begitu juga pada teman yang masih berjaga sesungguhnya malam itu amat indah bila dihayati....
If I Was There Tonight 
Andai ada bulan,pastinya kita akan memandang bulan yang sama
Good Night Graphic #85

Selamat Menempuh Exam Buat Ieda (Adik Bongsuku)

My best wishes are with you 
Selamat Menghadapi peperiksaan untuk IDA ...Buat yang terbaik okey...Semoga tenang menjawab soalan .Jangan stress sangat..tempuhinya dengan tabah , usaha serta tawakal .
Good Luck 
Good Luck

Hari Selasa Yang Indah..

Never Stop SharingHari ini terpaksa cuti sakit lagi..memang sukar untuk bergerak..Mungkin berubahnya usia berubah jua lah kesihatan yang ada..Dah tua rupanya aku ni....
Pepagi lagi aktiviti hari ini terbuka facebook. kebetulan lina kawan lama masa kompleks dulu ada sama..apa lagi chatting lah aktiviti kami...Lina ...Tak sangka Facebook mendekatkan kita kan..Apa yang kita kongsi pastilah hanya kita je yang tau...Sesungguhnya memori silam datang silih  berganti kini...Terkenang saat kita di SMK Kompleks dulu..Tapi kan Na....kenangan antara kita sejak di sekolah rendah lagikan..Yang pasti kini antara kita menyulam satu kehidupan keluarga yang amat indah.Syukur kita kepada Allah kerana memberikan insan tersayang yang tahu menghormati hati kita dan amat menyayangi kita walau seringkali diri teruji dengan rencah hidup ini...Buat zu...aku terlalu sayang padamu zu...walaupun dimana aku berada tak akan aku lupa insan yang banyak di sisiku tika ku susah dan senang dulu.....

Sajak Buat Teman

Tuesday Graphic #4...
Teman
Bicara ini buatmu...
Yang seringkali ada
Biarpun masa sentiasa beralih..
Keadaan sentiasa berubah..
Tapi dirimu tak pernah berubah....
Teman...
Sesekali masa silam kusingkap
Terasa semalam segarnya berlaku
Memori kau dan aku tercipta
Dalam gurau senda kita
Ada jua lagu duka
Kita alunkan bersama
Mengikut tari kehidupan....
Teman...
Memang rencah hidup kita
Pertemuan,perpisahan....
Silih berganti...
Tapi dirimu tetap abadi 
Di sudut hati...
Kerana dirimu insan yang sentiasa ku sayangi........
I sure miss you a lot...

Isnin, 29 Mac 2010

Persahabatan bertaut kembali.

Friends Are Always There
Tak sangka buat facebook tak sampai seminggu dah jupe balik teman-teman masa Sek Men Kompleks dulu..Memang tak terduga langsungpun dapat bercerita balik dengan Zue,Lina ,Emi, Mus dan Zulsyam..
Sesungguhnya zaman persekolahan kita banyak memori indah waktu persekolahan..Kini bila dah masing-masing jadi isteri dan suami...dan juga punya anak-anak baru bertemu balik.tu pun di alam maya je...Apapun Tq pada kalian semua kerana masih ingat diri ini...

Khamis, 25 Mac 2010

Aktiviti Hari ini.

Thursday Graphic #6
Aktiviti sepanjang hari Khamis(PKBP SMK Demak Baru)
  • Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.
  • Sambutan Hari Jadi pelajar PKBP 8 (Ridzuan Azani).
  • Latihan Bowling di BDC,Tabuan Jaya.
  • Persedian Pameran Antarabangsa.

Rabu, 24 Mac 2010

Buat Cikgu Deana

A loyal friend
Semoga sentiasa berjaya di sana...Tabahkan hati dengan segala cabaran yang mendatang.

Rindu kat kalian

Miss U 
Rasanya setiap hari nak bagi tau diri ini sentiasa rindu pada insan-insan yang paling aku sayangi.....Moga kalian semua sentiasa dirahmati Allah..
Tengok gambar kat atas nie...sebenarnya ada kenangan jugak...Dulu masa kat kg aku sentiasa menyusuri gigi air dan pasti tangan tak akan lupa menitipkan beberapa ayat kat pasir tu.Bila ombak tu datang, catatan itu akan hilang,Bila hilang aku tulis lagi...Segala perasaan yang terpendam semuanya aku curah kat pasir tu...Kini dah ada bloq sendiri...pasir tidak kutinggalkan tetapi kerana bloq ada,curah kat bloq jelah..tetapi sesekali ke pantai pasti tangan tetap akan menari-nari menuliskan bait kata..Anak pantailah katakan.

Kau Tetap Abadi

Your friendship
Waktu yang berlalu........
Meninggalkan banyak memori
Cerita kita
Menjadi kenangan kini
Telah pun kusimpan
Dalam ingatan ini.
Segar di sudut hati
Kerana apa yang terjadi
Seperti mimpi-mimpi
Datang dan pergi
Suka duka kita silih berganti
Kita harungi dengan berani
Keranamu teman...
Tak terupaya untuk kutinggalkan
Walau memori baru sentiasa bertandang...
Kerana Memori bersamamu....
Abadi di hati...

Aktiviti Hari Ini

Happy Wednesday 
Aktiviti hari nie..pepagi sibuk dah buat kraftangan dengan kelas PKBP 2.Buat alat muzik maracas .Tak boleh nak tunjuk lagi.Minggu depan baru boleh tunjuk kat sini.Yang paling buat aku sibuk duk melayan murid-murid kelas perdana yang buat hal.Banyak jugak surat-surat pertuduhan perlu ditaip untuk mereka.Budak nie satu,dahlah tak pandai dan miskin lak tu,tapi miskin jugak budi pekerti...terharu aku ingat kesusahan mak bapak mereka tapi anak tak menghargainya..bila aku kenangkan sememangnya aku bertuah kerana Allah memberikan aku kekuatan untuk menempuh cabaran kemiskinan...Disamping tu jugak perlu kemaskinikan bloq PKBP jugak..Semua guru sibuk sekarang nie kerana persediaan pameran pendidikan antarabangsa di Kuching ,nanti.

Selasa, 23 Mac 2010

Hari Selasa Yang Sibuk

Tuesday Graphic #9Hari ini perjalanan pekerjaan sedikit kelam kabut.Apatahnya terpaksa uruskan surat-surat pertuduhan murid yang ponteng semalam...Tak dapat dielak terpaksalah suruh PPM Nilip untuk menjaga kelas..Tq deh atas kerjasama.
Hari nie ada satu perkara jauh di sudut hati ,aku terlalu pilu bila dengar khabar berita murid buta iaitu Farid akan diberhentikan dari PKBP...Nak buat camana aku kena ikut pihak yang lebih berkuasa..Kalau lah aku ,rasanya aku cuba memejam mata untuk biar kan saja dia di situ.Yang paling terasa tadi PPM Pauziah yang terus menanggis apabila kukhabarkan berita sedih nie...Mungkin hati kita berdua mudah tersentuh ...Tapi dalam hati terfikir jugak adakah orang lain berfikir macam yang aku fikirkan.....

Ahad, 21 Mac 2010

Airmata Rindu..

zwani.com myspace graphic comments 
Biar Derita
Biar sengsara 
Aku Rela
Asalkan Kau Bahagia
Itu Ku Ingin Kau Tahu
Duhai..
Ibu dan Ayahku.
Ibu bapa mertuaku
Suamiku
Anak-anakku
Juga darah sedagingku...
Jua insan-nsan yang menyayangiku...
Telah ku Cuba 
Melakukan Yang Termampu...
Demi kebahagiaan Kalian..
Cuma Maafkan Aku...
Andai Aku masih gagal Membuatkan
Kalian Gembira.




Sabtu, 20 Mac 2010

Ayat-Ayat Al Quran Yang Boleh Diamalkan

zwani.com myspace graphic comments 
  Untuk elak suami/isteri dan anak-anak bergaduh   Surah Al Baqarah - Ayat 102  
Ana-anak pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79  
Anak-anak lembt hati dan  elak panas baran   Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak-anak malas sekolah Surah Toha ayat 1-5  
Supaya Suami tidak kawin lain   Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil  
Ayat pendinding   Ayat akhir surah At Taubah  
Bagi anak-anak yang suka keluar malam   Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x  
Untuk menjadi pendinding rumah   Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah  

1 minit untuk mengingat Allah

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
*  SUBHANA'LLAH
*  ALHAMDULI'LLAH
LAA I LAAHA ILLA'LLAH
ALLAHU AKBAR
ASTAGHFIRU'LLAH
LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN


* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataaan


zwani.com myspace graphic commentsSemoga kita sentiasa di bawah kerahmatan Ilahi dan sentiasa tidak lupa akan pencipta kita...

Jumaat, 19 Mac 2010

Hari Jumaat Yang Rindu


zwani.com myspace graphic comments
Hari nie dah hari kedua dok kat hotel....Pagi tadi terima panggilan daripada mak ,Kak Long dan Achik..sebak rasa dada terharu dengar suara mereka ..
Apakan daya kita terpisah oleh laut Cina Selatan...





Percutian Yang Bermakna







Buat Suamiku...

zwani.com myspace graphic comments

Sesungguhnya aku bahagia menjadi isterimu....

Apa Khabar

zwani.com myspace graphic comments
Apa khabar semua.....orang kampung...lama sudah tak berjumpa...kirim-kirimlah berita janganlah senyap sahaja....
Masih kah kau ingat kita berlari-lari...
di kaki langit mencari pelangi...
Apa khabarmu di sana...
sayang...
Andai kau sedang berbahagia
jangan lupa padaku
kirimkanlah beritamu
Walau sebaris ayat
Buat ...
Penawar rinduku..
Hatiku tertanya-tanya
Apa khabar kau di sana
Biarpun jauh diriku kembara...
Masih ada rindu
UntukMU.....
(ini hanya sekadar laguku untukmu)



UntukMU

zwani.com myspace graphic comments

Selamanya Kau Sahabatku

zwani.com myspace graphic comments
Teman
Telah jauh kita tinggalkan
Memori bersama kini dalam ingatan...
Suka duka kita seiringan...
Dalam tempuhi liku kehidupan...
Pertemuan kita tak terancang
Jalinan kemesraan kita tautkan
Menjadi satu ikatan
Talinya kukuh tersimpul rapi
Mana mungkin untukku leraikan
Jauh sekali untukku lupakan
Kaulah sahabat dan teman
Yang sentiasa ada tika kumemerlukan
Saat kepayahan kau hulurkan bantuan
Saat kerianganku turut sama kau kongsikan
Saat perpisahan kita tanggiskan...
Walau tanpa kerelaaan
Tapi takdir itu
Telah tersurat..
Kau tetap sahabat hingga ke akhir hayat...

Rabu, 17 Mac 2010

Sejambak BUnga Ros Menyatukan AKu dan Dia

single stem red rose
Memori Bunga Ros.......

Seringkali apabila diri ini melihat bunga-bunga ros pasti satu kenangan yang tak akan dilupakan akan segera bermain di mata..Masih segar hingga kini bagaimana satu hari di satu petang semasa aku balik dari kuliah,tertiba pintu bilikku diketuk seseorang....Tertanya -tanya juga dalam hati siapa yang datang.Di mindaku ketika itu mungkin Sue atau Abby.Namun sesungguhnya sangkaanku jauh sekali meleset.Seorang kakak senior dengan sejambak bunga ros sedang menanti untuk aku membuka pintu.Lantas apabila pintu dibuka terus tangannya pantas menghulurkan sejambak bunga ros tanpa menyatakan siapa yang memberikan bunga itu padaku...Tanpa aku sedari terus aku mengejar kakak senior itu untuk mengetahui siapakah gerangan yang tau aku suka kan bunga ros ini..Tanpa sempat aku memakai selipar dan dengan berkaki ayam aku gagal mengetahui siapakah orangnya.Dengan hampa aku berjalan semula ke asramaku dan sempat juga ku memandang sekumpulan siswa yang sedang memerhatikan aku dari kejauhan.Tanpa mengesyaki sesiapa ..aku terus masuk dalam hati yang penuh tanda-tanya..
Pada malam latihan kompang seorang abang senior telah memberitahuku,bunga yang aku dapat pada petang tadi adalah dari seseorang yang dia kenal.Dengan penuh rasa tidak sabar,dia minta aku menunggu sebentar sebelum sidia itu muncul...Lalu beberapa ketika,muncullah dia....rupanya ..yang memberiku bunga itu adalah daripada insan yang sangat aku benci sebelum ini...dia rupanya suamiku sekarang....Kerana bunga itu lah bermulanya sejarah hubungan kami dan sehingga aku disatukan dengannya..Ikatan cintanya kini telah memberikan aku permata hati yang amat kusayangi....

Sajak Untukmu


Kesepian.....ini
Semestinya memberi ruang waktu padaku
renungi detik-detik indah
Bersamamu...
Perpisahan ini...
Semestinya juga memberi sejuta rasa....
Mengajar kita mengenali diri ini....

Usah ada ungkapan yang bermadah
Antara kita saling mengerti............
Antara kita saling memahami.........
Keangkuhanmu keegoanku...
Melenyapkan segala rindu
Yang masih tersiksa.....

Isnin, 15 Mac 2010

Lirik Lagu BILA WAJAHMU AKU BAYANGKAN

(Setelah sekian lama...akhirnya ...

Bila wajah mu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkan mu

Bila kasih mu engkau curahkan
Ku rasa hairan rasa terharu
Ku rasa hairan mengenangkan mu

Pernah dulu pernah ku di cinta
(Pernah dulu pernah ku bercinta)
Berkasih bermanja
Tiada tiada pernah ku alami
Di cinta begini
(Bercinta begini)

Bila wajah mu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkan mu

Lawatan Dari PKBP SMK Tabuan Jaya,Kuching



Aktiviti Kraftangan(Membuat Topi Hari Jadi)



Setiap hari rabu PKBP akan menjalankan aktiviti kemahiran.Antaranya kraftangan,masakan,pertanian dan jahitan.

Aktiviti kraftangan hari tu aku buat topi hari jadi dibantu oleh Cikgu Khadijah dan PPM Cik Nillip.